MY TEST JPJ (Cara Beli Koupon MyTest Emulasi Ujian Undang)

MY TEST JPJ (Cara Beli Koupon MyTest Emulasi Ujian Undang)

MY TEST JPJ

Kepada anda yang ingin membuat lesen memandu, semestinya akan menduduki ujian undang memandu. Adakah anda sudah bersedia untuk menjawab? Kini Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan (WP) Bhd memperkenalkan kad ‘My Test’ bagi memberi lebih peluang kepada calon lulus ujian berkomputer. Disini kami akan kongsikan cara untuk membeli kupon tersebut.

 

APA ITU MY TEST JPJ

My Test Examulator adalah merupakan laman web ini ialah latihan emulasi ujian undang. Ianya merupakan  alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer, lapor Harian Metro semalam.

 

APA ITU KAD KUPON MY TEST

Penggunaan kad itu adalah memaparkan nombor PIN untuk akses masuk laman web disediakan.

 

JENIS KAD KUPON UJIAN MY TEST

Penggunaan laman ini mempunyai tiga jenis kad kupon iaitu:

  • Kereta sahaja (D/DA)
  • Motosikal sahaja(B/B2)
  • Kereta dan motosikal (D/DA) + (B/B2)

 

HARGA KAD KUPON UJIAN MY TEST

Anda boleh membeli kad kupon ini  pada harga RM10

 

CARA BELI KAD KUPON MY TEST

Anda boleh membeli kad kupon ini menerusi talian 019-696 9763 atau boleh dibelikan dari institusi memandu dan boleh didapatkan di lebih daripada 190 institusi memandu.

 

SOALAN UJIAN MY TEST

Calon boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu yang disediakan termasuk melalui telefon bimbit.

 

CARA MENJALANI UJIAN MY TEST JPJ

Setelah anda membeli kad kupon tersebut, berikut adalah cara untuk menjalani ujian undang:

  1. Layari pautan https://www.jpjlink.com/exam/#/
  2. Masukkan kod PIN Kad Kupon tersebut
  3. Calon boleh menjawab soalan yang tertera
  4. Calon juga boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah
  5. Calon boleh cuba menduduki ujian sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar.

Nota: Calon yang menggunakan ‘My Test’ mempunyai peluang 100 peratus untuk lulus berdasarkan percubaan calon yang gagal sehingga enam kali sebelum ini.

 

TIDAK DAPAT LOG MASUK MY TEST

Sekrinya anda tidak dapat untuk log masuk, pastinya anda semak kembali seperti:

  1. Pastikan 12 angka nombor PIN KOD yang betul dan bukan nombor siri.
  2. Tetap tidak dapat masuk selepas tekan “Enter”? Perkara ini berlaku oleh sebab peralatan elektronik dalam “ENABLE” PRIVATE BROWSING. Pastikan “DISABLE” PRIVATE BROWSING supaya dapat memasuki latihan emulasi ujian undang.
    • Melancarkan Safari di skrin utama iPhone atau iPad anda.
    • Menekankan ikon muka surat yang didapati di bawah sebelah kanan.
    • Sekarang, tekankan peribadi di bawah laman web sebelah kiri.
    • Anda dibenarkan untuk membiarkan semua tab terbuka atau anda boleh menutupi segala tab. Pilihan anda.
    • Sekarang menekan siap di bawah laman web sebelah kanan dan teruskan pelayaran internet.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MY TEST

Bolehkah saya membeli koupon MyTest daripada laman web www.jpjlink.com?

  • Pembelian koupon MyTest secara online tidak boleh dipakai sementara.

Adakah www.jpjlink.com boleh dilayari dengan pelbagai jenis peralatan elektronik dan browser?

  • www.jpjlink.com boleh dilayari dengan pelbagai jenis peralatan elektronik dan browser seperti Android, IOS, Firefox, IE, Chrome, Safari, Opera dan WeChat.

Bagaimanakah dengan KPP02 dan KPP03?

  • KPP02 dan KPP03 sedang diperbaiki dan akan siap dalam masa yang suntuk.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI LOKASI HIDDEN GEMS SETIAP NEGERI (Hidden Place in KL Klang Valley Selangor)

2 thoughts on “MY TEST JPJ (Cara Beli Koupon MyTest Emulasi Ujian Undang)”

Leave a Comment