WALIMATULURUS PERDANA (PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN RAKYAT TERENGGANU)

WALIMATULURUS PERDANA (PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN RAKYAT TERENGGANU)

BANTUAN PERKAHWINAN TERANGGANU

perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.  Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Namun, sebelum perkahwinan itu dapat di realisasikan, pasangan tersebut hendaklah melalui beberapa proses serta memerlukan duit untuk membayar kos-kos yang diperlukan dan boleh jadi memberi kesulitan kpd mereka yg kurang berkemampuan.

Oleh sebab ini, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan program WalimatulUrus Perdana khas buat rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan perkahwinan.

 

OBJEKTIF PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA

  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
  • Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan, selari dengan slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

 

APAKAH KRITERIA PEMILIHAN BANTUAN PERKAHWINAN RAKYAT TERENGGANU?

  • Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.
  • Perkahwinan pertama bagi pasangan.
  • Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  • Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.
  • Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

 

BAGI PASANGAN PENGANTIN YANG TERPILIH, ANDA AKAN MENDAPAT FAEDAH SEPERTI BERIKUT:

  1. 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  2. Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  3. Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  4. Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  5. Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  6. Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  7. Cenderahati untuk tetamu yang hadir.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini atau mungkin mempunyai pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan cara:

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR PERMOHONAN INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR (IGEMS)

1 thought on “WALIMATULURUS PERDANA (PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN RAKYAT TERENGGANU)”

Leave a Comment