PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (iSARAWAKCARE) PENDUDUK SARAWAK

PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (iSARAWAKCARE) PENDUDUK SARAWAK

BANTUAN IBU BERSALIN (iSARAWAKCARE)

Kepada ibu warga Sarawak yang baru melahirkan anak, kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan satu inisiatif Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Sekiranya layak anda boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak diberikan kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu bagi membantu meringankan beban dari segi kewangan selepas melahirkan anak. Selain itu untuk membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

 

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN

Permohonan hendaklah dibuat bermula pada usia kandungan telah mencapai 22 minggu sehingga tiga (3) bulan selepas melahirkan anak.

Nota: Perlu di ingatkan ini merupakan tempoh paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk masa tiga bulan dan bukannya sepanjang tahun.

 

KADAR BAYARAN BANTUAN IBU BERSALIN

Kadar bayaran BIB diberikan adalah sebanyak RM450 secara one-off bagi penerima yang layak.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Ibu pemegang Mykad Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Mykad Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
  • Permohonan dibuat bermula pada usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan 3 bulan selepas bersalin.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
  • Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
  • Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
  • Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;
  • Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.

Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat

 

CARA DAFTAR iSARAWAKCARE

Sebagai pengguna baharu, anda dikehendaki untuk daftarkan akaun iSarawak Care anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:

  1. Muat turun dan install aplikasi iSarawakCare (Play Store / Apple Store)
  2. Pada paparan utama Klik pada Register
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama Pertama
    • Nama Terakhir
    • No Telefon
    • Alamat Email (pastikan yang aktif)
    • Kata Laluan
  4. Seterusnya tick pada I Am Sarawakian dan klik Register.
  5. Pendaftaran anda telah selesai

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (iSARAWAKCARE)

Setelah seleai proses pendaftraan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan melalui iSarawak Care:

  1. Buka aplikasi iSarawakCare dan log masuk menggunaka akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada *For newborns ataupun For Mothers*.
  3. Pada Bahagian Mother Info, isikan maklumat yang diperlukan (pastikan mengisi mengikut kad pengenalan):
    • Tick pada I Am Sarawakian
    • Muat Naik Gambar Passport anda
    • Lengkapkan maklumat berkaitan dengan lengkap dan klik Next
  4. Pada bahagian Contatc Detail, isikan maklumat yang diperlukan (alamat Rumah). Tick sekiranya alat surat menyurat adalah sama
  5. Pada bahagian Document Pitcures, muat naik dokumen yang diperlukan (pastikan jelas):
    • Ic Type: jenis ID anda
    • No Kad Pengenalan: masukkan no kad pengenalan anda
    • Muat Naik Kad pengenalan depan belakang
    • Muat naik Buku pink ibu (Mother Health Record)
    • Muat Naik Sijil kahwin original (Jika ibu bukan Sarawakian)
    • Muat Naik Surat discharge dari hospital (Discharge Note)
    • Muat Naik kad memeluk agama islam (bagi yang baru memeluk islam sahaja)
  6. Pada Bahagian Spouse or Guardian Info, isikan maklumat suami anda dengan betul
  7. Pada Bahagian Spouse or Guardian Contact, isikan no telefon dan alamat rumah suami anda dengan betul
  8. Pada Bahagian Mother’s Bank Info, masukkan maklumat akaun bank anda dan pastikan anda memuat naik (upload) penyata bank.
  9. Pada Bahagian Mother’s Work and Education, masukkan maklumat pendidikan dan status perkerjaan anda.
  10. Pada bahagian Child Details, isikan maklumat berkaitan anak yang telah ada (jika berkaitan).
  11. Pada bahagian Tax Info, sila abaikan jika tidak berkaitan
  12. Pada bahagian Orther Contact Person, masukkan maklumat waris yang boleh dihubungi
  13. Seterus tick pada bahagian pengeasahan dan pengakuan, kemudian klik Apply
  14. Permohonan anda telah selesai. Anda hanya tunggu email untuk dimaklumkan permohonan anda diterima kemungkinan dalam masa sebulan lebih.
  15. Sekiranya anda telah terima email, bermaksud anda hanya tunggu duit masuk ke dalam akaun bank

NOTA: Untuk maklumat anak, sekiranya tiada no mykid anda boleh gunakan no surat beranak. Asalkan anda isi bahagian BIRTH CERTIFICATE NO. Pastikan anda upload gambar sijil lahir anak or mykid anak ya.

 

SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU BERSALIN (iSARAWAKCARE)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami di e-mel: [email protected] atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin Sarawak, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK(Berapa Kos & Prosedur)

2 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (iSARAWAKCARE) PENDUDUK SARAWAK”

Leave a Comment