KAD MERIAH MYDIN (Cara Tebus Voucher & Renew Kad Mydin Guna Point)

KAD MERIAH MYDIN (Cara Tebus Voucher & Renew Kad Mydin Guna Point)

KAD MERIAH MYDIN

Kepada anda yang suka membeli di pasaraya Mydin, sudah semestinya anda harus daftar ahli dan dapatkan kad meriah Mydin untuk dapatkan point  dan tebus ganjaran yang tersedia. Disini kami akan kongsikan maklumat menegnai kad meriah ini, semoga membantu.

 

APA ITU KAD MERIAH MYDIN

Kad meriah ini akan dibagi membolehkan ke semua pelanggan yang mendaftar sebagai ahli untuk mendapat manfaat dengan berbelanja setiap bulan di Mydin.

 

KELEBIHAN KAD MERIAH

Berikut adalah merupakan antara kelebihan kad meriah:

  1. Menikmati harga istimewa setiap hari
  2. Menjadi orang pertama akan menerima update terbaru mengenai produk dan juga tawaran.
  3. Point yang terkumpul boleh redeem cash voucher dan boleh digunakan semula.nak bagi gift atau hadiah kepada keluarga atau sapa saja.
  4. Tawaran hebat dengan pembelian di kedai2 fnb yang terlibat
  5. Penebusan big point air asia. Bagi pengumpul mata air asia big inilah masanya anda mengumpul sebanyak yang mungkin dan terbang secara percuma.

 

CARA DAFTAR AHLI KAD MERIAH
Anda boleh mendaftar sebagai ahli di Kaunter Khidmat Pelanggan cawangan MYDIN. Terdapat dua jenis kad seperti di bawah : –

  • Meriah Biru ( RM 12 / tahun ) – 18 tahun ke atas
  • Meriah Silver ( RM 20 / tahun )
    • Untuk perniagaan / persatuan berdaftar
    • Berikan Salinan pendaftaran perniagaan/persatuan untuk mendaftar.

 

KADAR YURAN TAHUNAN KAD MERIAH

Berikut adalah merupakan kadar yuran tahunan kad meriah:

  • Meriah Biru: RM 12 / tahun
  • Meriah Silver: RM 20 / tahun

 

CARA RENEW KAD MERIAH
Sekiranya keahlian anda telah genap sebulan, anda dikehendaki untuk membuat pembaharuan kad keahlian anda:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan pasaraya Mydin berhampiran anda
  2. Pergi ke Kaunter Khidmat Pelanggan
  3. Maklumkan kepada pegawai berkenaan bahawa anda inginkan renew kad meriah anda
  4. Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai berkenaan sehingga selesai.

Nota: Anda dikehendaki untuk renew keahlian anda dalam masa 3 bulan selepas tamat tempoh. Sekiranya lebih pada 3 bulan, point/ganjaran terkumpul anda akan lupus.

 

CARA PENEBUSAN POINT KAD MERIAH MYDIN

Sekiranya anda ingin menebuskan point terkumpul, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan pasaraya Mydin berhampiran anda
  2. Pergi ke Kaunter Khidmat Pelanggan
  3. Maklumkan anda ingin penebusan point terkumpul anda
  4. Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai berkenaan sehingga selesai.

 

RENEW KAD MERIAH MYDIN GUNA POINT

Sekiranya anda ingin renew kad meriah anda dengan menggunakan point terkumpul, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan pasaraya Mydin berhampiran anda
  2. Pergi ke Kaunter Khidmat Pelanggan
  3. Maklumkan kepada pegawai berkenaan bahawa anda ingin renew kad meriah anda menggunakan point yang terkumpul
  4. Untuk makluman, sebanyan 2400 point akan ditebus untuk membuat pembaharuan keahlian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Kad Meriah Mydin ini, sila layri pautan rasmi Facebook Mydin 

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI DI MYDIN EXPRESS (Mudah, Murah & Jimat Poket Anda)

1 thought on “KAD MERIAH MYDIN (Cara Tebus Voucher & Renew Kad Mydin Guna Point)”

Leave a Comment