KOS & BAYARAN HAJI SWASTA TERKINI (Semak Harga & Agensi)

KOS & BAYARAN HAJI SWASTA TERKINI (Semak Harga & Agensi)

KOS HAJI SWASTA

Melaksanakan ibadah haji sangat sinonim dengan masyarakat Melayu Muslim di negara kita. Pelbagai agensi menawarkan perkhidmatan untuk menunaikan  Haji. Harga yang ditawarkan oleh setiap pakej amat berpatutan dan mampu milik. Disini kami kongsikan kepada anda kos dan bayaran haji bagi agensi swasta yang dilantik sebagai PJH, semoga membantu.

 

MAKSUD HAJI

Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam,kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.

 

APA ITU PJH

Perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan Bumiputera Muslim yang telah diberikan lesen oleh TH iaitu Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).

 

FUNGSI BAHAGIAN AGENSI HAJI SWASTA

Berikut adalah merupakan fungsi PJH:

  • Pemilihan Dan Pelesenan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
  • Pengurusan PJH
  • Pemantauan Dan Penilaian PJH
  • Pembangunan PJH

 

KELEBIHAN PAKEJ HAJI SWASTA

Berikut adalah merupakan antara kelebihannya:

  • Menerima lesen daripada TH atas kelayakan
  • Rekod perkhidmatan yang baik
  • Dikawal selia oleh TH
  • Prestasi perkhdimatan dinilai oleh TH

 

MANFAAT HAJI MELALUI PAKEJ HAJI SWASTA

Berikut adalah merupakan manfaat dari pakej haji swasta:

  • Perkhidmatan Mutawif
  • Pembimbing pengalaman
  • Fadilat Manasik
  • Nisbah petugas

 

KELEBIHAN PAKEJ HAJI SWASTA

Berikut adalah merupakan kelebihan pakej haji Swasta:

  1. Hotel: Pilihan hotel 3 hingga 5 bintang
  2. Jarak Hotel: Berhampiran Masjidil Haram & Masjid Nabawi
  3. Sajian: Tiga kali sehari sajian secara buffet
  4. Bimbingan: Kumpulan kecil (tanah suci)
  5. Masya’ir: Nilai tambah pada khemah
  6. Petugas: Nisbah petugas membantu jemaah haji lebih ramai

 

SENARAI & KADAR KOS HARGA PAKEJ HAJI SWASTA

Berikut adalah merupakan senarai PJH yang sedia ada dan akdar harga berdasarkan pakej yang ditawarkan:

SYARIKATNAMA PAKEJHARGA
TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.AL AQIQRM61,990.00
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.AND 1RM38,490.00
ALIF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.WASHIRM39,990.00
JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.JAD 4RM44,990.00
RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.43RT2-55RM36,511.00
AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHDQUADRM46,678.00
BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.BTT 03RM41,990.00
C. S.HOLIDAYS SDN. BHDCSS 03RM45,000.00
CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.CTT 01RM39,990.00
EIMAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.SILVERRM44,500.00
GEMILANG TRAVEL & TOURS SDN. BHD.GET 1RM45,500.00
AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.ALWALIDRM39,500.00
JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.JTT-01RM43,900.00
MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.MKM 01RM39,000.00
ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.ZTT 01RM41,500.00
SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.SAFAWIRM38,880.00
TM TOURS&TRAVELSDN.BHD.AKIKRM39,990.00
TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.YAMANI 4RM39,990.00
FELDA TRAVEL SDN. BHD.RAYHANRM42,990.00
WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.WIRA 1RM37,770.00

NOTA: Harga tersebut adalah merupakan pakej yang paling terendah setiap syarikat. Untuk mengetahui pakej lanjut anda boleh buka website syartikat tersebut

 

MAKLUMAT LANJUT KOS HAJI SWASTA

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej haji swasta, anda boleh layari website Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Tabung Haji  

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS HARIAN BULANAN (Semak Yuran & Bayaran)

 

Leave a Comment