CARA ORDER IMBAS & PESAN KFC (Pesan Dari Meja)

CARA ORDER IMBAS & PESAN KFC (Pesan Dari Meja)

IMBAS & PESAN KFC

Adakah anda peminat KFC? Sudah tentunya kebiasaan anda akan order pesanan di kaunter semasa di restoren KFC. Kini, KFC telah memperkenalkan servis pesanan melalui imbasan kod QR di meja yang dinamakan Imbas & Pesan KFC. Disini kami akan kongsikan cara penggunaannya, semoga membantu.

 

SEDIKIT MENGENAI KFC

Kentucky Fried Chicken (KFC) terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

 

CARA ORDER KFC DI KAUNTER

Berikut adalah merupakan cara pesanan di kauter:

  1. Beratur di kaunter untuk memesan makanan. Jika anda beratur panjang, sebaiknya tunggu sehingga giliran anda.
  2. Juruwang akan meminta pesanan anda, beberapa pilihan pakej atau makanan yang dijual di KFC boleh dilihat di papan paparan.
  3. Jika anda menempah ayam, sebaiknya jelaskan jenis ayam yang anda pesan kerana KFC menyediakan dua jenis ayam iaitu Originan & Spicy.
  4. Selepas semua pesanan dikira, anda perlu membayar untuk makanan dan minuman yang anda pesan.
  5. Tunggu sehingga pesanan anda tersedia. Perlu diingat bahawa makanan tidak dihantar ke meja, pembeli mesti membawa makanan sendiri dari kaunter.

 

CARA ORDER IMBAS & PESAN KFC

Terkini, di restoran KFC anda hanya boleh membuat pesanan di meja sahaja tanpa perlu beratur lagi. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Semasa di restoran KFC, duduk di mana-mana meja yang kosong.
  2. Kemudian anda hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat di meja tersebut
  3. Anda boleh membuat pesanan makanan kegemaran anda melalui handphone anda.
  4. Anda juga turut akan diberi pilihan sama anda ingin:
    • Makan di kedai
    • Bungkus dan bawa pulang
  5. Setelap siap pesanan anda, anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah seperti berikut:
    • Transaksi secara tunai (bayar di kaunter)
    • Kad debit dan kredit
    • Dompet digital (GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay, QR Pay dan Boost)
  6. Kemdian tggu sehingga pesanan anda siap di sediakan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara order KFC, sila layari website rasmi KFC di pautan https://kfc.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

OLDTOWN WHITE COFFEE (Semak Check Menu Harga & Lokasi)

 

1 thought on “CARA ORDER IMBAS & PESAN KFC (Pesan Dari Meja)”

Leave a Comment