CARA RUJUK TALAK 1 2 3 DI MALAYSIA (Buat Rayuan)

CARA RUJUK TALAK 1 2 3 DI MALAYSIA (Buat Rayuan)

CARA RUJUK

Tak semua kes cerai talak 3 boleh dirayu semula di Mahkamah. Jika lafaznya soreh walaupun tiada niat tetap akan jatuh talak tu walaupun berapa jumlah talaknya sekalipun. Sebab tu jangan main2 dengan perkataan talak. Namun setiap kes itu berbeza dan kena tengok situasi sebelum mahkamah boleh putuskan adakah cerai talak 3 itu jatuh talak 3, atau hanya jatuh talak 1 ataupun cerai tu tak jatuh langsung pun sebenarnya. Disini kami kongsikan cara rujuk dan juga membuat rayuan rujuk talak 3, semoga membantu.

 

MAKSUD RUJUK

Perkataan ruju’ dalam Bahasa Arab bermaksud”kembali kepada asal sesuatu,samaada asal tiu bertempat,perbuatan atau perkataan.Begitu juga dengan kesemua perbuatan atau sebahagian atau satu perbuatan sahaja.” Didalam undang-undang keluarga Islam maksud “Rujuk isteri yang telah ditalak,iaitu mengembalikan isteri yang ditalak kepada nikah yang asal tanpa akad yang baharu.”

 

SYARAT RUJUK

Terdapat beberapa syarat cara rujuk yang perlu dipenuhi agar sah di sisi agama.

  • Bidang rujukan dari pihak isteri ialah isteri yang telah diceraikan telah melakukan hubungan seksual dengan suaminya. Jika suami menolak isteri yang tidak pernah bersetubuh, dia tidak berhak meminta rujukan. Ini adalah ijmak para ulama.
  • Syarat untuk berdamai dari sudut suami ialah dia tidak boleh merasa dipaksa apabila dia mengajak isterinya berdamai, berakal budi, dan sudah baligh atau sudah dewasa.
  • Talak yang jatuh bukanlah talak tiga, tetapi talak raj’i.
  • Perceraian yang berlaku tanpa wang tebusan. Jika dengan wang tebusan, isteri menjadi talak bain (cerai yang diberikan suami kepada isterinya yang telah tamat tempoh iddahnya) dan suami tidak boleh menjemput isterinya untuk dirujuk.
  • Rujukan dilakukan semasa iddah atau tempoh menunggu isteri. Jika sudah habis masa iddah, suami tidak boleh mengajak isterinya berdamai dan ini telah menjadi kesepakatan ulama fiqh.
  • Terdapat ucapan yang jelas atau tersirat untuk menjemput rujukan
  • Ada saksi yang menyaksikan suami isteri berbaik semula.

 

CARA PENDAFTARAN RUJUK

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menguruskan proses ruju’ bagi pasangan yang masih dalam tempoh iddah, manakala bagi pasangan yang telah tamat tempoh iddah hendaklah mendapat pengesahan ruju’ dari  Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Cara rujuk Bagi proses ruju’ di JAWI, pasangan perlu membawa dokumen berikut;

  • Perintah/Penghakiman Cerai dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
  • Borang permohonan ruju’. Klik di sini.

Cara rujuk Bagi permohonan pendaftaran ruju’, pasangan perlu membawa dokumen berikut;

  • Perintah/Penghakiman Ruju’ dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
  • Borang permohonan pendaftaran ruju’. Klik di sini.

 

PERMOHONAN PENDAFTARAN RUJU’ DI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

Pasangan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq raj’i dan ingin hidup semula sebagai suami isteri atau rujuk dalam tempoh ‘iddah, hendaklah membuat permohonan rujuk di PAID dan suami melafazkan rujuk di hadapan Pendaftar.

Suami yang telah melafazkan rujuk terhadap isterinya dan lafaz tersebut bukan dihadapan Pendaftar, mereka hendaklah hadir ke PAID di mana mereka bermastautin untuk membuat pengesahan rujuk.

Cara Rujuk: Tanggungjawab Pemohon

  1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Rujuk secara online di Sistem NCR Online atau secara manual (sekiranya offline).
  2. Pemohon hadir ke PAID dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan / Pasport suami isteri (jika warganegara asing)
    • Surat Perakuan Cerai.
  3. Membuat bayaran sebanyak RM10.00.
  4. Mengambil SPR di PAID selepas 5 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Jika wakil bagi pihak pemohon yang hadir untuk mengambil SPR maka surat wakil dan salinan kad pengenalan pemohon dan wakil hendaklah dilampirkan

 

CONTOH KES RAYUAN RUJUK TALAK 3

Terdapat pasangan yang baru selesai kes pengesahan lafaz cerai talak 3 dan hakim putuskan talak 3 tu sah. Mereka sedang mencari peguam untuk failkan rayuan kerana tak puashati dengan keputusan hakim. Memandangkan kes rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, mereka terus minta untuk datang ke pejabat bagi mendapatkan consultation.

Apa yang berlaku? Macamana suami boleh terlafaz cerai talak 3 tu? Si suami hanya tunduk. Si isteri yang bersungguh memulakan cerita..

“Saya yang salah Puan.. saya yang salah” sambil air mata tak berhenti mengalir di pipi.

“Pada hari kejadian, seharian suami tak dapat dihubungi. Rupanya dia ada masalah di tempat kerja dan balik ke rumah untuk tenangkan diri. Saya geram sebab dia tak jawab call, saya masuk bilik dan terus hempas pintu hingga terkena kaki suami yang tengah solat. Bilik kami sempit dan saya tak perasan dia tengah solat belakang pintu.

Dia terduduk dan tak jadi teruskan solat. Saya tanya dia banyak kali tapi dia masih diam tak jawab. Saya mula naik hantu dengan baling semua benda yang tercapai kat tangan termasuklah kipas dan televisyen. Saya dah macam kena rasuk sambil cakap, “ceraikan talak 3! ceraikan talak 3!” berkali-kali. Dengan keadaan bilik yang tunggang-langgang, dengan suara baby saya yang menangis, dengan saya yang menjerit.. akhirnya suami saya terikut cakap perkataan “ceraikan talak 3” sebab tak tau nak tenangkan saya macamana. Lepas suami lafaz saya terus terdiam. Suami ambil baby yang sedang menangis bawak ke ruang tamu untuk tenangkan baby dan dia. Saya macam tak sedar apa yang berlaku. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya betul2 menyesal”

Q : Puan ada ceritakan semua perkara yang berlaku ni kat Hakim?

A : Tak ada.

Q : Kenapa tak cerita?

A : Hakim tak tanya.

Q : Puan ada niat nak rujuk semula?

A : Nak. Kami sama2 menyesal dan memang nak rujuk semula.

Q : Tahu tak kalau talak 3 tak boleh rujuk?

A : Tahu. Tapi saya ingat Hakim akan jatuhkan 1 talak sahaja.

Q : Kenapa berani failkan kes sendiri tak pakai peguam? Talak 3 pulak tu.

A : Keluarga tak bagi pakai peguam. Katanya kes ni senang je.

Q : Yang berkahwin dan nak rujuk semula tu Puan ke keluarga Puan?

A : Sayaaa… *nangis lagi*

Banyak lagi yang saya bebel sebenarnya. Isi borang online hanya tulis nak sahkan cerai talak 3. Tak ada langsung fakta yang lain. Sendiri tak nak guna khidmat peguam lepas tu nak salahkan Hakim bila Hakim putuskan berdasarkan apa yang dia masukkan dalam pliding. Dalam alasan penghakiman, Hakim ada tanya cuma pihak2 yang tak cerita detail. Sedangkan, fakta2 tentang perkara2 yang berlaku sebelum, semasa dan selepas talak dilafazkan itulah yang paling penting untuk diceritakan supaya mahkamah ambil kira.

Saya tanya si suami pulak..

Q : Apa lafaz yang encik lafazkan sebenarnya?

A : Saya ikut apa yang isteri cakap.. “ceraikan talak 3”

A : Kenapa kat dalam perintah mahkamah tulis, “Aku Ceraikan Kau Dengan Talak 3”?

Q : Haaa? Saya tak tau. Saya tak faham apa yang Hakim tanya sebab masa tu saya tengah bingung. Apa semua yang Hakim cadangkan saya pakai angguk je tak boleh nak fikir. Yang penting saya nak kes cepat selesai dan nak bersama isteri dan anak saya semula.

Q : ………….. *geleng kepala*

Saya ambil keputusan untuk failkan rayuan dalam kes ini sebab ada percanggahan fakta yang jelas dan ada banyak isu2 yang patut diambilkira tapi tak dimasukkan dalam permohonan. Walaupun pada awalnya di pihak keluarga isteri ramai yang bersuara sinis kata rayuan ni takkan berjaya dan menuduh peguam lawan hukum Allah dan buat kes semata nak duit. Ye macam2 tohmahan tapi kami professional dan telan je. Kami teruskan sebab itu memang tanggungjawab kami sebagai peguam yang mana orang awam tak mampu buat tugas tu semua. Kita hanya usaha selebihnya biarlah Mahkamah yang putuskan.

Kalau betul lafaz tu soreh dan cukup semua rukun talak, maka menangis air mata darah sekalipun hukum tetap hukum dan tak boleh nak tarik balik semula apa2 yang dah terlepas. Tapi kalau betul ada rukun talak yang tak sempurna, ada keadaan tertentu di mana suami dalam keadaan gila, marah yang menghilangkan kewarasan, dipaksa, terdesak atau tertekan sehingga tidak sedar apa yang dilakukan.. maka hukum syarak tidaklah zalim. Setiap inci keterangan, fakta, situasi, saksi, bukti bertulis atau tidak, iqrar mahupun qorinah akan sangat bernilai dan memberi kesan kepada kes. Itulah beza tugas peguam yang tak boleh diambil alih oleh orang awam.

Setelah melalui beberapa episod duka akibat tindakan diri sendiri yang melulu dan mengikut perasaan, berbulan2 berpisah tak dibenarkan berjumpa selagi keputusan rayuan tidak diketahui.. maka akhirnya mahkamah membenarkan rayuan kami dan memutuskan talak 3 tersebut tidak jatuh kerana ada rukun yang tidak lengkap dan mereka berdua masih sah sebagai suami isteri. Alhamdulillah.. Semoga peluang “kedua” yang disambut dengan air mata gembira itu tidak disia-siakan dan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pasangan muda tersebut dan menjadi pengajaran kepada kita yang lain.

 

PANDUAN RUJUK

-semua kes lafaz talak di luar mahkamah perlu disahkan di Mahkamah untuk menentukan berapa bilangan talak yang jatuh dan berapa baki talak yang tinggal.

-jika suami rujuk dalam tempoh iddah, hanya perlu daftar sahaja di pejabat agama KECUALI jika isteri tak setuju dengan rujuk tu, barulah bawa ke mahkamah syariah untuk disahkan rujuk tersebut.

-jangan pandai2 cerai sendiri rujuk sendiri.. kerana di sisi hukum syarak ia memberi kesan kepada status hubungan suami isteri, nasab keturunan anak2 dan hukum perwarisan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK(Berapa Kos & Prosedur)

 

1 thought on “CARA RUJUK TALAK 1 2 3 DI MALAYSIA (Buat Rayuan)”

Leave a Comment