Cara Pilih & Beli Insurans Perubatan(Senarai Item Yang Perlu Ada)

Cara Pilih & Beli Insurans Perubatan(Senarai Item Yang Perlu Ada)

Cara Pilih & Beli Insurans Perubatan(Senarai Item Yang Perlu Ada)

Cuba anda bayangkaan kos perubatan semakan meningkat, anda anda telah memiliki Insuran Perubahan yang sesuai dengan pekerjaan dan gaya hidup anda?

Sanggupkan anda menggukan wang simpanan untuk perbelanjaan rawatan?

 

Mengapa Insurans Perubatan atau Insurans Kesihatan Penting kepada Individu?

Kos Perubatan Semakin Meningkat

Manfaat Cukai Pendapatan (Anda Layak Dapat Potongan Cukai)

Anda boleh menuntut pelepasan cukai untuk pelbagai kategori seperti rawatan perubatan, yuran pendidikan dan insurans.

Bagi kategori potongan cukai insurans kesihatan, anda boleh menuntut pengecualian cukai ke atas premium yang dibayar untuk tahun taksiran.

Ini bermaksud, pembayaran yang dibuat ke atas premium insurans kesihatan melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai yang secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan anda.

Bagi individu penjawat awam berpencen, golongan ini berhak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk premium insurans nyawa atau takaful, manakala individu selain penjawat awam boleh menuntut sehingga RM3,000 untuk insurans nyawa atau takaful dan RM4,000 untuk KWSP atau skim yang diluluskan seperti Skim Persaraan Swasta.

Gaya Hidup Yang Berubah 

Gaya hidup terkini juga menyebabkan semua berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit kronik.

Tempoh Menunggu Untuk Dapat Rawatan Di Hospital Kerajaan

Ramai oang memerlukan rawatan di hospital kerajaan menyebabkan berlaku kesesakan akibatnya tempoh menunggu yang lama. Giliran untuk menerima rawatan diutamakan kepada pesakit yang kritikal.

Jangka Hayat Penduduk Malaysia Meningkat

Anda memerlukan rawatan berkala sekurang-kurangnya sekali bulan untuk memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan baik tidak kiralah daripada pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta.

Tanpa perlindungan insurans perubatan, anda mungkin perlu menampung kos rawatan dan perubatan sendiri untuk tempoh yang panjang dan berkemungkinan besar perlu mengeluarkan simpanan persaraan untuk membiayai kos rawatan.

Skop Perlindungan Lebih Menyeluruh & Lengkap

Jika anda mencarum insurans pada usia muda, banyak kelebihan yang boleh anda nikmati, salah satunya pelan perlindungan insurans perubatan yang lebih komprehensif.

Secara asasnya, premium untuk pelan kesihatan ditentukan mengikut jenis insurans yang dipilih, umur, pekerjaan, status kesihatan semasa, status merokok dan sebagainya. Ini bermaksud, jika premium insurans dibeli pada usia muda, anda boleh nikmati liputan perlindungan akan lebih komprehensif dan meluas serta jumlah premium yang ditawarkan adalah lebih rendah.

Berbeza sekiranya anda beli insurans pada usia lebih lewat, anda perlu membayar harga yang lebih mahal dengan liputan perlindungan yang lebih minimum.

Ini kerana, pihak insurans beranggapan apabila usia anda meningkat anda lebih mudah menghidapi penyakit sekali gus mendedahkan anda kepada lebih banyak risiko penyakit.

Selain itu, bagi kebanyakan syarikat insurans, penyakit sedia ada (jika ada) juga turut akan dikecualikan daripada perlindungan insurans.

Manfaat Tambahan Insurans Perubatan 

Sesetengah polisi insurans menawarkan manfaat tambahan seperti perkhidmatan ambulans, penjagaan pembedahan harian, pemeriksaan kesihatan dan perbelanjaan vaksinasi di bawah insurans kesihatan bergantung pada polisi yang anda pilih.

Ada juga syarikat insurans yang turut menawarkan income replacement untuk situasi-situasi tertentu seperti kemalangan dan kematian.

Ini bermaksud, syarikat insurans akan membayar pampasan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui sekiranya anda hilang upaya kekal akibat kemalangan atau meninggal dunia.

Cara Pilih & Beli Insurans Perubatan(Semak List Penting)

Apakah jenis perlindungan dalam Pelan Perubatan (Medical Card) saya?

Terdapat pelbagai pelan perlindungan kesihatan di pasaran – dan ini belum termasuk pilihan tambahan (yang juga dikenali sebagai rider). Kesemua pelan perubatan mempunyai satu ciri asas, iaitu untuk memberikan bantuan kewangan untuk kemasukan hospital, pembedahan atau rawatan.

Terdapat dua jenis pelan kesihatan yang anda boleh pilih bergantung kepada keperluan:

  • Insurans Perubatan Jangka Panjang, Hospitalisasi dan Pembedahan: Pelan perubatan asas yang melindungi kos hospitalisasi dan kos rawatan susulan.
  • Pendapatan Hospital: Pelan perlindungan kewangan yang memberikan anda pendapatan harian sepanjang hospitalisasi.

Adakah Pelan Perubatan (Medical Card) beri perlindungan ke atas semua penyakit & kecederaan?

Jawapan yang mudah adalah ya. Pelan perubatan anda melindungi kos perubatan penyakit kritikal. Walaubagaimanapun, kos perubatan yang tinggi boleh menggunakan keseluruhan liputan perubatan anda, meninggalkan anda dengan nilai yang kosong untuk perlindungan di masa akan datang.

Di sinilah di mana pelan penyakit kritikal dapat membantu. Pelan penyakit kritikal adalah satu polisi berasingan daripada pelan perubatan anda.

Ramai yang tidak melihat kemungkinan mereka mengalami masalah kesihatan yang serius seperti penyakit kritikal. Diagnosis penyakit kritikal mempunyai pelbagai kesan dalam pelbagai aspek kehidupan – si pesakit terpaksa mengambil masa daripada kerja untuk waktu pemulihan, mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk rawatan, terapi atau peralatan perubatan di rumah. Pelan penyakit kritikal memberikan anda penyelesaian kepada masalah kewangan semasa sakit.

Berapa kos / bajet yang patut saya sediakan untuk memilih Pelan Perubatan (Medical Card)?

Apabila anda telah memutuskan jenis perlindungan perubatan yang anda mahu, perkara seterusnya adalah kos pelan anda atau juga dikenali sebagai premium bulanan. Jumlah yang anda bayar setiap bulan bergantung kepada tiga perkara: jumlah potongan, insurans bersama dan had tahunan.

  • Potongan: Potongan adalah bayaran awal yang anda dahulukan untuk semua penjagaan perubatan anda sebelum insurans diaktifkan. Pelan yang tinggi potongannya bermakna anda bertanggungjawab untuk bahagian yang lebih besar daripada kos penjagaan perubatan anda. Kesannya, anda akan membayar premium yang lebih rendah. Setelah potongan dilakukan, syarikat insurans akan membayar baki kos. Ini sangat ideal untuk mereka yang berdikari dan tidak mempunyai tanggungan.
  • Insurans bersama: Insurans bersama adalah peratusan caj perubatan yang anda bayar, manakala selebihnya dibayar oleh pelan perubatan anda. Sebagai contoh, anda mempunyai 20% insurans bersama, maka anda membayar 20% daripada bil perubatan anda dan pelan anda membayar baki 80%.
  • Had tahunan: Had tahunan adalah jumlah maksima yang anda boleh tuntut daripada syarikat insurans dalam setahun.

Satu kesilapan yang dilakukan ramai adalah melihat kepada pelan dengan premium terendah dan tidak mengira had tahunan atau ciri-ciri lain. Kaji setiap pelan dan pilih kombinasi mana yang sesuai.

Terdapat pelan seperti A-Life Med Regular yang mempunyai had tahunan tetapi tiada had untuk jumlah yang anda boleh tuntut sepanjang hayat, manakala A-Plus Med mempunyai ciri untuk meningkatkan jumlah had tahunan bermula daripada tahun ketiga polisi anda. A-Plus Med juga tiada ciri insurans bersama atau caj potongan, bermakna anda tidak perlu membayar apa-apa jumlah daripada caj perubatan anda.

 

Adakah Pelan Perubatan (Medical Card) saya melindungi kesihatan saya sekarang?

Terdapat beberapa kondisi yang tidak termasuk dalam pelan perubatan anda dan ini dipanggil pengecualian khas (major exclusions). Pengecualian ini merujuk kepada kondisi kesihatan yang tidak dilindungi pelan seperti:

  • Penyakit yang sedia ada, seperti penyakit yang anda sudah tahu wujud sebelum bermulanya perlindungan perubatan yang baru. Hampir kesemua pelan mempunyai tempoh menunggu untuk keadaan seperti ini.
  • Rawatan atau pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu dalam 120 hari dari pelan.
  • Pembedahan kosmetik/berkhatan/lensa pembaikan/rawatan gigi, melainkan ianya diperlukan untuk merawat kecederaan daripada kemalangan

Rujuk kepada kontrak polisi anda untuk senarai penuh pengecualian.

 

Adakah saya perlu bayar untuk hospitalisasi jika saya pilih Pelan Perubatan (Medical Card) ini?

Meskipun syarikat perubatan menawarkan kad perubatan yang memberikan perlindungan dan akses mudah untuk rawatan, ianya bukan satu jaminan bagi keseluruhan proses itu tidak melibatkan wang. Sesetengah hospital masih memerlukan bayaran muka depan atau caj pemprosesan.

Sesetengan pelan perubatan juga memiliki ciri-ciri “hanya leretkan” (just swipe) untuk hospitalisasi dan ini memudahkan proses kemasukan dan pelepasan pesakit di hospital-hospital panel, seperti pelan A-Life Med Regular daripada AIA.

Untuk mengelakkan anda terpaksa membayar kos perubatan yang tidak dijangka atau kos yang tidak diketahui akibat pengecualian khas, anda perlu mengajukan kelima-lima soalan ini sebelum anda menurunkan tandatangan anda untuk pelan perlindungan perubatan itu.

ARTIKEL LAIN

Insurans Nyawa Di Malaysia (Jenis & Harga Pakej)

 

4 thoughts on “Cara Pilih & Beli Insurans Perubatan(Senarai Item Yang Perlu Ada)”

Leave a Comment