CARA GUNA APLIKASI BE U BANK ISLAM (Boleh Bayar, Transfer & Keluarkan Duit)

CARA GUNA APLIKASI BE U BANK ISLAM (Boleh Bayar, Transfer & Keluarkan Duit)

CARA GUNA BE U

Jika anda adalah pengguna online banking Bank Islam, kini anda boleh menggunakan kelebihan yang sedia ada. Ini kerana Bank Islam telah memperkenalkan bank digital melalui aplikasi BE U Bank Islam. Semestinya aplikasi ini lebih selamat (secure). Dengan adanya aplikasi digital, pasti pihak Bank Islam akan terus menawarkan lebih banyak kelebihan ketika menggunakan perkhidmatan mereka. Disini kami akan kongsi cara guna aplikasi BE U bank Islam ini, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI BE U BANK ISLAM

Aplikasi perbankan serba baharu ini membolehkan pengguna menyempurnakan transaksi perbankan mereka dengan lancar, tanpa perlu mengunjungi cawangan Bank Islam. Ia juga berperanan untuk memperluaskan lagi rangkuman kewangan dengan menyasarkan kepada golongan muda dan celik digital.

Aplikasi Be U akan membantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik.

 

 CARA REGISTER APLIKASI BE U

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan aplikai BE U, anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah pendaftaran BE U di bawah:

  1. Muat turun (download) dan Install App BE U di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi tersebut dan klik Allow bagi permulaan.
  3. Seterussnya ikuti arahan selanjutnya untuk lengkap proses pendaftaran anda

 

CARA AKTIFKAN  APLIKASI BE U

Berikut adalah merupakan cara untk pengaktifan aplikasi ini:

  1. Buka aplikasi BE U di telefon anda
  2. Kemudian klik pada Log In Now
  3. Masukkan segala maklumat yang diperlukan
  4. Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pengaktifan akaun anda

 

CIRI APLIKASI BE U

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Mengutamakan pelanggan dalam membentuk produk yang memenuhi keperluan mereka.
  • Bentuk asas tawaran bank digital baharu ini supaya berbeza dan saling melengkapi dengan produk dan perkhidmatannya yang sememangnya tersedia di pasaran.
  • Menawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar,
  • Fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.
  • Deposit bertempoh
  • Pasaran gig
  • Kad debit
  • Pengurusan kewangan peribadi
  • Pembiayaan mikro
  • Takaful mikro

 

CARA GUNA APLIKASI BE U

  1. Guna Untuk Bayar Bil
    • Anda boleh gunakannya untuk membayar bil utility. Contoh bil yang boleh dibayar adalah bil eletrik, bil air dan bil internet. Anda hanya perlu clik pada ikon pay bil.
  2. Pemindahan Wang
    • Anda juga boleh membuat pindahan wang ke individu, membayar pinjaman dan bayar kad kredit disamping anda juga dapat memantau prestasi simpanan berjangka.
  3. Pembayaran Online
    • Seperti aplikasi e-wallet yang lain, BE U juga mempunyai fungsi Scan & Pay. Anda boleh bayar barang yang telah anda beli daripada kedai yang menerima pembayaran QR dengan hanya anda perlu membuat satu imbasan kod QR.
    • Oleh sebab aplikasi ini menyenangkan, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ingat nombor akaun dan memudahkan anda untuk membuat bayaran hutang.
  4. Cara Guna Untuk Melabur & Menabung
    • Perkara ini membuatkan aplikasi ini berbeza fungsi dan jarang terdapat pada aplikasi kewangan telefon pintar. Ia menjadikan satu aplikasi yang versatile. Selain daripada anda gunakan untuk berbelanja, anda juga boleh gunakannya untuk mendidik amalam menyimpan dalam diri anda sendiri.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumatlanjut mengenai aplikasi BE U Bank Islam, anda boleh layari melayari laman www.getbeu.com

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR ALLO WIFI (Harga Pakej & Promosi Terkini)

Leave a Comment