CARA DAFTAR HAPPYFRESH (Cara Beli Barang Keperluan)

CARA DAFTAR HAPPYFRESH (Cara Beli Barang Keperluan)

HAPPYFRESH

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar HappyFresh? Terkini HappyFresh ada menyediakan perkhidmatan yang membeli dan menghantar barangan keperluan yang anda inginkan.

Bagaimana cara daftar dan pembelian di HappyFresh? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU HAPPYFRESH

HappyFresh adalah portal membeli barang runcit dari kedai yang anda gemari ke sehinggan penghantran depan pintu anda dalam masa satu jam sahaja! Pembeli Peribadi kami yang terlatih dan berpengalaman memilih produk dan barang terbaik sementara rider memberikannya dengan cepat dan selamat kepada anda.

 

KELEBIHAN GUNA HAPPYFRESH

Kelebihan mengunakan Happy Fresh ialah:

  1. Banyak pilihan kedai
    • Beli keperluan rumah secara dalam talian dari pelbagai pasar raya terkenal seperti AEON, Giant, Farmers Market, LotteMart, Big C, Tesco Lotus, Watsons dan banyak lagi!
  2. Belanja keperluan anda secara dalam talian mengikut kehendak anda
    • Masukkan nota dan berbual dengan pembeli & penunggang peribadi untuk pengalaman membeli-belah yang mudah
  3. Pembayaran tanpa tunai selamat
    • Bayar dengan kad, e-dompet dan pelbagai kaedah pembayaran selamat yang lain.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi HappyFresh Malaysia. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

 

CARA DAFTAR HAPPYFRESH

Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan keperluan menggunan Happy Fresh, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar:

  1. Buka aplikasi Happy Fresh anda
  2. Klik “Daftar”. Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan akaun Facebook dengan menekan “Teruskan dengan Facebook” ataupun guna email anda.
  3. Masukkan nama depan, nama akhir, alamat dan kata laluan anda inginkan
  4. Semak peti mel anda dan ikut arahan seterusnya bagi meneruskan proses pendaftaran

 

CARA BELI BARANG GUNA HAPPYFRESH

Setelah anda selesai proses pendaftaran seperti di atas, anda kini sudah boleh pembelian menggunakan perkhidmatan Happy Fresh. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Happy Fresh anda
  2. Masukkan alamat anda dan pilih kedai kegemaran anda
  3. Pergi ke “Kategori” dan mula menambahkan item ke dalam troli anda
  4. Klik pada ikon “Troli” untuk memulakan proses pembayaran
  5. Pilih masa penghantaran pilihan anda
  6. Sekiranya anda mempunyai kod promo, jangan lupa menerapkannya di bahagian ‘Voucher Code’
  7. Pilih kaedah pembayaran kemudian klik “Bayar dengan Selamat”
  8. Pilih pilihan penggantian anda kemudian klik “Confirm”
  9. Selesai

 

SENARAI LOKASI HAPPYFRESH SUPERMARKET

Terkini Happy Fresh secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan HappyFresh Supermarket. HappyFresh Supermarket menyediakan pengalaman membeli-belah barangan runcit dalam talian yang mudah dengan Penghantaran Percuma dan tiada lagi isu Kehabisan Stok.

Berikut adalah merupakan lokasi HappyFresh Supermarket kini:

  • Batu Caves
  • Setia Alam
  • Petaling Jaya
  • Klang
  • Bangsar
  • Ampang
  • Kajang

 

PROMOSI HAPPYFRESH

Kempen promosi pertengahan tahun Happy Fresh Supermarket, ‘Termurah di Bandar’ dengan tawaran diskaun sehingga 60% sehingga bulan September ini.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) HAPPYFRESH

Bagaimana saya ingin menghubungi Happy Fresh ?

  • Anda boleh menghubungi Happy Fresh di talian +60392120192 dari 10 pagi hingga 10 malam. Disamping itu, anda juga boleh meninggalkan pesanan di ruang ‘Kongsikan Ulasan Anda’ melalui aplikasi kami atau anda boleh terus menghantar emel ke [email protected].

Bagaimana saya menyemak status pesanan saya?

  • Setelah menyelesaikan proses pembayaran, anda akan menerima e-mel yang mengesahkan pesanan anda. Di bawah ‘Pesanan Saya’, pilih pesanan semasa anda untuk memeriksa kemajuan belanja dan penghantaran anda.

Bagaimana saya membatalkan pesanan saya?

Ikuti langkah di bawah untuk membatalkan pesanan anda:

  • Pergi ke “Pesanan saya” dan pilih pesanan semasa anda
  • Klik pada “Edit pesanan”
  • Pilih “Batalkan pesanan”
  • Ketik “Sahkan Pembatalan”

Harap maklum bahawa pembatalan pesanan boleh menyebabkan kehilangan promosi untuk pesanan berikutnya.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

Leave a Comment