WAKTU OPERASI AKPK SELURUH MALAYSIA 2022(Kemaskini Terkini/Terbaru)

WAKTU OPERASI AKPK SELURUH MALAYSIA 2022(Kemaskini Terkini/Terbaru)

WAKTU OPERASI AKPK SELURUH MALAYSIA 2022(Kemaskini TerkiniTerbaru)

Apa Itu AKPK?

Sekiranya anda menghadapi masalah pinjaman atau hutang kad kredit dan tidak mampu lagi untuk membayar hutang, anda boleh mendapatkan bantuan daripada AKPK.

AKPK pasti membantu anda untuk memberi khidmat nasihat berkaitan masalah kewangan secara percuma dan juga menguruskan hutang anda nanti.

Untuk makluman, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ini merupakan agensi yang diuruskan sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia sejak tahun 2006 lagi.

Terdapat tiga perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh AKPK bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan kewangan dan hutang iaitu:

  • Program pengurusan hutang yang membantu pengguna mendapatkan semula kawalan kewangan.
  • Nasihat dan kaunseling berkaitan pengurusan wang.
  • Pendidikan komprehensif tentang penggunaan wang dan kemahiran pengurusan kredit.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan berkaitan AKPK iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di mana anda perlu pergi ke cawangan terdekat tetapi tiada alamat dan nombor telefon.

Jangan risau kami sediakan segala maklumat iaitu senarai lengkap alamat dan nombor telefon pejabat cawangan AKPK seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Terdapat beberapa Pejabat Khidmat Nasihat Kewangan AKPK berpusat di beberapa lokasi bank di daerah ini dan pada masa-masa tertentu bagi memudahkan anda berjumpa dengan pegawai yang bertugas.

Untuk pengetahuan anda, bagi anda yang mempunyai masalah kewangan dan ingin membuat semakan CCRIS, kini anda juga boleh melakukannya secara online melalui sistem eCCRIS yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk tujuan itu, anda mesti mendaftarkan nama dan maklumat peribadi anda di mana-mana cawangan AKPK berhampiran tempat tinggal anda untuk mendapatkan nombor PIN daripada BNM.

Nombor PIN adalah untuk memudahkan proses pendaftaran eCCRIS anda nanti dan wajib bagi mereka yang ingin menyemak CCRIS mereka.

Pelajarilah cara-cara menangani hutang secara lebih bertanggungjawab serta hal-hal kewangan yang lain demi kemudahan masa depan anda.

 

JADUAL KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN CAWANGAN AKPK

 

CawanganHari & Masa
Semua Cawangan AKPKIsnin hingga Jumaat

9.00PG – 4.30PTG

Cawangan Kuala LumpurIsnin hingga Jumaat

9.00PG – 4.30PTG

Kota Bharu & Kuala TerengganuAhad hingga Khamis

9.00PG – 4.30PTG

 

Selain Pejabat Cawangan,nasihat kewangan juga boleh diperolehi melalui PEJABAT KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN AKPK pada tarikh dan tempat terpilih.

 

TARIKH DAN WAKTU OPERASI PEJABAT NASIHAT KEWANGAN AKPK

 

(Dikemaskini pada 28 Julai 2022 .Tertakluk kepada pindaan dan makluman lanjut)

Pejabat Cawangan

(9.00 pagi-4.30 petang)

Pejabat Khidmat Nasihat Kewangan
Kuala Lumpur

Isnin- Jumaat

Bank Muamalat,Shah Alam

10.00 pagi- 4.00 petang

Setiap isnin bermula 13 Jun 2022

Tiada Pejabat Cawangan di Negeri SembilanBSN,Seremban

9.30 pagi- 4.00 petang

Setiap khamis bermula 4 Ogos 2022

Ipoh

Isnin- Jumaat

UTC IPOH

9.00 pagi- 4.00 petang

15 Ogos ,19 Sep 2022

17 Okt,21 Nov,19 Dis 2022

Wisma Persekutuan,Taiping

9.00 pagi-4.00 petang

17 Ogos,21 Sep 2022,

19 Okt,16 Nov,21 Dis 2022

Kuantan

Isnin-Jumaat

BSN,Temerloh

9.30 pagi-4.00 petang

17 Ogos,21 Sep,19 Okt,16 Nov, 21 Dis 2022

Kota Bharu

Ahad-Khamis

Public Bank,Tanah Merah

9.00-4.00 petang

11 Ogos,8 Sep,13 Okt,10 Nov,8 Dis 2022

 

 

 

 

Kuching

Isnin-Jumaat

UTC Miri

9.00 pagi-4.00 petang

8 & 9 Ogos,12&13 Sep 2022,

11&12 Okt ,14&15 Nov,12&13 Dis 2022

UTC Sibu

9.00-4.00 petang

15&16 Ogos,19&20 Sep 2022,17&18 Okt,21 &22 Nov,19&20 Dis 2022

Kuala Terengganu

Ahad-Khamis

 

Bank Islam,Kemaman

9.30 pagi-4.00 petang

21 Ogos,18 Sep,16 Okt,20 Nov, 18 Dis 2022

Pulau Pinang

Isnin-Jumaat

Bangunan KWSP,Seberang Jaya

9.00 pagi-4.30petang

16 Ogos, 13 Sep 2022

 

Johor Bahru

Isnin-Jumaat

Beroperasi di pejabat cawangan.

Sebarang pengemaskinian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Alor Setar & Melaka

Isnin-Jumaat

Beroperasi di pejabat cawangan.

Sebarang pengemaskinian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

 

Alamat pejabat cawangan sementara AKPK

Kota Kinabalu: Tingkat 1,KK Plaza Shopping Mall

Kuching: Tingkat Bawah,Majma Mall Kompleks Islam Sarawak

Kuala Terengganu:Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Pulau Pinang:Tingkat 4,Kompleks Tun Abdul Razak(KOMTAR)

Johor bahru: Wisma Muafakat,BSN Johor,Jalan Abdullah Ibrahim

Harap Maklum

Semoga perkongsian waktu operasi akpk seluruh malaysia 2022 ini memberikan manfaat kepada anda semua.

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK(Berapa Kos & Prosedur)

1 thought on “WAKTU OPERASI AKPK SELURUH MALAYSIA 2022(Kemaskini Terkini/Terbaru)”

  1. Understand that now AKPK Customer portal is available for us to login, hence i did not know how much my monthly repayment right now? I have fully settlement of one of my credit card which is UOB on 31 March 2023. But it was not receive any payment notification since February 2023 and i still continue to pay RM470. Appreciate it if you could kindly feedback to me via email, thank you.

    Balas

Leave a Comment