CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK(Berapa Kos & Prosedur)

CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK(Berapa Kos & Prosedur)

CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK

Biarpun sudah bercerai,tanggungjawab bapa terhadap nafkah anak sememangnya tidak dapat dinafikan.Dalam Al-Quran lagi telah dijelaskan bahawa ia adalah satu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seorang bapa.

Sekiranya mengikut susunan tertib wali,tanggungjawab membayar nafkah tetap jatuh kepada bapa kandung dan kaum kerabat lelaki sebelah bapa juga. Selain tanggungjawab dalam agama, ia juga sangat sah tepat di sisi undang-undang.

Bagaimanakah cara tuntut nafkah?Sebelum anda membuat sebarang tuntutan,anda perlu mengetahui jenis dan kategori tuntutan.

JENIS-JENIS KATEGORI TUNTUTAN

Perkara-perkara Yang Boleh Dituntut Di Mahkamah Syariah Selepas Perceraian Adalah Seperti Berikut : 

  1. Nafkah Edah

Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

  1. Mut’ah

iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

  1. Harta Sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

  1. Tunggakan Nafkah

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.

  1. Tunggakan Nafkah Anak

Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

  1. Hak Jagaan Anak Hadhanah

Bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

  1. Nafkah anak

Ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

  1. Hak Tempat Tinggal

 

Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?

Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:
– Menyediakan makanan yang sepatutnya.
– Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
– Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
– Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.

iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

 

Soalan Lazim: Nafkah Anak

1.       Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak?

Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.

 

2.       Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan hak jagaan anak kepada saya. Adakah saya masih boleh menuntut Nafkah Anak daripada bekas suami?

Ya, boleh. Walaupun Puan mendapat hak jagaan anak, secara asasnya bekas suami iaitu bapa kandung kepada anak-anak tersebut masih bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak.

3.       Bagaimanakah kiraan untuk penentuan jumlah Nafkah Anak?

Tiada formula spesifik yang digunakan oleh Mahkamah dalam menentukan jumlah Nafkah Anak, namun Mahkamah akan menetapkan jumlah Nafkah tersebut berdasarkan keperluan asas anak iaitu tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran. Di samping itu, Mahkamah juga melihat kepada kemampuan dan taraf kehidupan bapa serta anak tersebut.

4.       Bilakah saya boleh memfailkan tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Syariah?

Tuntutan Nafkah Anak boleh dibuat apabila seorang bapa:

  1. Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya;
  2. Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya;
  • Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah; atau
    Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

5.       Apakah cara pembayaran Nafkah Anak yang boleh dilaksanakan?

Pelaksanaan Nafkah Anak boleh dibuat secara pembayaran terus oleh bapa atau melalui potongan gaji/penahanan pendapatan.

6.       Berapa lama tempoh perintah Nafkah Anak berkuatkuasa?

Pada umumnya perintah Nafkah Anak berkuatkuasa sehingga anak berusia 18 tahun melainkan diperintah sebaliknya oleh Mahkamah.

7.       Saya telah memperolehi Perintah Nafkah Anak dan ketika itu anak saya berumur 7 tahun. Bolehkah jika saya ingin memohon untuk Mahkamah mengubah jumlah Nafkah Anak tersebut kerana peningkatan jumlah nafkah/keperluan anak?

Mahkamah boleh pada bila-bila masa untuk mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Mahkamah berdasarkan Permohonan mana-mana pihak jika terdapat salah pernyataan, kesilapan fakta atau perubahan hal keadaan.

8.       Bagaimana jika bekas suami saya tidak mematuhi Perintah Nafkah Anak tersebut. Apa tindakan yang saya boleh lakukan ke atas bekas suami?

Terdapat beberapa tindakan yang boleh Puan ambil iaitu:

  1. Memohon kepada Mahkamah suatu Perintah untuk menguatkuasakan Perintah Nafkah tersebut;
  2. Memfailkan Permohonan Tunggakan Nafkah;
  • Memohon kepada Mahkamah supaya bekas suami dikenakan hukuman menghina Mahkamah kerana enggan mematuhi Perintah Mahkamah.

9.       Bagaimanakah jika saya ingin memfailkan tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Syariah?

Permohonan Hak Jagaan tersebut boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah daerah tempat pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.

Semoga perkongsian tentang cara tuntut nafkah memberi manfaat kepada pembaca.

 ARTIKEL LAIN

CARA HALAU TIKUS (Di Rumah & Kenderaan)

3 thoughts on “CARA TUNTUT NAFKAH ISTERI & ANAK(Berapa Kos & Prosedur)”

Leave a Comment