KAD BANK DITELAN MESIN ATM(APA YANG PERLU DILAKUKAN)

KAD BANK DITELAN MESIN ATM, APA YANG PERLU DILAKUKAN?

KAD BANK DITELAN ATM

langkah-langkah yang pelu diambil apabila Kad Bank Ditelan Mesin ATM

1) SEGERA hubungi bank bagi kad tersebut. Ini adalah antara no. customer servis yang korang boleh call.

  • Maybank: 1-300-88-6688
  • Ambank: 03-2178 8888
  • Bank Islam: 03-2690 0900
  • CIMB: 03-62047788
  • Muamalat: 03-2600 5500
  • Bank Rakyat: 1-300-80-5454
  • Public bank: 03-2179 5000
  • RHB: 03-9280 5933
  • Hubungi 1-300-88-6688

 

2)Masukkan kod untuk KAD HILANG dan no. IC beserta #. Selepas itu kita perlu tunggu untuk bercakap dengan operator. Buat laporan kad kena telan dengan mesin. Maklumkan no kad yang telah ditelan (jika ingat) dan no mesin ATM yang telan kad. Minta kad untuk disekat sebagai langkah keselamatan.

 

3)Selepas itu, anda perlu bercakap dengan operator yang bertugas dan berikan maklumat penting yang diminta seperti:

  • Punca kehilangan kad ATM atau kad ATM di telan.
  • Waktu kejadian dan di mana berlaku kejadian (Simpan Resit Sebab Dekat Resit Ada Info-Info Ini)
  • Nama penuh dan nombor kad pengenalan
  • Jenis akaun serta nombor akaun (Tetapi, Kalau Anda Lupa Tiada Masalah)

 

4) Jangan lupa juga untuk melaporkan kepada operator jika wang yang anda keluarkan sewaktu kad ATM anda ditelan tidak keluar di mesin ATM kerana kes ini adalah kes yang berasingan dengan kes kehilangan kad ATM. Operator akan membuka laporan lain untuk wang anda yang tidak diperoleh sebentar tadi. Wang akan dikembalikan dalam tempoh 2 hari hingga 4 hari ke dalam akaun anda.

 

5) Bila bank korang dah buka, pergi dan maklumkan pada pegawai bahawa kad korang kena telan. Pegawai itu akan minta korang tunggu giliran.

DOKUMEN apa yang perlu dibawa?

  • Hanya kad IC original.

 

Kad bank baru akan diberikan FREE dan korang akan set password korang samaada di kaunter atau di mesin ATM. Selepasitu, kad tersebut boleh TERUS DIGUNAKAN seperti biasa.

Itu sahaja perkongsian .Semoga membantu. Kongsi ilmu dengan keluarga atau member korangya. Terima kasih.

 

ARTIKEL LAIN

LUPA BAWA KAD BANK (Boleh Keluarkan Duit Di ATM)

1 thought on “KAD BANK DITELAN MESIN ATM(APA YANG PERLU DILAKUKAN)”

Leave a Comment