Insurans Nyawa Di Malaysia (Jenis & Harga Pakej)

Insurans Nyawa Di Malaysia (Jenis & Harga Pakej)

Insurans Nyawa Di Malaysia (Jenis & Harga Pakej)

Insuran nyawa sangat kerap dicanang sebagai ‘keperluan’, bukannya ‘kehendak’ namun masih ada individu yang belum mencarum dalam skim tersebut atau mungkin sewaktu dengannya.

Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran atau kemampuan buat segelintir individu yang sebenarnya akan merugikan diri sendiri atau ahli keluarga kelak.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kekeliruan di mana mereka tidak tahu untuk mencarum di dalam insurans nyawa yang mana satu. Jom teruskan membaca!

Apa itu insuran nyawa?

Insurans nyawa atau hayat ini akan memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan kepada tanggungan si pencarum sekiranya dia telah meninggal dunia.

Objektif utama insurans ini adalah untuk membantu individu seperti ahli keluarga yang mungkin akan terjejas aspek kewangan apabila anda meninggal dunia.

Oleh itu, anda perlu untuk menyenaraikan penama-penama penting yang bakal menerima manfaat sewaktu memohon untuk mencarum insuran hayat ini.

Jika tiada penama, tanggungan anda perlu menyediakan Surat Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah Pembahagian untuk menerima manfaat.

Walaupun dikatakan manfaat akan diperolehi apabila pencarum meninggal dunia, namun terdapat pengecualian untuk kes bunuh diri yang tidak akan menerima apa-apa.

 

Ada Berapa Jenis Insurans Nyawa?

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis insuran hayat yang utama yakni insurans nyawa dengan tempoh (term) serta insuran nyawa tanpa tempoh (permanent).

Berikut ini pula adalah perbezaan utama dan ketara di antara kedua-duanya:

 

Term Life Insurance

Insurans jenis ini adalah perlindungan yang akan diberikan oleh syarikat kepada pencarum dalam sesuatu tempoh tertentu yang telah dipersetujui sahaja.

Ia merupakan antara pelan yang paling popular dicarum oleh individu di serata dunia, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Insurance Barometer Report.

Ia akan memberi kalian pilihan untuk memilih berapa lama pelan itu akan berjalan dan biasanya ia merangkumi 10, 15, 20, 25 sehingga 30 tahun lamanya.

Sekiranya pencarum meninggal dunia dalam tempoh pelan insurans ini masih lagi berjalan, maka penama akan menerima manfaat daripada syarikat.

Sekiranya pencarum meninggal dunia luar tempoh pelan insurans ini pula, maka penama tidak akan menerima sebarang manfaat daripada syarikat.

Anda mungkin tidak perlu risau kerana ia akan boleh diperbaharui setiap kali tamat tempoh.

Permanent Life Insurance

Insurans jenis ini adalah perlindungan yang akan diberikan oleh syarikat kepada pencarum sepanjang hayat mereka tanpa sebarang syarat atau tempoh tertentu.

Ia merupakan antara pelan yang agak mahal harganya memandangkan insurans jenis ini mampu bertahan sepanjang hayat dan menawarkan perlindungan yang berbaloi.

Sekiranya pencarum meninggal dunia, maka penama akan menerima manfaat tanpa sebarang syarat atau tempoh, dan wang itu boleh digunakan mengikut hak penama.

Apa yang lebih menarik tentangnya adalah anda boleh membatalkan polisi ini dan mendapatkan kembali wang yang dicarum namun dengan penolakan caj pembatalan.

Wang yang terkumpul menerusi caruman demi caruman juga akan membuat cash value insurans nyawa anda itu meningkat dengan perlahan seiring waktunya.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu risaukan ahli keluarga jika berlaku apa-apa kepada diri anda.

 

 

7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Nyawa Terbaik di Malaysia

1. Membayar Hutang

Kebanyakan individu memiliki hutang pinjaman perumahanbantuan perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN dan sebagainya. Hutang-hutang ini berkemungkinan besar akan diwariskan kepada ahli keluarga untuk dijelaskan setelah kematian anda. Oleh sebab itu, perancangan teliti perlu dibuat bagi mengelakkan ahli keluarga yang ditinggalkan tidak terbeban dengan hutang yang banyak.

Di sinilah peranan insurans nyawa – pampasan insurans yang diterima boleh digunakan untuk membayar atau menyelesaikan hutang tinggalan anda dan lebihan yang ada boleh digunakan untuk menampung kehidupan ahli keluarga buat sementara.

2. Menanggung Kos Pengebumian

Selepas seseorang individu meninggal dunia, perkara pertama yang perlu disegerakan ialah urusan pengebumian jenazah. Proses pengebumian jenazah boleh menelan kos dan belanja yang tinggi dan kos-kos ini perlu ditanggung oleh pusaka si mati. Antara kos-kos yang perlu ditanggung ialah:

  • Pembelian kain kafan;
  • Kelengkapan mandian;
  • Kos gali kubur;
  • Pengangkutan jenazah;
  • Kos-kos lain berkaitan urusan pengebumian.

Jika anda mempunyai perlindungan insurans nyawa, sekurang-kurangnya ahli keluarga anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menanggung kos pengebumian anda tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan yang ada ataupun membuat pinjaman peribadi untuk tujuan ini.

3. Insurans Nyawa: Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan

Sekiranya anda memiliki insurans nyawa, ia melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM3,000 untuk tahun semasa. Ini bermaksud, anda boleh jimatkan perbelanjaan anda setiap tahun jika anda beli insurans nyawa termasuk insentif pengurangan cukai lain yang diberikan oleh kerajaan seperti skim persaraan, caruman KWSP dan sebagainya.

 

4. Kehidupan Lebih Tenang

Anda tidak boleh menjangkakan perkara yang akan berlaku kepada anda. Dengan memiliki insurans hayat, anda tidak perlu risau tentang ahli keluarga di bawah jagaan anda lagi sekiranya berlaku apa-apa musibah kepada anda seperti kecacatan kekal akibat kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Secara asasnya, insurans hayat boleh dikatakan bertindak sebagai pelampung sekiranya kapal yang dinaiki karam. Ini bermaksud, ahli keluarga anda masih ada tempat untuk bergantung harap sekiranya anda tidak boleh kembali bekerja seperti biasa akibat kemalangan.

Meskipun jumlah pampasan yang diterima tidaklah terlalu besar, sekurang-kurangnya amaun yang diterima boleh membantu ahli keluarga anda berdiri semula dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

5. Boleh Guna sebagai Pelan Simpanan

Ada pelan insurans nyawa yang turut menawarkan gabungan antara perlindungan dan simpanan jangka panjang. Biasanya, jumlah simpanan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan premium yang perlu anda bayar.

Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri simpanan tersebut sama ada pulangan simpanan tersebut dijamin atau tidak. Pencarum boleh mengeluarkan simpanan tersebut sebaik sahaja polisi tersebut matang.

6. Tabung Pendidikan Anak-anak

Insurans nyawa juga boleh dijadikan salah satu alternatif tabung simpanan pendidikan anak-anak anda. Sesetengah pelan insurans hayat ada menawarkan ciri simpanan yang menguntungkan. Sama seperti simpanan-simpanan lain, dana yang disimpan akan berkembang atau bertambah banyak saban tahun.

Jika anda memiliki pelan ini sejak anak anda kecil, dana ini semestinya mencukupi untuk membiayai pendidikan pengajian anak-anak sebaik sahaja usia anak anda meningkat dewasa. Meskipun begitu, setiap produk insurans nyawa menawarkan syarat dan tempoh yang berbeza. Pastikan anda semak dengan ejen insurans anda untuk penjelasan lanjut.

Namun biasanya, pencarum perlu menunggu sehingga pulangan tersebut melebihi jumlah premium yang perlu dibayar (biasanya ambil masa lebih kurang 30 tahun). Jika anda ambil keputusan untuk keluarkan wang simpanan tersebut sebelum tempoh matang, anda tidak boleh memaksimumkan keuntungan daripada simpanan tersebut.

7. Melindungi Aset dan Simpanan

Insurans hayat merupakan langkah persediaan jangka panjang yang amat penting untuk mengelakkan ahli keluarga atau waris terkesan dengan pemergian anda. Sekiranya anda memiliki insurans hayat, keluarga atau waris anda tidak perlu jual rumah atau menggadaikan apa-apa aset atau simpanan anda semata-mata untuk menjelaskan hutang-hutang anda.

Malah, keluarga anda berkemungkinan akan menerima lebihan dana (setelah hutang-hutang dijelaskan) jika premium yang anda ambil menawarkan perlindungan yang tinggi. Oleh sebab itu, rancang pelan perlindungan dengan betul.

Contoh Insurans Nyawa Yang Mampu Milik & Murah

Kerajaan telah melancarkan program Perlindungan Tenang (PTV)sebagai jaminan keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Melalui program ini,kerajaan memberi subsisdi untuk perlindungan insurans/takaful dalam usaha meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.

Penerima yang layak boleh menggunakan Baucer Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian,kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain.

Melaluinya, setiap belia yang layak akan diberi baucar 75 ringgit sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk ini termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Dalam masa yang sama, Kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi 100 ringgit untuk tempoh 5 tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025.

 

APA ITU PERLINDUNGAN TENANG BELIA?

Inisiatif ini disasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan takaful, khususnya kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah (B40).

Pada masa ini, sebanyak 10 penanggung insurans dan pengendali takaful menawarkan produk tersebut.

Caruman untuk produk takaful keluarga  bermula daripada RM5 hingga RM13 sebulan  untuk jumlah perlindungan antara RM7,500 hingga RM40,000.

Untuk mudah faham:

  • Mudah disertai
  • Proses tuntutan yang mudah
  • Perlindungan takaful bermula dari RM7500 sehingga RM40000
  • Caruman serendah RM39 setahun (bergantung kepada umur, pekerjaan dan jantina)
  • Cara bayaran adalah tahunan dan bulanan.
  • Ia perlu di renew setahun sekali.
  • Cara memohon boleh secara online dan ada secara offline, boleh rujuk gambar dibawah

 

PERMOHONAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG BELIA

merupakan baucer RM75 untuk pembelian/pembaharuan produk perlindungan tenang dan pembelian insuran/takaful motor 150cc ke bawah

 

SENARAI PRODUK PERLINDUNGAN TENANG

Bagi insurans hayat, terdapat enam syarikat yang menawarkan produk tersebut iaitu

  • AIA Bhd
  • Allianz Life
  • Great Eastern
  • Hong Leong Assurance
  • Sun Life Malaysia
  • Tokio Marine Life.

 

Bagi segmen Takaful iaitu

  • AIA Public Takaful Bhd
  • Prudential BSN Takaful Bhd
  • Takaful Ikhlas

insurans am

  • hanya Allianz General Insurans yang menyediakan tawaran produk itu di pasaran ketika ini.

 

SYARAT KELAYAKAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG BELIA

  1. Individu bujang B40
  2. Berpendapatan RM2500 dan ke bawah
  3. Berumur 21 tahun dan ke atas

 

CARA BELI PERLINDUNGAN  ONLINE/MANUAL

1.Dapatkan info tentang produk terlebih dahulu daripada laman web yang disediakan syarikat-syarikat tersebut.

2.Rancangan dan pilih pakej produk berdasarkan kemampuan anda

3.Pilih produk dan buat permohonan secara atas talian

4.Isi maklumat yang diperlukan dalam laman web tersebut

5.Lengkapkan dan hantar untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak syarikat

CARA SEMAK STATUS TENANG BELIA

Jika anda ingin membuat semakan boleh , ianya boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:

SEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful

SEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my

Diharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif ini sebaik mungkin untuk melindungi diri

 

CARA SEMAK STATUS TENANG BELIA

Boleh dibuat secara dalam talian di laman MyCoverage ataupun di cawangan yang menawarkan Produk Tenang

 

SKIM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG (PTV) UNTUK WARGA KPM

Terkini Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama Prudential BSN Takaful, melaksanakan kempen penebusan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kepada semua warga KPM dan ahli keluarga terdekat yang layak seperti berkut:

Manfaat PTV Warga KM

  • RM15,000 manfaat bagi kematian semulajadi
  • RM30,000 manfaat bagi kematian akibat kemalangan
  • RM1,7000 manfaat khairat kematian

Cara Semakan Kelayakan PTV Warga KPM

Pendaftaran PTV Bagi Warga KPM Yang Layak

  • Pelanggan akan menerima SMS beserta pautan
  • Klik pada pautan dalam SMS
  • Masukkan pin 4 digit terakhir nombor telefon dan 4 digit terakhir no kad pengenalan
  • Klik langkah satu untuk e-Pemberitahuan
  • Klik langkah 2 untuk menebus Baucar Perlindungan Tenang anda dan menyertai PRUBSN AMANI.
  • Selesai

 

MAKLUMAT & PERTAYAAN LANJUT

Sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my

hubungi Pusat Panggilan Program Baucar  di 03 7723 9333 atau rujuk Kementerian Kewangan Malaysia

Semoga info ini membantu anda semua.Untuk info tentang insuran yang selebihnya boleh semak dan bertanya kepada agen insuran

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR & PASANG TIME INTERNET DI RUMAH 2022 (Check Promosi Terkini)

 

 

 

3 thoughts on “Insurans Nyawa Di Malaysia (Jenis & Harga Pakej)”

Leave a Comment