SENARAI JENAMA MANGKUK TANDAS TERBAIK (Tahan Lama & Selamat Digunakan)

Kepada anda yang tengah membina rumah ataupun ingin ubahsuai tandas, semestinya anda ingin memilih mangkuk tandas yang bersesuai dengan keadaan tandas rumah anda. Disini kami akan kongsikan jenis mangkuk yang tahan lama dan selamat digunakan, semoga membantu.
KENAPA PERLU PILIH MANGKUK TANDAS
Mangkuk tandas memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan harian anda. Tetapi ia juga sebahagian dari bilik mandi. Mangkuk yang berkualiti tinggi bukan sahaja indah dipandang tetapi ia juga dapat mengekalkan kebersihan, menjimat kos dan masa, tahan lama dan selamat digunakan.
JENIS MANGKUK TANDAS
Berikut adalah merupakan antara jenis yang ada:
- One piece
- Close – Couple
- Wall Hung
- Back To Wall
- Tandas Cangkung
CIRI MANGKUK TANDAS
Sebelum anda memilih mangkuk kegemaran anda, anda hendaklah memamhami dua ciri saluran paip buangan ini terlebih dahulu:
- S – Trap
- Ia adalah jarak dari dinding ke tengah paip buangan yang menembusi lantai
- Sukar diganti kerana paip buangan tersembunyi di bahagian bawah
- P – Trap
- Ia adalah ukuran ketinggian daripada lantai ke tengah paip buangan
- Mudah ditukar ganti kerana paip buangan jelas dinampak
PEMILIHAN MANGKUK TANDAS TERBAIK
Berikut adalah merupakan jenis pemilihan mangkuk terbaik:
| JENIS | KETERANGAN |
Mangkuk Tandas | One piece | - Direka mangkuk tandas bersambungan dengan Cistern
- Jika salah satu bahagian rosak/bocor, perlu diganti keseluruhan mangkuk tandas kerana ia merupakan satu unit yang bersambung
- Harga sedikit mahal
|
Close – Couple | - Direka mangkuk tandas yang terpisah dengan cistern
- Jika salah satu bahagian rosak/bocor, dapat diganti secara berasingan
- Harga sedikit murah
|
Sistem Flushing | Washdown | - Menggunakan berat dan aliran gravitasi air dari cistern untuk menyimbah bahan bungan ke paip saliran buangan
- Bahan buangan disimbah oleh tekanan air yang keluar dari cistern
- Dilengkap dengan mekanisma dual flush yang dapat menampung 3 hingga liter air untuk satu sesi simbahan buangan
- Mempunyai perangkap yang lebih besar tetapi air yang ditinggal alam mangkuk selepas simbahan adalah kurang
- Bunyi simbahan kuat
- Bau yang tidak menyenangkan apabila terdapat bahan buangan yang banyak dalam mangkuk tandaskeranan bahan buangan tidak tenggelam sepenuhnya dan bau sisa buangan tidak dapat ditutup
- Tidak direka untuk menyimbah bahan buangan yang banyak dalam mangkuk kerana dayaynya hanya mampu menolak jisim yang ringan
- Kadar harga lebih murah
|
Siphonic | - Menyerap bahan buangan menggunakan daya vakum dan pada masa yang sama air yang memasukki mangkuk tandas dari jet da pelek menolak bahan buanga tersebut keluar melalui paip saluran buangan
- Memerlukan jumlah air sekurang-kurang atau lebih dari 6 liter airuntuk penyimbahan yang bersih
- Lebih mudah tersumbat kerana reka bentuk perangkapnya lebih kecil tetapi lebih dekap menyimbah buangan melalui perangkapnya
- Bunyi simbahan lebih senyap
- Lebih berkesan mengawal bau yang kurang menyenangkan kerana ia mempunyai paras air yang tinggi di dalam mangkuk dan pernagkap yang lebih sempit
- Mempunyai daya seduatan yang kuat dan dapat menyimbah semua bahan buangan dengan berkesan
- Kadar harga mahal sedikit
|
Turnado | - Merupakan sistem flushing terkini yang menjimatkan air dan membersihkan pelek dan mangkuk dengan inovatif
- Tidak menggunakan aliran air dari pelek tandas
- Ia menyimbah air dengan menggunakan jet berkuasa tinggi dari bahagian dalam mangkuk. Aliran ini menimbulkan kesan pusaran air yang membersihkan seluruh permukaan mangkuk
- Bunyi simbahan yang lebih senyap dan menjimatkan air
|
Bentuk Mangkuk | Memanjang | - Direkan dengan ruang duudk yang lebih luas
- Sesuai bagi golongan remaja dan orang dewasa
- Saiz lebih besar
- Sesuai bilik manid yang luas
- Lebih mudah dibersihakan
|
Bulat | - Lebih sesuai kepada warga emas kerana selesa digunakan
- Saiz lebih kecil
- Sesuai bilik air yang kecil
- Sukar dibersihkan kerana terdapat celah-celah di bahagian bawah mangkuk yang sukar dicapai dan diberus
|
SENARAI MANGKUK TANDAS YANG TERBAIK
Berikut adalah merupakan antara mangkuk yang terbaik:
Bil | Nama | Penilaian Ciri |
1 | Roca | Reka bentuk moden |
2 | Jika | Kualiti terbaik pada harga terendah. |
3 | Sanita | Harga berpatutan |
4 | Ifo | Keselesaan tinggi |
5 | Gustavsberg | Paling dipercayai |
6 | Iddis | Model padat, bahan berkualiti |
7 | Cersanit | Pemilihan yang besar, teknologi unik |
8 | Am. Pm | Tahap perkhidmatan terbaik |
9 | Laufen | Bahan terbaik pembuatan |
10 | Jacob Delafon | Reka bentuk yang menarik |
ARTIKEL LAIN
CO WORKING SPACE DI SELANGOR KL JOHOR (Lokasi Harga Sewa Kemudahan)
3 thoughts on “SENARAI JENAMA MANGKUK TANDAS TERBAIK (Tahan Lama & Selamat Digunakan)”