HARGA & CARA BELI TIKET MELAKA RIVER CRUISE 2022 (Semak Pakej Diskaun & Waktu Operasi)

HARGA & CARA BELI TIKET MELAKA RIVER CRUISE 2022 (Semak Pakej Diskaun & Waktu Operasi)

MELAKA RIVER CRUISE

Sekiranya anda ada perancangan ingin berjalan-jalan di Melaka, semestinya anda harus cuba menaikki Melaka River Cruise. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai kadar harga dan pakej diskaun yang ada serta waktu operasi, semoga membantu.

 

APA ITU MELAKA RIVER CRUISE

Penubuhan MelakaRiver Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke-sembilan, Tan Sri  Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.

 

TEMPOH PERJALANAN MELAKA RIVERCRUISE

Perjalanan bagi perkhidmatan bot ini adalah sejauh 9 KM. Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau sebaliknya. Tempoh perjalanan mengambil masa selama 45 minit.

 

HARGA TIKET MELAKA RIVER CRUISE

Berikut adalah merupakan kadar harga tiket:

  • Dewasa (Warganegara) – RM 25.00
  • Kanak-kanak (Warganegara) – RM 15.00
  • Dewasa (Pelancong Asing) – RM 30.00
  • Kanak-kanak (Pelancong Asing) – RM25.00

 

WAKTU OPERASI MELAKA RIVER CRUISE

Berikut adalah merupakan waktu operasi:

  • Waktu operasi: 9.00 pagi – 11.30 malam, Isnin hingga Ahad.

 

PROMOSI MELAKA RIVERCRUISE

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MELAKARIVER CRUISE

Adakah pelayaran sungai (river cruise) dibuka semasa Cuti Umum dan Cuti Sekolah?

  • Kini dibuka setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad, termasuk Cuti Umum dan Cuti Sekolah.

Berapa lamakah pelayaran sungai ini?

  • Pelayaran sungai mengambil masa 45 minit dan meliputi 9 kilometer (berulang-alik).

Adakah pelayaran sungai ini sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak?

  • Kami memastikan bahawa pelayaran sungai kami sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, selagi kanak-kanak di bawah umur 12 dikawal oleh penjaga dewasa dengan betul.

Di manakah saya boleh membeli tiket untuk MelakaRiver Cruise?

  • Anda boleh membeli tiket di kaunter River Cruise kami di Taman Rempah atau Dataran Muara Sungai Melaka. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan pilihan “Tiket” di laman web ini dan mengambil tiket anda di kaunter Tiket yang disebutkan.

Adakah kanak-kanak ataupun bayi dikenakan caj tiket?

  • Kemasukan percuma untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Melaka River Cruise, sila layari website https://melakarivercruise.my/bm/index.php

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TIKET CABLE CAR GENTING HIGHLAND TERKINI (Cara Booking Online)

HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI (Cara Booking Online)

HARGA TIKET MASUK LEGOLAND MALAYSIA JB 2022 (Senarai Permainan & Diskaun)

HARGA & CARA BELI TIKET SARAWAK RIVER CRUISE 2022 (Semak Pakej Diskaun & Waktu Operasi)

Leave a Comment