CARA BOOKING TEMPAH HOTEL MURAH 2022 (Guna Trivago Agoda & Booking.com)

CARA BOOKING TEMPAH HOTEL MURAH 2022 (Guna Trivago Agoda & Booking.com)

BOOKING HOTEL MURAH

Sekiranya anda merancang untuk melancong bersama keluarga, semestinya anda ingin mencari hotel yang murah dan selesa berdasarkan bajet yang anda inginkan. Seperti yang sedia maklum, semakin banyak kemudahan serta darjat bilik hotel yang perolehi, semakin tinggi kadar harga satu malam.

Terkini, sekiranya anda telah mempunyai tarikh perjalanan anda, sebaiknya anda membuat tempahan hotel lebih awal. Disini kami akan kongsikan cara booking hotel murah secara online, semoga membantu.

 

CARA BOOKING HOTEL MURAH GUNA TRIVAGO

Sekiranya anda ingin membuat tempahan menggunakan platform Trivago, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Trivago https://www.trivago.com/ atau buka aplikasi Trivago (Play Store / Apple Store)
  2. Anda boleh untuk mendaftar atau tidak tetapi disaran untuk daftarkan akaun Trivago supaya dapat menikmati ganjaran yang disediakan
  3. Pada paparan utama, isikan maklumat destinasi anda:
    • Lokasi bercuti
    • Tarikh check in dan check out
    • Bilangan orang
  4. Seterusnya klik Search
  5. Senarai hotel yang terdapat pada lokasi tersebut beserta dengan harga akan tertera. Anda boleh membuat pilihan hotel yang anda inginkan berdasarkan bajet anda.
  6. Untuk melihat maklumat terperinci berkenaan hotel korang perlu klik view deal. Semua maklumat berkaitan hotel korang boleh tengok termasuk lokasi hotel, bilik yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan dan sebagainya.
  7. Setelah jumpa hotel yang anda inginkan, klik pada klik pada Book Now atau Reserve
  8. Biasanya korang mempunyai beberapa pilihan bayaran sama ada
    • Bayar deposit dahulu
    • Bayar penuh
    • Bayar di kaunter
  9. Cara pembayaran adalah bergantung kepada syarikat pengendali yang anda tempah contohnya Agoda, Booking.com dan lain-lain lagi.
  10. Seterusnya masukkan semua butiran yang diperlukan. Pastikan semua maklumat adalah betul dan tepat.
    • Maklumat peribadi
    • Maklumat bayaran
  11. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima slip tempahan, anda boleh print slip tersebut untuk rujukan anda.

 

CARA BOOKING HOTEL  GUNA AGODA

Sekiranya anda ingin membuat tempahan menggunakan platform Agoda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Agoda https://www.agoda.com/ atau buka aplikasi Agoda (Play Store / Apple Store)
  2. Anda boleh untuk mendaftar atau tidak tetapi disaran untuk daftarkan akaun Agoda supaya dapat menikmati ganjaran yang disediakan
  3. Pada paparan utama, isikan maklumat destinasi anda:
    • Lokasi bercuti
    • Tarikh check in dan check out
    • Bilangan orang
  4. Seterusnya klik Search
  5. Senarai hotel yang terdapat pada lokasi tersebut beserta dengan harga akan tertera. Anda boleh membuat pilihan hotel yang anda inginkan berdasarkan bajet anda.
  6. Setelah jumpa hotel yang anda inginkan, klik pada Book Now atau Reserve
  7. Seterusnya masukkan semua butiran yang diperlukan. Pastikan semua maklumat adalah betul dan tepat.
  8. Seterusnya pada bahagian Paymnet terdapat berapa pilihan samada:
    • Pay Now
    • Pay Later
    • Pay at Hotel (sekiranya ada)
  9. Sekiranya anda pilih Pay Now anda boleh membuat pembayaran melaui FPX
  10. Sekiranya Pay later anda boleh menggunakan kad debit.
  11. Sekrianya pilih Pat at Hotel, anda perlu membuat pembayaran secara tunai di hotel tersebut
  12. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima slip tempahan, anda boleh print slip tersebut untuk rujukan anda.

 

CARA BOOKING HOTEL  GUNA BOOKING.COM

Sekiranya anda ingin membuat tempahan menggunakan platform Booking.com, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Booking.com https://www.booking.com/ atau buka aplikasi Booking.com (Play Store / Apple Store)
  2. Anda boleh untuk mendaftar atau tidak tetapi disaran untuk daftarkan akaun Booking.com supaya dapat menikmati ganjaran yang disediakan
  3. Pada paparan utama, isikan maklumat destinasi anda:
    • Lokasi bercuti
    • Tarikh check in dan check out
    • Bilangan orang
  4. Seterusnya klik Search
  5. Untuk memudahkan pilihan hotel, anda boleh menyenarai pendek pilihan hotel dengan menggunakan fungsi:
    • Sort: kan hotel berdasarkan harga paling murah kepada mahal.
    • Filter: kan range harga.
    • Map: untuk melihat lokasi hotel tersebut
  6. Senarai hotel yang terdapat pada lokasi tersebut beserta dengan harga akan tertera. Anda boleh membuat pilihan hotel yang anda inginkan berdasarkan bajet anda.
  7. Setelah jumpa hotel yang anda inginkan, klik pada Select atau Reserve
  8. Seterusnya masukkan semua butiran yang diperlukan. Pastikan semua maklumat adalah betul dan tepat.
  9. Seterusnya pada bahagian Payment terdapat berapa pilihan samada:
    1. Pay now
    2. Pay at the Property (sekiranya ada)
  10. Sekiranya anda pilih Pay Now anda boleh membuat pembayaran melaui FPX
  11. Sekrianya pilih Pat at Property, anda perlu membuat pembayaran secara tunai di hotel tersebut
  12. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima slip tempahan, anda boleh print slip tersebut untuk rujukan anda.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA MINYAK MASAK TERKINI (Berapa Harga 1 Kg 1 Paket)

4 thoughts on “CARA BOOKING TEMPAH HOTEL MURAH 2022 (Guna Trivago Agoda & Booking.com)”

Leave a Comment