MENU BARU MCDONALD’S HARGA & PROMOSI TERKINI 2022

MENU BARU MCDONALD’S HARGA & PROMOSI TERKINI 2022

MENU BARU MCDONALD’S PROMOSI

Kepada penggemar McDonald’s (MCD)  sudah semestinya anda ingin mengetahui senarai terkini menu MCD beserta promosi, harga dan juga lokasi yang berhampiran. Ini kerana MCD terkenal di seluruh dunia dengan hidangan burger dan kentang gorengnya disamping menawarkan pelbagai jenis minuman dan pencuci mulut kepada para pelanggan.Disini kami akan kongsikan senarai menu baru McDonald’s dan promosi terkini, semoga membantu.

 

LOKASI MCDONALD’S (MCD)

Untuk pengetahuan anda Outlet MCD kini sudah ada di setiap daerah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Anda boleh membuat semakan lokasi berhampiran di pautan ini https://www.mcdonalds.com.my/locate-us

 

CARA ORDER MCD DI KIOSK

Terkini, di restoran MCD anda hanya boleh membuat pesanan menggunakan kiosk layan diri tanpa perlu lagi ke kaunter untuk membuat pesanan. Berikut adalah caranya:

  1. Semasa di restoren MCD, pergi ke mesin kiosk layan diri.
  2. Sentuh layar skrin untuk membuat pesanan.
  3. Pilih sama ada anda ingin Eat In atau Take Away. Pilih juga bahasa pengantar samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebelum meneruskan pesanan.
  4. Pilih menu yang diinginkan. Di sebelah kiri anda akan dapat melihat ikon pilihan menu yang terdiri dari Mix & Match, Promotion Menu, Regular Menu, Mc Cafe, Drinks dan Dessert. Sekiranya terdapat notifikasi “Not Available” bermakna anda tidak boleh memilih menu tersebut.
  5. Setelah membuat pesanan, masukkan nombor meja bagi tujuan penghantaran, sekiranya tidak memasukkan nombor meja, pelayan tidak akan menghantar makanan tersebut kepada anda. Sebaliknya anda perlu mendapatkannya sendiri di kaunter perkhidmatan makanan setelah nombor anda tertera.
  6. Membuat pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit atau Pay Wave atau kod QR yang lebih mudah digunakan.
  7. Kemudian tunggu sehingga pesanan anda siap di sediakan

 

SENARAI MENU BARU MCD

Berikut adalah merupakan senarai menu baru MCD:

  • Keenakan sos kam heong yang pedas lagi beraroma di antara burger pilihan anda sama ada:
    • Ikan (Spicy Kam Heong Fish Burger)
    • Ayam (Spicy Kam Heong Chicken Burger).
  • Minuman Orange McFizz.
  • Banana Pie dan Chocolate Banana McFlurry.
  • Sos terbaru iaitu French Cheese.

 

PROMOSI MCD TERKINI

Berikut adalah merupakan promosi terkini MCD:

  • Diskaun 40% Untuk Hidangan Terpilih Ketika Crazy Hour
    • Aneka hidangan menarik serendah RM 18.00
    • 3 petang hingga 6 petang
    • 10 malam hingga 12 tengah malam
  • Promosi Set Duo hanya serendah RM 12.17
    • GCB
    • Ayam Goreng McD
    • Filet-O-Fish
    • Double Cheeseburger
    • Chicken McNuggets

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Menu baru MCD Promosi Harga, sila layari website rasmi MCD di pautan https://www.mcdonalds.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

MENU BARU A&W HARGA PROMOSI TAWARAN TERKINI 2022

2 thoughts on “MENU BARU MCDONALD’S HARGA & PROMOSI TERKINI 2022”

Leave a Comment