CARA DAFTAR LOGIN LOTUS’S MALAYSIA (Boleh delivery lotuss.com.my)
Dalam keadaan kita nak kena minimakan pergerakkan keluar rumah atau tidak mempunyai masa, kini anda boleh beli barang dapur secara online yang akan terus dihantar sampai rumah anda. Disini kami akan kongsikan pembelian secara online melalui pasara Lotus’s.
Lotus’s kini anda menyedia perkhidmatan Lotus’s Online Shop. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar, semoga membantu.
APA ITU LOTUS’S SHOP ONLINE
Lotus’s Shop Online ialah perkhidmatan baharu yang menarik daripada Lotus’s. Perkhidmatan ini membolehkan anda memesan pelbagai jenis produk dari keselesaan rumah anda sendiri, dan menghantarnya terus ke pintu anda pada satu masa yang sesuai dengan anda atau anda boleh memilih untuk mengambilnya dari kedai pilihan anda.
Kami menawarkan harga yang rendah kepada anda seperti di kedai dan banyak promosi yang sama seperti di kedai dan juga tersedia dalam talian sahaja supaya faedah utama membeli-belah di Lotus tersedia untuk semua orang yang mempunyai akses ke Internet.
KELEBIHAN DAFTAR LOTUS’S MALAYSIA
Berikut adlaah merupakan kelebihan sekiranya anda berdaftar dengan Lotus:
- Menerima baucar RM5 KFC
- Baucar RM10 Watsons
- ebaucar GrabFood dan Grab Car bernilai RM5
- Menerima point: Untuk setiap perbelanjaan RM1, anda akan mendapat 1 mata.
- Anda boleh menukar setiap 200 mata kepada diskaun RM1
- Semasa daftar Lotus’s, maklumkan kepada juruwang yang anda ingin menebus mata anda kepada diskaun segera
- Pembelian online, di halaman pembayaran anda akan melihat pilihan untuk menebus mata anda. Masukkan jumlah RM yang anda ingin tebus.
CARA DAFTAR LOTUS’S MALAYSIA (lotuss.com.my)
Sebagai pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara daftar:
- Layari pautan Daftar Lotus’s atau buka aplikasi Lotus’s (Play Store / Apple Store)
- Masukkan no telefon bimbit anda dan tekan Confirm
- Masukkan kod pin 6 digit untuk mengesahkan akaun
- .Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam bahagian:
- Maklumat Asas
- Maklumat Perhubungan
- Alamat
- Setelah lengkap klik pada Confirm.
- Kemudian masukkan Maklumat Kata Lalaun anda dan klik Submit
- Selesai proses pendaftaran anda
CARA LOGIN LOTUS’S MALAYSIA (lotuss.com.my)
Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adalah cara untuk Log masuk akaun Lotus:
- Layari pautan Login Lotus’s atau buka aplikasi Lotus’s
- Masukkan No Telefon Bimbit dan kata laluan anda
- Kemudian klik Confirm, anda telah berjaya log masuk
CARA BELI ONLINE LOTUS’S MALAYSIA (lotuss.com.my)
Berikut adalah cara untuk membuat pembelian secara online:
- Layari pautan Lotus’s atau aplikasi Lotus’s
- Log masuk akaun anda
- Pilih barang yang anda inginkan:
- Semak imbas lorong dengan mengklik pada senarai kategori cth. Barangan bayi, kedai runcit. Anda kemudian boleh menapis ke kategori yang lebih kecil menggunakan penapis di bahagian atas halaman.
- Cari produk menggunakan kotak carian (senarai akan disusun mengikut abjad)
- Gunakan senarai Promosi. Ini menunjukkan senarai produk yang sedang dalam promosi. Anda boleh menapis ini kepada senarai yang lebih pendek menggunakan jabatan di bahagian atas halaman.
- Setelah anda selesai membeli-belah dan mempunyai semua item yang ingin anda beli dalam troli anda, anda perlu melengkapkan tiga langkah daftar keluar untuk mengesahkan pesanan anda dan memilih butiran pembayaran anda.
KAWASAN PENGHANTARAN LOTUS’S ONLINE
Perkhidmatan membeli-belah dalam talian kami kini tersedia di Lembah Klang, Seremban, Johor Bahru, Kulai, Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang. Untuk menyemak sama ada kami menghantar di kawasan anda, pada tetapan akaun anda, masukkan alamat anda untuk mengetahui sama ada kami menghantar kepada anda.
WAKTU PENGHANTARAN LOTUS’S ONLINE
Waktu penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan anda bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
SOALAN LAZIM (FAQ) LOTUS’S ONLINE SHOP
Untuk mengetahui soalan lazim anda boleh layari pautan FAQ Lotus’s
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Lotus’s online Shop, sila layari website rasmi Lotus’s
ARTIKEL LAIN
KAD MERIAH MYDIN (Cara Tebus Voucher & Renew Kad Mydin Guna Point)
1 thought on “CARA DAFTAR LOGIN LOTUS’S MALAYSIA (Boleh delivery lotuss.com.my)”