HARGA TRIP KE PULAU DI MALAYSIA (Berapa Kadar Feri/Bot Pergi  Balik)

HARGA TRIP KE PULAU DI MALAYSIA (Berapa Kadar Feri/Bot Pergi  Balik)

HARGA TRIP PULAU

Sekiranya anda ada perancangan ingin bercuti di pulau-pulau dalam Malaysia, sudah semestinya anda ingin mengetahui kadar harga trip ke Pulau. Di sini kami akan kongsikan kadar harga beberapa pulau yang ada, semoga membantu.

 

HARGA TRIP PULAU REDANG, TERENGGANU

Pulau Redang ini terletak di Terengganu. Untuk ke Pulau Redang hendaklah melalui Jeti Shahbandar atau Jeti Merang.

  • Feri Jeti Syahbandar
    • Terletak bandar Kuala Terengganu.
    • Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam ke Pualau redang.
    • Harga Tiket Feri : RM110/pergi balik
  • Feri Jeti Merang
    • Terletak di utara Kuala Terengganu.
    • Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 60 minit.
    • Harga Tiket Feri : dari RM110/pergi balik.
  • Naik Flight Dari Subang Airport
    • Menggunakan Berjaya Air dari lapangan terbang Subang ke Pulau Redang.
    • Tempoh flight cuma 1 jam.
    • Harga pergi dan balik sekitar RM 1500++.
  • Trip Snorkeling Redang
    • 5 Lokasi Snorkeling Point
    • Dewasa RM90
    • Kanak-kanak RM60
  • Harga penginapan
    • Berkenaan harga penginapan adalah felxsible bergantung pada musim dan juga bilangan hari menetap.

 

HARGA TRIP PULAU TIOMAN, PAHANG

Pulau Tioman terletak di Rompin, dan cara untuk ke pulau ini adalah melalui Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemok.

  • Jeti Mersing, Johor
    • Jarak ke pulau adalah 70Km
    • Terdapat tambahan caj dikenakan iaitu Iskandar Tax: Malaysian:RM5 / Foreigner:RM20
  • Jeti Tanjung Gemok, Rompin, Pahang
    • Jarak ke pulau adalah 58km
  • Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk sampai ke Pulau Tioman. Mengikut keadaan laut semasa.
  • Harga feri adalah seperti berikut:
    • Dewasa: RM 70 pergi balik
    • Kanak-kanak: RM 60 pergi balik
  • Tempahan Tiket feri boleh dibuat di Sini: https://tiomanferryticket.com/index.php
  • Harga penginapan
    • Berkenaan harga penginapan adalah felxsible bergantung pada musim dan juga bilangan hari menetap.

 

HARGA TRIP PULAU JEREJAK, P.PINANG

Pulau Jerejak terletak di Pulau Pinang. Pulau ini mempunyai spot instagrammable yang seakan-akan Bali. Sambi- sambil tu, boleh la pergi food hunting nasi kandar, pasemboq dan banyak lagi.

Kalau anda tidur kat sini, memang kena naik bot di jeti Pulau Jerejak juga. Parking percuma.

  • Perjalanan dari Penang ke Pulau Jerejak cuma 10 minit sahaja.
  • Anda akan naik feri Di Jeti Pulau Jerejak, berhampiran dengan Queensbay Mall.
  • Kekerapan Feri adalah setiap 1 jam
  • Waktu Operasi Setiap Hari : 6:30pg – 12 mlm (feri terakhir dari pulau ialah 11:30 mlm)
  • Harga feri adalah seperti berikut:
    • Dewasa: RM 22 pergi balik
    • Kanak-kanak: RM 18 pergi balik

 

HARGA TRIP PULAU MABUL, SABAH

Pulau Mabul Terletak di Semporna Sabah. Pulau Mabul ini berhampiran dengan pulau terkenal di dunia iaitu Pulau Sipadan. Dengan jarak 15km dari Pulau Sipadan. Hanya lebih kurang 15-20 minit dengan menaiki bot laju.

  • Perjalanan dari Airport Tawau ke Jeti di Semporna mengambil masa 1 jam 30 minit.
  • Perjalan dari Jeti menaiki bot laju untuk ke destinasi utama Pulau Mabul mengambil masa lebih kurang 45 minit.
  • Harga Trip Snorkeling Mabul+ Kapalai
    • Dewasa: RM195
    • Kanak-Kanak: RM195
  • Antara Pakej Pulau Mabul 2H1M, 3H2M, 4H3M dan juga 5H4M.
    • PAKEJ A : Pulau Mabul 2H1M: RM709
    • PAKEJ B : Pulau Mabul 3H2M: RM909
    • PAKEJ C : Pulau Mabul & Tawau 4H3M: RM1109
    • PAKEJ D : Honeymoon Semporna 3H2M: RM988

 

HARGA TRIP PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU

Pulau Lang Tengahterletak di Terengganu dan terkenal dengan pasirnya yang memutih dan airnya yang membiru.

  • Menaikki Bot dari Jeti Merang dengan hanya 22KM sahaja jaraknya ke Pulau Lang tengah.
  • Perjalanan bot dari Jeti Merang ke Lang Tengah mengambil masa lebih kurang 45 minit- 1 jam sahaja
  • Harga tiket Feri:
    • Dewasa: RM120 pergi balik
    • Kanak-kanak: RM60 pergi balik
  • Waktu perjalanan Feri
    • Jeti Merang ke Pulau Redang: 9:00 AM hingga 3:00 PM
    • Pulau Redang ke Jeti Merang: 9:00 AM hingga 3:00 PM

 

HARGA TRIP PULAU MANTANANI, SABAH

Pulau Mantanani yang terletak di Sabah dan terkenal fenomena ‘Blue Tears‘ pada waktu malam yang seakan di Maldives tu.

  • Pulau Mantanani ini berada di Kota Belud ( 80 km dari Kota Kinabalu)
  • Menaikki bot Jeti Kuala Ibai.
  • Perjalanan dari Jeti ke pulau Mantanani selama 40 ke 50 minit bergantung kepada keadaan laut.
  • Harga Day Trip ke Mantanani
    • Pakej Dewasa: RM200
    • Pakej Kanak-Kanak: RM165
    • Harga Termasuk pengangkutan, makan dan trip snorkeling

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TIKET CABLE CAR GENTING HIGHLAND TERKINI (Cara Booking Online)

HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI (Cara Booking Online)

HARGA TIKET MASUK LEGOLAND MALAYSIA JB 2022 (Senarai Permainan & Diskaun)

HARGA & CARA BELI TIKET SARAWAK RIVER CRUISE 2022 (Semak Pakej Diskaun & Waktu Operasi)

HARGA & CARA BELI TIKET MELAKA RIVER CRUISE 2022 (Semak Pakej Diskaun & Waktu Operasi)

2 thoughts on “HARGA TRIP KE PULAU DI MALAYSIA (Berapa Kadar Feri/Bot Pergi  Balik)”

Leave a Comment