HARGA AYAM SEKILO HARI INI (Semak Setiap Negeri Di sdvi2.fama.gov.my)

HARGA AYAM SEKILO HARI INI (Semak Setiap Negeri Di sdvi2.fama.gov.my)

HARGA AYAM

Terkini kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol tidak lagi diteruskan. Semestinya anda ingin mengetahui harga ayam yang sebenarnya. Disini kami akan kongsikan harga ayam tanpa subsidi, semoga membantu.

 

TARIKH PEMANSUHAN SUBSIDI HARGA AYAM

Subsidi harga ayam akan dimansuhkan bermula 1 Julai 2022.

 

TINDAKAN PEMANSUHSAN SUBSIDI HARGA AYAM

Tindakan pemansuhan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.

Untuk pengetahuan umum, Inflasi Makanan pada bulan April 2022 meningkat pada 4.1%, Restoran dan Hotel (3.2%), Pengangkutan (3%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain (0.8%). Faktor-faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga makanan adalah kerana cuaca yang tidak menentu, peningkatan harga baja, kos logistik dan kekurangan sumber tenaga.

 

HARGA AYAM TERKINI

Berikut adalah merupakan laporan harga purata terkini peringkat runcit komoditi harian mengikut negeri:

NEGERINAMA VARIATI

HARGA SEKILO (RM)

TINGGIPURATARENDAH
Johor BahruAYAM HIDUP8.808.508.20
AYAM PROSES STANDARD11.0010.7510.50
KedahAyam Proses Standard9.409.209.20
Ayam Proses Super10.2010.0010.00
KelantanAyam Proses Standard11.0011.0011.00
Ayam Proses Super12.0012.0012.00
MelakaAyam Proses Standard8.908.908.90
Negeri SembilanAyam Proses Standard8.908.908.90
PahangAyam Proses Standard11.0011.0011.00
Pulau PinangAyam Proses Standard11.0011.0011.00
PerakAyam Proses Standard11.4011.4011.40
PerlisAyam Proses Standard8.908.908.90
Ayam Proses Super9.909.909.90
SelangorAyam Proses Standard11.0010.7510.50
TerangganuAyam Proses Standard12.0012.0011.00
Ayam Proses Super13.0013.0012.00
SabahAyam Proses Standard11.5011.5011.00
Ayam Proses Super12.0011.0011.00
SarawakAyam Hidup8.508.007.50
Ayam Proses Standard9.309.309.30
Ayam Proses Super12.0011.5011.00
WP Kuala LumpurAyam Hidup9.009.009.00
Ayam Proses Standard11.009.958.90
WP LabuanAyam Proses Standard10.8010.8010.80
Ayam Proses Super11.8011.8011.80

Nota: Untuk rujukan harian terkini anda boleh layari pautan sdvi2.fama.gov.my

 

HARGA AYAM SEKILO DI MYDIN

Berikut adalah merupakan kadar harga aym terkini di pasaraya Mydin:

NAMA VARIATIHARGA SEKILO (RM)
Ayam Proses StandardAkan dikemaskini
Ayam Proses SuperAkan dikemaskini

 

PERBEZAAN AYAM STANDARD & AYAM SUPER

  • Ayam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual dengan kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)
  • Ayam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).

 

HARGA SILING BARU AYAM BERKUATKUASA 1 JULAI 2022

Penetapan harga siling ini telah berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2022 (62 Hari)

Semenanjung Malaysia

  • Harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi

Langkawi / Sarawak / Sabah

  • Harga Siling Ayam adalah berbeza mengikut zon dan daerah. Rujuk gambar di bawah

harga siling ayam

 

HARGA SILING BARU AYAM & TELUR BERKUATKUASA 12 OKTOBER 2022

Penetapan harga siling ini telah berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2022.

Semenanjung Malaysia

  • Ayam
    • Harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi
  • Telur Ayam
    • Gred A: 45 sen/biji
    • Gred B: 43 sen/biji
    • Gred C: 41 sen/biji

Langkawi / Sarawak / Sabah

  • Harga Siling Ayam dan telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah. Rujuk gambar di bawah

 

KAWALAN KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

KPDNHEP akan menggunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada. Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

SEMAK HARGA IKAN ONLINE HARI INI (Check Berapa Sekilo Guna Aplikasi )

 

1 thought on “HARGA AYAM SEKILO HARI INI (Semak Setiap Negeri Di sdvi2.fama.gov.my)”

Leave a Comment