SENARAI JENAMA CAT RUMAH TERBAIK DAN CANTIK (Anti Kulat Boleh Cuci Kalis Air)

SENARAI JENAMA CAT RUMAH TERBAIK DAN CANTIK (Anti Kulat Boleh Cuci Kalis Air)

JENAMA CAT RUMAH TERBAIK

Kepada anda yang ingin mengecat rumah, bukan sahaja harus membuat pilihan warna sahaja tetapi mesti yang berkualiti seperti anti kulat dan kalis air supaya ketahanan warna lebih lama. Disini kami akan kongsikan senarai cat rumah terbaik dan cantik, semoga membantu.

 

PANDUAN BELI JENIS CAT RUMAH CANTIK & SESUAI

Berikut adalah merupakan tips pemilihan jenis cat yang bersesuaian untuk dibeli:

  1. Cat Untuk Dalam Atau Luar Rumah?
    • Bagi cat luaran, permukaan dinding akan terdedah kepada pelbagai jenis suhu, kelembapan, cahaya matahari dan sebagainya.
    • Bagi cat dalaman pula, resin yang digunakan adalah lebih kukuh, jadi ia lebih tahan bila bergeser dengan meja atau perabot-perabot lain. Ia juga lebih senang dicuci kalau anak-anak conteng dan sebagainya.
  2. Bawa Sampel Warna Balik Ke Rumah
    • Pastikan bersesuai dengan warna yang anda kehendaki
  3. Kenapa Ada Cat Yang Murah Sangat?
    • Periksa label pada cat yang akan beritahu berapa peratus pigmen dan resin dalam satu tin (sekurang-kurangnya 45%).
  4. Cat Berkilat Atau Tidak?
    • Gloss (cat berkilat): Cat berkilat biasanya digunakan untuk pintu dan perabot. Cat macam ni sangat kuat, jadi ia tahan kotor dan senang dibasuh. Cat ini biasanya digunakan di kawasan yang ramai orang lalu, terutamanya budak-budak.
    • Flat (tak berkilat): Cat macam ni senang disapu untuk nampak cantik, jadi kalau ada tompok sana sini pun tak perasan sangat. Tapi ia juga senang kotor, jadi biasanya ia digunakan di kawasan yang tak ramai orang lalu, terutamanya di siling.
  5. Persediaan Sebelum Mula Mengecat
    • pastikan permukaan dinding adalah bersih daripada sebarang kotoran dan habuk. Guna kain buruk atau surat khabar lama.
  6. Gunakan Primer/Sealer Sebagai Lapisan Pertama
    • Ia bertindak sebagai lapisan asas untuk memastikan permukaan sama rata.
    • Mengelakkan cat utama anda meresap ke dalam permukaan, supaya tak membazir.
    • Membantu cat utama anda melekat dengan baik, kalau tak pakai primer, anda mungkin kena sapu cat utama anda beberapa kali baru melekat.
    • Perlindungan daripada kotoran dan kelembapan.
  7. Sapu Warna Cat Pilihan Anda
    • Guna selotip untuk pastikan cat tak melepasi garisan yang dibenarkan.
    • Sapu cat kat semua bucu dan penjuru terlebih dahulu.
    • Pastikan anda beli roller yang berkualiti, dan letak sedikit je tekanan terhadap roller sewaktu mengecat. Kalau tak, mungkin anda yang akan tertekan bila tengok cat tak rata.
  8. Bersihkan Kawasan Selepas Habis Mengecat

 

SENARAI JENAMA CAT RUMAH TERBAIK DAN CANTIK

Berikut adalah merupakan antara jenama cat yang terbaik:

  1. Seamaster Fire Proof Paint Coating Water Base – 6009W (5kg)
    • Kalis api
    • Warna cantik
    • Harga mahal
  2. Colourland Paint Vinyl Silk Fresh Interior – Storm Cloud (1L)
    • Anti fugus
    • Boleh dilap
    • Kurang berbau
    • Mudah pudar
  3. KCC Paint Interior Koreton Pro Emulsion Matt Finish – GREEN 2565-G KC ( 5L )
    • Mudah dicat
    • Dapat meluaskan ruang rumah
    • Warna terlalu lembut
  4. Nippon Paint 5L Economy Undercoat (White) For Wood & Metal
    • Mudah kering
    • Tiada campuran plumbum dan merkuri
    • Hanya untuk cat perabot saja
  5. KCC Vinyl Glow (5L)
    • Kelihatan bersinar
    • Tiada campuran plumbum dan merkuri
    • Boleh dilap
    • Harga mahal
  6. Sancora Silverlite Wall Emulsion Paint (7L)
    • Anti kulat
    • Bersaiz besar
    • Tekstur agak kasar
  7. MCI Baoma Woodtone Exterior & Interior Wood Varnish (1L)
    • Kalis air
    • Anti fugus
    • Hanya untuk kayu
  8. Colourland Weatherflex Outdoor Paint 5L
    • Tidak mudah pudar
    • Tahan lasak
    • Tidak sesuai untuk indoor
  9. Jotun Essence Easy Clean For Interior Use (5L)
    • Tidak berbau
    • Boleh dilap
    • Tidak mudah luntur
    • Harga mahal
  10. KCC Aurora Sheen Interior Paint (5L)
    • Mempunyai pelbagai pilihan warna
    • Boleh dilap
    • Anti bakteria productnation

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI JENAMA MANGKUK TANDAS TERBAIK (Tahan Lama & Selamat Digunakan)

SENARAI JENAMA PENYEDUT ASAP TERBAIK (Cara Pilih Untuk Dapur Anda)

Leave a Comment