PERMOHONAN UJIAN SARINGAN KANSER UNTUK WARGA SELANGOR (CANSEL)

PERMOHONAN UJIAN SARINGAN KANSER UNTUK WARGA SELANGOR (CANSEL)

UJIAN SARINGAN KANSER SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor Di bawah Bajet Selangor 2022, akan memperkenalkan Program Kanser Selangor atau CanSEL bagi membantu rakyat Selangor membuat ujian saringan kanser, serta menawarkan proses rawatan dan pemulihan pesakit barah.

Program CanSEL ini akan dilaksanakan bersama dengan program Saring Selangor yang menyasarkan warga Selangor di seluruh 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama pelbagai pemegang taruh.

Kerjasama dengan semua pemegang taruh ini akan dapat membangunkan sistem pencegahan, pengawalan dan rawatan kanser yang lebih holistik dan berkesan kepada warga Selangor.

 

PROGRAM UJIAN PENGESANAN AWAL

Dalam pada itu, Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, program tersebut akan menyediakan kemudahan ujian pengesanan awal meliputi ujian

  • mammogram
  • kolorektal
  • prostat sehingga ke tahap pengesahan penyakit.

Kerajaan negeri juga telah mengorak langkah dengan menyertai City Cancer Challenge pada 15 Oktober 2019. Justeru, program CanSEL ini merupakan komitmen terhadap inisiatif City Cancer Challenge (CCAN).

Melalui inisiatif City Cancer Challenge (CCAN) itu, kerajaan negeri akan membangunkan solusi penjagaan kanser yang mampan melibatkan Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya dalam perancangan usaha tersebut di peringkat tempatan.

Komitmen terhadap CCAN juga diberikan oleh pelbagai badan termasuk

  • Universiti Malaya (UM)
  • National Cancer Society of Malaysia (NCSM)
  • hospital-hospital serta
  • pusat penjagaan swasta dan sebagainya.

Hal ini termasuklah penglibatan dalam program jaringan CCAN yang diadakan pada 29 Januari 2022 sebagai medan bertukar-tukar pandangan mengenai solusi penjagaan kanser

Dalam pada itu, Siti Mariah berkata, sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada setiap 4 Februari itu merupakan peringatan bagi masyarakat untuk menilai kewujudan jurang kanser atau gender di negara ini.

Ujarnya, jurang kanser harus dinilai dalam beberapa aspek termasuklah fasiliti saringan awal, rawatan, ubat-ubatan dan penjagaan kanser yang mampu milik dan mampu diakses oleh pesakit kanser dan ahli keluarga mereka.

“Semoga usaha-usaha ke arah ‘Mendekatkan Jurang Kanser’ dapat dilakukan secara kolektif dan efisien demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

 

ARTIKEL LAIN

LOKASI HOTSPOT BANJIR DI KL & SELANGOR (Check Kawasan Anda)

 

1 thought on “PERMOHONAN UJIAN SARINGAN KANSER UNTUK WARGA SELANGOR (CANSEL)”

Leave a Comment