SENARAI APLIKASI CARI JODOH TERBAIK (Cara Cari Pasangan Hidup)

SENARAI APLIKASI CARI JODOH TERBAIK (Cara Cari Pasangan Hidup)

SENARAI APLIKASI CARI JODOH TERBAIK (Cara Cari Pasangan Hidup)

 

Kepada sesetengah individu, mencari jodoh mungkin agak sukar kerana kesibukan dalam kehidupan seharian atau tudak berjumpa dengan pasangan yang bersesuian. Tetapi kini pencarian jodoh semakin mudah dan boleh dilakukan melalui aplikasi cari jodoh di handphone sahaja. Di sini kami  akan kongsikan aplikasi cari jodoh yang popular di Malaysia, semoga membantu

 

APA ITU JODOH

Jodoh menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pasangan hidup atau pertemuan antara gadis dan teruna yang berakhir dengan perkahwinan.

 

APAKAH HUKUM MENCARI PASANGAN MELALUI APLIKASI ATAU PORTAL CARI JODOH

Manusia diciptakan berpasang-pasangan tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing telah ditentukan pasangan mereka dari jantina yang berlawanan.  Bagi hukum asal mencari pasangan menggunakan laman sesawang adalah harus. Namun begitu, tujuan dan tatacara penggunaannya haruslah diperhatikan dengan lebih terperinci untuk mengelakkan ia menjadi haram.

 

APLIKASI CARI JODOH MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara aplikasi cari jodoh yang porpular untuk anda mencuba:

  1. Baitul Muslim.com
  2. Omi Chat
  3. my
  4. My Jodoh
  5. Hawaya
  6. MuzMeet
  7. Baitul Jannah
  8. Twitter TwtMyJodoh

 

APLIKASI BAITUL MUSLIM.COM

  • Baitul Muslim.com sudah terkenal di Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Perkataan Baitul Muslim adalah perkataan Arab yang membawa maksud sangat baik. “Baitul” beerti rumah manakala “Muslim” bermaksud orang Islam.
  • Memberi tumpuan yang khusus kepada pengguna bujang, duda, dan janda, hanya warganegara Malaysia dan penganut agama Islam sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  • Aplikasi ini juga mewajibkan individu yang ingin mencari jodoh untuk mendaftar atas nama sendiri.
  • Namun, bagi yang malu untuk mendaftar sendiri, ia juga menyediakan satu platform di dalam aplikasi di mana seorang wakil atau orang tengah boleh dipilih dan mendaftar bagi pihak seseorang yang ingin mencari jodoh. Orang tengah ini juga haruslah orang yang dipercayai dan terdekat seperti ibu bapa, ahli keluarga, dan seumpanya.
  • Ada beberapa ketegori harga Baitul Muslim.com seperti:
    • Ahli biasa (percuma): boleh tengok senarai calon, info basic dan sampaikan salam.
    • Ahli premium 2 bulan (RM80): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
    • Ahli premium 1 tahun (RM120): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
    • Ahli premium 2 tahun (RM180): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej
  • Anda boleh menggunakan dengan layari Baitul Muslim.com atau aplikasi Baitul Muslim.com (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI OMI CHAT

  • Omi Chat membolehkan anda mengenali seseorang dari beberapa quiz mudah yang disediakan iaitu seperti love style test, zodiak, dating quiz, dan sebagainya.
  • Ia membawa konsep telapati iaitu kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan saling menukar informasi antara satu sama lain tanpa menggunakan apa-apa indera tubuh.\
  • Terdapat syarat-syarat yang perlu anda patuhi sebelum menggunakannya adalah seperti:
    • Memasukkan nama sebenar
    • Memuat naik gambar sendiri yang menampakkan muka sebenar dan jelas
    • Hanya dibenarkan bagi pengguna berumur 17 tahun ke atas
  • Anda boleh menggunakannya dengan memuat turun aplikais Omi Chat (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI TILLJANNAH.MY

  • Till Jannah membawa konsepmengekalkan ciri-ciri islamik yang ada. Namun kelebihan aplikasi ini adalah membolehkan pengguna melihat wajah calon lain tanpa bayaran.
  • Kadar harga untuk naik taraf akaun ada dua pilihan iaitu setahun atau dua tahun sahaja.
    • RM 98 untuk setahun
    • RM 159 untuk dua tahun.
  • Anda boleh menggunakan dengan layari Tilljannah.com atau aplikasi Tilljannah.com (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI MY JODOH

  • My Jodoh adalah portal carian jodoh yang pertama kali dibuat di Malaysia sekitar November 2002. Majoriti pengguna My Jodoh adalah pengguna nusantara yang boleh berbahasa Melayu dan berasal dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 96% pengguna My Jodoh terdiri daripada golongan yang telah bekerja atau mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  • Terdapat 4 kaedah utama aplikasi ini berfungsi iaitu
    • Daftar
    • Carian
    • Komunikasi
    • Ikatan
  • Anda boleh menggunakan dengan layari My Jodoh.net atau aplikasi My Jodoh (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI HAWAYA

  • Hawaya menawarkan perkhidmatan temu janji untuk tujuan memudahkan proses mencari jodoh melalui rangkaian komunikasi elektronik. Aplikasi yang dibangunkan oleh negara Mesir ini turut mendapat sambutan oleh masyarakat Malaysia.
  • Antara ciri unik yang ada pada Hawaya adalah seperti:
    • Sangat menitikberatkan dan menghormati budaya negara dan tradisi agama Islam
    • Mempunyai soalan mengenai pendidikan, pekerjaan, hobi, dan minat yang perlu dijawab oleh pengguna
    • Mementingkan keselamatan pengguna
    • Setiap profil perlu disahkan melalui proses pengesahan
    • Mempunyai fungsi penjaga untuk melibatkan orang tengah
    • Menyediakan pilihan untuk mengaburkan gambar yang sudah dimuat naik
  • Anda boleh menggunakan dengan layari hawaya.com atau aplikasi Hawaya (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI MUZMEET

  • Muzmeet juga merupakan aplikasi cari jodoh yang dibina oleh syarikat luar negara itu dari Czech Republic.
  • Anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini akan mendapat akses percuma, menyeronokkan, dan mempunyai ciri islamik yang tertentu.
  • Anda boleh menggunakannya dengan memuat turun aplikasi Muzmeet (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI BAITUL JANNAH

  • com, sebuah platform cari jodoh Muslim yang membuka peluang untuk bertemu calon pasangan sejati.
  • Setelah berdaftar anda sudah boleh untuk melihat paparan senarai calon yang diberikan.
  • Isi maklumat diri anda dengan lengkap, kemudian anda akan diberikan peluang sampaikan 50 salam kepada sesiapa sahaja untuk hari tersebut.
  • Anda boleh menggunakan dengan layari baituljannah.com atau aplikasi Baitul Jannah (Google Play Store / Apps Store)

 

APLIKASI TWITTER TWTMYJODOH

  • Ini adalah antara cara terkini yang sesuai untuk anda cari johoh melalui platform Twitter. Ianya lengkap dengan testimoni sebelum dan selepas juga mereka yang mencari pasangan dari pelbagai negeri.
  • Anda boleh menggunakannya dengan dengan melayari ke laman Twitter di pautan https://twitter.com/twtjodohmy

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TRIP KE PULAU DI MALAYSIA (Berapa Kadar Feri/Bot Pergi Balik)

1 thought on “SENARAI APLIKASI CARI JODOH TERBAIK (Cara Cari Pasangan Hidup)”

Leave a Comment