SENARAI KLINIK BUAT SWAB TEST INFLUENZA SETIAP NEGERI(BERAPA HARGA)

SENARAI KLINIK BUAT SWAB TEST INFLUENZA SETIAP NEGERI(BERAPA HARGA)

INFLUENZA

Sekiranya anda ingin mencari dan dan dapatkan informasi tentang servis Vaksin Influenza di setiap negeri, disini kami akan kongsikan maklumat mengenai influenza dan kadar harga vaksin, semoga membantu.

 

APA ITU INFLUENZA

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenze yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

 

GEJALA INFLUENZA

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)

 

CARA RAWATAN / MENCEGAH INFLUENZA

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenze, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenze adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.

 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
  • Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
  • Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
  • Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

 

SENARAI KLINIK SWAB TEST INFLUENZA

Untuk mengetahui senarai klinik yang menyediakan vaksin influenze berhampiran , anda boleh merujuk pada pautan ini https://maps.google.com/

 

SENARAI HARGA VAKSIN INFLUENZA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menetapkan harga vaksin Infuenza A (H1N1) di klinik mahupun hospital swasta kerana ia bukan ubat kawalan. Ianya terpulang kepada klinik dan hospital swasta berkenaan menentukan harga vaksin.

Walaubagaimana pun, kini harga vaksin influenze bagi mencegah penyakit tersebut didapati mengalami peningkatan sehingga 30 peratus di pasaran. Dianggarkan caj untuk suntikan vaksin influenze melonjak sehingga RM120 bagi satu suntikan disebabkan bekalan vaksin tersebut yang semakin terhad.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai influenza, sila layari website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan https://www.moh.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI & WAKTU OPERASI KLINIK EXTENDED HOUR (KKM)

Leave a Comment