CARA HALAU CICAK (Di Rumah & Kenderaan)

CARA HALAU CICAK (Di Rumah & Kenderaan)

CARA HALAU CICAK

SIAPA sahaja yang tidak berasa takut dan geli apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Kehadirannya cukup mengganggu malah boleh mendatangkan kekecohan terutamanya bagi yang fobia dengan haiwan ini.

Untuk menghalau cicak daripada menjadikan rumah anda sebagai sarang, terdapat pelbagai cara boleh digunakan.

 

TIPS UNTUK HALAU CICAK

Berikut adalah empat cara efektif untuk menghalau cicak daripada terus membelenggu hidup anda.

  1. Kulit telur
    • Jika anda memasak telur, kulitnya jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk menghalau cicak dengan meletakannya di tempat laluannya.
    • Ini kerana cicak tidak suka dengan bau telur dan akan menjauhkan diri daripadanya.
  2. Bawang putih
    • Aroma bawang putih dapat menghalau cicak kerana baunya cukup dibenci haiwan itu. Caranya mudah, gantungkan beberapa buku bawang putih di dapur atau bilik. Memang cicak tak berani datang dekat.
  3. Kopi dan tembakau
    • Cicak juga tidak gemar akan bau kopi dan tembakau. Jadi apa kata anda campurkan kedua-dua bahan itu dan balut dalam kain nipis. Gantung di tempat yang banyak cicak.
    • Ia bukan sahaja dapat menghalau cicak tetapi membunuhnya. Jadi bersedialah untuk mengutip bangkai cicak.
  4. Lada hitam
    • Taburkan lada hitam di kawasan yang sering menjadi tumpuan cicak dan ia tidak akan menghampiri kawasan itu lagi

 

ADAKAH RACUN CICAK BERKESAN?

Sekiranya semua petua di atas tak boleh nak bendung masalah cicak di rumah, anda boleh mencuba produk semburan penghalau cicak, atau ‘lizard repellent.’

Semburan penghalau ni mengandungi bahan toksik yang boleh membasmi cicak. Ia boleh didapati dengan mudah di kedai runcit, pasaraya, malah kedai online yang khas menjual barang hardware dan keselamatan rumah.

Sebelum anda sembur produk penghalau cicak ni, anda kena pastikan yang produk ini selamat digunakan oleh manusia.

Kalau anda tak berapa gemar nak guna produk semburan, anda juga boleh cuba alat penghalau cicak jenis elektronik yang menghalau cicak melalui cara frekuensi sonik (bunyi). Harga alat ni memang lagi mahal, tapi ia juga paling selamat untuk digunakan!

Jagalah Kebersihan!

Walaupun ada pelbagai cara untuk halau cicak rumah, sangatlah penting juga untuk kita memastikan yang rumah sentiasa bersih supaya tidak mengundang cicak untuk beranak pinak di rumah kita.

Pastikan semua pinggan mangkuk yang kotor terus dicuci dan jangan biarkan sisa makanan bersepah di kaunter dapur ataupun lantai.

Kalau tak, semua tu akan menyebabkan serangga datang, dan apabila ada serangga, ia akan terus menarik perhatian cicak untuk menangkap bekalan makan mereka itu.

Semoga anda terus mengamalkan kebersihan dan kami harap ada petua-petua di atas yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah cicak di rumah anda. Selamat mencuba!

 

ARTIKEL LAIN

CARA HALAU TIKUS (Di Rumah & Kenderaan)

 

1 thought on “CARA HALAU CICAK (Di Rumah & Kenderaan)”

Leave a Comment