RESEPI BUBUR ASYURA (ALA UTARA JOHOR KELANTAN)

RESEPI BUBUR ASYURA (ALA UTARA JOHOR KELANTAN)

RESEPI BUBUR ASYURA

RESEPI BUBUR ASYURA (VERSI JOHOR)

Bahan – bahan:

  • 2 cwn beras
  • 2 cwn santan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sb udang kering*
  • 2 cawan / lebih daging lembu / daging ayam kisar / cincang
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk / lebih serbuk lada hitam
  • kacang kuda (direndam semalaman)
  • Sedikit daun sup (dipotong halus)
  • Kentang dan carrot secukupnya (dipotong dadu)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 3 sb rempah soto / rempah baryani
  • 1 pkt sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa (ikut suka seperti serbuk pati ayam)

Cara penyediaannya:

  • Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, tumis seketika baru masukkan bahan kisar. Tumis hingga sedikit garing dan naik bau.
  • Bancuh perencah soto / beryani / sup dengan 1/2 cawan air, masukkan dalam tumisan tadi dan tumis seketika.
  • Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih dan sup bunjut dan sedikit air dulu. Masak hingga daging separuh lembut.
  • Kacau seketika masukkan beras dan kacang kuda jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula dan serbuk pati ayam jika suka. Sentiasa kacau bagi mengelakkan bubur melekat.
  • Apabila nampak beras sudah kembang, baru masukkan kentang dan carrot.
  • Apabila kentang, carrot dan kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Apabila sudah masak, tabur bawang goreng, kacang tanah goreng dan daun sup / daun saderi.
  • Sedia dihidangkan.

 

RESEPI BUBURASYURA UTARA

Berikut adalah resepi bubur asyura utara:

  • 1cawan beras- rendam semalaman dan blend dengan 1 cawan air hingga halus
  • 3 cawan tepung beras cap Teratai
  • 1 kg santan pekat + air supaya jadi 15 cawan santan
  • 5 keping gula kelantan ( boleh ganti 1/2kg gula pasir /Gula Melaka atau gula merah)
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1 cawan kacang hijau- rendam & rebus empuk
  • 1 cawan kacang tanah putih- rendam & rebus
  • 1 tongkol jagung
  • 5 biji pisang – pilih yang x terlalu masak
  • 1 ketul ubi kayu- potong besar-besar dan rebus empuk
  • 2 ketul ubi keledek oren-potongn besar dan rebus empuk
  • 1 keledek purple- tak perlu rebus

Cara penyediaannya:

  • Siapkan bahan-bahan (Beras perlu rendam semalaman atau beberapa jam supaya senang nak blend)
  • Blend beras yang sudah direndam dengan 1 cawan air (Boleh saja guna tepung beras sahaja, Beras digunakan supaya hasil lebih baik dan berbau harum seperti tepung beras yang ditumbuk cara tradisi.Jika guna tepung sahaja ratio 1:4 Iaitu 1 cawan tepung beras : 4 cawan santan Jika guna beras pun sama 1:4 Iaitu  1 cwan beras : 4 cecair
  • Rebus bahan yang perlu rebus.Rebus berasingan setiap bahan yang kena rebus)
  • Bancuh beras kisar, tepung beras,santan,garam dan kacau rata supaya tidak bergentel.
  • Letak atas dapur dan kacau tanpa henti hingga  pekat dan meletup-letup.
  • Bila sudah meletup-letup baru ditambah gula dan kacau lagi .
  • Agak-agak 5 minit selepas tambah gula,baru masukkan jagung dan pisang
  • Masukkan pula kekacang yang direbus dan terus kacau hingga letupan-letupan kecil dalam kuali tu semakin perlahan dan adunan semakin kental
  • Bubur yang betu-betul masak akan berkilat dan bila sejuk akan lekang dari loyang.

 

RESEPI BUBUR ASYURA /SURO @ SUGHO KELANTAN

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 cawan kacang hijau
  • 2 ketul ubi keledek – dikupas kulit dan dipotong dadu saiz kecil ( Mak Hencik tak letak sebab takde stok)
  • 1 tin jagung mnis
  • cawan rempah suro, dibancuh dengan sedikit air (kalau nak rasa rempah yang kuat, tambah rempahnya 1/2 cawan lagi)
  • *7 ulas bawang merah
  • *1 ulas bawang putih
  • *5 hiris halia
  • *5 hiris lengkuas
  • *2 batang serai – dipotong kasar
  • Bahan bertanda ∗ dikisar halus
  • 5 liter air, tambah2 nanti ikut keperluan
  • 1 keping (kerek) manisan kelantan saiz besar
  • sudu kecil garam halus (sudu metrik), boleh tambah kalau tak cukup rasa masin
  • 1/2 cawan gula pasir –  manis juga, boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis
  • 1/2 kg daging – direbus dan disiat (Mak Hencik gantikan dengan serunding daging)
  • 2 sudu besar (menimbun) kerisik
  • 1/2 kg santan
  • Boleh campur macam-macam dalam suro ni, contohnya labu pun boleh letak.

Cara penyediaannya:

  • Beras dibasuh bersih, Ketepikan.
  • Kacang hijau dibasuh bersih. Ketepikan. Nak lagi cepat empuk, rendam dulu kacang hijau sehingga kembang.
  • 2 cawan serunding daging. Untuk resepi asal suro guna 1/2 kg daging yang direbus sehingga empuk dan dicarik-carik halus. Boleh juga tukar kepada isi ayam carik.
  • 7 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 5 hiris halia, 5 hiris lengkuas dan 2 batang serai dipotong kasar. Semua bahan tu dikisar sehingga halus. Ketepikan.
  • kerek / keping manisan kelantan yang saiz besar. Kalau guna yang saiz kecil, letak 2 keping. Kalau guna gula merah dicadangkan letak secawan.
  • Rempah suro sebanyak 1 1/2 cawan tu dibancuh dengan sedikit air. Jadilah bancuhan rempah suro.
  • Sediakan 2 sudu besar menimbun kerisik dan setengah kilo santan.

Cara-cara membuatnya

  • Rebus beras dan kacang hijau bersama air sehingga lembut dan hancur
  • Kalau bubuh ubi keledek, rebus sekali arung dengan beras dan kacang hijau ni.
  • Dalam 30 minit, ubi keledek, beras dan kacang hijau pun dah jadi lembut.
  • Bahan-bahan ni kena alih ke dalam kuali besar untuk proses seterusnya.
  • Dalam kuali yang besar, masukkan 3 liter air dan masukkan ubi keledek, nasi, kacang hijau lembik tadi serta 1 tin jagung. Masukkan juga serunding atau daging carik tadi  Kacau sekali- sekala sehingga sebati.
  • Apabila air sudah hampir kering, tambah lagi 2 liter air. Kacau lagi sehingga nasi dan kacang hijau tadi hancur dan jadi adunan mesra.
  • Saiz kuali yang Mak Hencik guna tu muat 4-5 ekor masak rendang ayam.
  • Masukkan bahan kisar, garam, gula dan nisse @ manisan kerek. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan pula bancuhan rempah suro.
  • Kacau lagi. Kacau lagi.
  • Masukkan 2 sudu besar menimbun kerisik.
  • Masukkan santan pula.
  • Kacau sehingga adunan pekat Dan likat.
  • Bila dah pekat dan likat macam kat atas tu, hasilnya masih lagi lembik bila disejukkan. Jadi teruskan mengacau dalam 30 minit lagi, baharulah boleh tutup api.
  • Mestilah dikacau selalu supaya bawahnya tidak berkerak dan hangus.
  • Tapi kalau korank suka suro yang lembik, kelikatan macam kat atas tu dah boleh tutup api dah.
  • Sediakan bekas untuk masukkan suro. Alas dengan daun pisang untuk dapatkan aromanya. Mak Hencik guna loyang 10″X10″. Dapat 2 loyang.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.
  • Satu lagi kalau suka, tabur kat atas suro tu beras goreng tanpa minyak yang dikisar halus.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA MINYAK MASAK TERKINI (Berapa Harga 1 Kg 1 Paket)

 

2 thoughts on “RESEPI BUBUR ASYURA (ALA UTARA JOHOR KELANTAN)”

Leave a Comment