SENARAI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS HARIAN BULANAN (Semak Yuran & Bayaran)

SENARAI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS HARIAN BULANAN (Semak Yuran & Bayaran)

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

Realitinya zaman ini menghantar ibu bapa ke rumah orang tua tidak bermakna anda jahat! Malah, ia pilihan paling tepat bagi sebilangan anda yang sibuk bekerja untuk menguruskan sendiri ibu bapa yang uzur di rumah.

Rumah orang tua zaman sekarang dah moden. Bukan setakat jaga makan minum sahaja, kesihatan mental, fizikal dan emosi orang tua anda pun akan dipantau oleh jururawat terlatih secara harian atau sepenuh masa di samping kecanggihan fasiliti yang tersedia.

Di bawah terdapat senarai rumah penjagaan orang tua yang menyediakan perkhidmatan secara harian, mingguan dan bulanan bersama bayaran yang dikenakan:

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

PAKEJ DAN HARGA

Laman Khaira, Putrajaya

  • Menyediakan pakej Daily Care, Weekly Care, Monthly Care atau Home Care, dengan tenaga pekerja terlatih
  • Persekitaran yang aman, selesa dan jauh daripada kesibukan kota
  • Harga bermula RM3,600 bergantung kepada pakej yang diambiL

 

Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi dan Kajang

 

  • Dibuka hanya untuk Muslim sahaja dengan menyediakan kemudahan lengkap untuk jagaan harian, mingguan dan bulanan.
  • Darul Insyirah Aisyah untuk ibu-ibu yang mampu menguruskan diri sendiri
  • Darul Insyirah Fatimah bagi wanita yang tidak boleh menguruskan diri iaitu yang sedang sakit, terlantar kerana uzur.
  • Darul InsyIrah sangat menekankan pendidikan kepada warga emas ,pelbagai kelas diadakan seperti kelas bacaan al-Quran, ceramah agama, aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

CARE Concierge, Petaling Jaya

 

  • Penjagaan untuk ibu bapa yang mengalami demensia, strok, kanser, Alzheimer serta rawatan perubatan khusus selepas
  • Kemudahan jururawat, ahli terapi dan pengasuh  profesional datang ke rumah bagi servis pemulihan selepas rawatan di hospital turut disediakan
  • Bayaran dikenakan bermula RM3,800 sehingga RM6,000 bergantung kepada perkhidmatan diambil.
 

Attia Care Centre, Klang

 

  • menawarkan perkhidmatan penjagaan secara sepenuh masa termasuk tenaga profesional dalam bidang  perubatan.
  • menerima rawatan koma, strok, kes kemalangan selepas keluar hospital termasuk pemerhatian 24 jam oleh jururawat terlatih.
  • Menyediakan perkhidmatan secara harian dan juga bulanan dengan pelbagai aktiviti turut disertakan termasuk aktiviti bercucuk tanam, kaunseling, melayari internet atau menonton Astro
  • Pakej ditawarkan bermula dari RM900 hingga RM5,000 sahaja.
 

Zara Aisyah Care Centre, (ZACC) Shah Alam

 

  • Bagi anak-anak yang memiliki ibu bapa demensia, strok dan alzheimer ZACC mempunyai tenaga pekerja profesional yang dapat menguruskan keperluan dan rawatan untuk ibu bapa anda.
  • Pakej jagaan harian bermula RM190 ke atas manakala bayaran bulanan bergantung kepada pakej diambil. Untuk pakej jagaan asas bermula RM3,500 sehingga RM4,199 sebulan mengikut keadaan pesakit.

Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid, Kampung Klang Gates Kuala Lumpur

 

  • Tenaga kerja terlatih dan profesional disediakan termasuk khidmat mencuci luka untuk pesakit diabetes, menukar balutan dan rawatan susulan di hospital.
  • Yuran bergantung kepada taraf dan status kesihatan seseorang iaitu bermula  RM1200 sehingga RM1,800 sebulan.

Dementia Home Care, Sdn Bhd, Petaling Jaya

 

  • anak-anak yang memiliki ibu bapa Alzheimer boleh memilih Dementia Home Care yang terletak di Klang ini.
  • Menyediakan penjagaan khas untuk yang mengalami masalah dementia sahaja.
  • menyediakan tenaga kerja terlatih, yang akan memberikan khidmat jagaan terbaik untuk ibu bapa anda. Selain rawatan jangka pendek, ibu bapa juga akan dipantau untuk rawatan jangka panjang
  • Sebelum mendaftar anda dinasihatkan mendapatkan rujukan doktor  untuk mengesahkan bahawa ibu bapa mempunyai dementia. Bayaran dikenakan bermula RM3000 ke atas.

 

Untuk semakan lanjut pusat jagaan bawah JKM(Jabatan Kebajikan Masyarakat) boleh klik link di bawah

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI KEDAI KOPI DI PAHANG KUALA TERENGGANU KELANTAN(Coffee Lover)

 

7 thoughts on “SENARAI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS HARIAN BULANAN (Semak Yuran & Bayaran)”

  1. Assalamualaikum
    Saya, Puan Shikin mencari seorang ibu tunggal yang telah dihantar ke rumah orang tua di Bangi. Saya cuma tahu namanya SAMINAH, berasal dari Melaka, pernah lama menetap di Seremban. MakNgah Sam ini, berusia lebih kurang 80 tahun, arwah suaminya Mohd Amin. Jika ada maklumat dia, sila hubungi saya 0192665272. Tk

    Balas
  2. Saya mencari pusat jagaan warga emas yg murah kerana kami golongan m40 xmampu nk hantar tempat mahal.. Tp. Terpaksa bekerja.

    Balas

Leave a Comment