CARA GUNA AKSES KAWASANKU (Check Data Kaum Jantina Pekerjaan Umur Agama Kewarganegaraan)

CARA GUNA AKSES KAWASANKU (Check Data Kaum Jantina Pekerjaan Umur Agama Kewarganegaraan)

KAWASANKU

Sekiranya anda ingin mengetahui data statistik penduduk di kawasan anda, kini Jabatan Perangkaan (DOSM) tgelah membangunkan satu platform Kawasan kU. Disini sini kami akan kongsikan cara untuk guna dan akses platform ini, semoga membantu.

 

APA ITU KAWASANKU

KAWASANKU merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) sebagai permulaan bagi pembangunan platform data terbuka generasi baharu yang mengandungi informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020.

Istilah ‘KAWASANKU’ ini diaplikasikan dengan mengambilkira perkataan yang dekat dengan rakyat di mana menjadikan statistik ini lebih mesra dengan pengguna data.

 

PERBANDINGAN STATISTIK ANTARA NEGERI DAN DAERAH

Melalui platform ini juga anda dapat membuat perbandingan statistik maksimum 3 tempat. Ini bertujuan untuk mengetahui anggaran antara daerah, kawasan parlime atau dun.

 

KELEBIHAN KAWASANKU

Berikut adalah merupakan antara kelebihan platform ini:

  • Menjadi nadi kepada perancangan lebih khusus dan spesifik mengikut bidang fokus di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai rujukan dan analisis perbandingan.
  • Menyediakan perbandingan ‘visualisation map’ di peringkat Parlimen dan DUN untuk beberapa indikator antaranya maklumat kepadatan penduduk, pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan, akses kepada bekalan elektrik dan air dan peratus permukaan diliputi hutan.
  • Data ini juga sangat berguna bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan dan pemasaran supaya dapat menyasarkan produk mereka dengan lebih baik lagi.

 

CIRI YANG DIPAPARKAN DALAM KAWASANKU

Berikut adalah merupakan anatar ciri-ciri yang dipaparkan:

  • Jantina
  • Agama
  • Status perkahwinan
  • Kaum
  • Kewarganegaraan
  • Kumpulan umur

 

CARA GUNA DAN AKSES KAWASANKU
Data yang boleh dilihat adalah termasuk berkaitan populasi, perbandingan sesuatu kawasan mengikut data purata, taburan ekonomi, dan sebagainya. Berikut adalah merupakan cara penggunaannya:

  1. Layari pautan Kawasanku DOSM
  2. Pada bahagian Cari Kawasanku, masukkan maklukan yang diperlukan:
    • Pilih negeri
    • Pilih jenis geografi:
      • Daerah
      • Kawasan Parlimen
      • Dun
    • Pilih kawasan
  3. Data statistik mengikut ciri akan tertera.
  4. Anda juga boleh membuat perbandingan kawasan anda dengan kawasan yang lain (Maksimum 3 kawasan)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai platform Kawasan ku, sila layari website rasmi  Jabatan Perangkaan Malaysia di pautan https://www.dosm.gov.my/v1_/

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

4 thoughts on “CARA GUNA AKSES KAWASANKU (Check Data Kaum Jantina Pekerjaan Umur Agama Kewarganegaraan)”

Leave a Comment