SEMAK HARGA IKAN ONLINE HARI INI (Check  Berapa Sekilo Guna Aplikasi )

SEMAK HARGA IKAN ONLINE HARI INI (Check  Berapa Sekilo Guna Aplikasi )

HARGA IKAN

Kepada warga malaysia khusunya para peniaga , kini anda boleh membuat semakan harga sekilo ikan semasa dengan hanya menggunakan aplikasi Risikan Harga Ikan. Disini kami akan kongsikan caranya dan maklumat, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI RISIKAN HARGA IKAN

Aplikasi Risikan Harga Ikan ini diperkenalkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membolehkan pengguna membuat semakan atau perbandingan harga semasa ikan di pasar-pasar utama setiap negeri di Malaysia.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyemak harga terkini dan membuat perbandingan harga menurut pasar yang diingini dan menyebarkan maklumat harga kepada sahabat handai melalui sebarang aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar masing-masing

 

MASA KEMASKINI HARGA IKAN

Aplikasi Risikan ini akan mengemaskini harga ikan setiap hari pada jam 10 pagi oleh LKIM dan harga yang tersenarai dikatakan adalah yang terkini.

 

CARA SEMAKAN HARGA IKAN SEMASA

Untuk membuat semakan harga semasa, berikut adalah merupakan caranya.

  1. Muat turun dan install aplikasi Risikan Harga Ikan (Play Store / Apple Store)
  2. Buka aplikasi tersebut
  3. Pilih maklumat yang diperlukan seperti:
    • Jenis Harga
    • Negeri
    • Lokasi
  4. Setelah masukkan klik pada Cari
  5. Paparan Harga ikan akan terpapar

NOTA: Harga ikan yang terpapar adalah berdasarkan harga bagi 1 kilogram


JENIS-JENIS IKAN YANG ADA DI PASARAN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara jenis-jenis ikan yang dijual di pasar sama ada pasar pagi, pasar minggu, pasar malam atau mana-mana kedai yang menjual barangan basah iaitu:

  • Ikan bawal
  • Ikan Tongkol
  • Ikan Siakap
  • Ikan Patin
  • Ikan Lolong
  • Ikan Selar
  • Ikan Mabong
  • Ikan Kerisi
  • Ikan Bawal Hitam
  • Ikan Bawal Putih
  • Ikan Bawal Emas
  • Ikan Cencaru
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Selar Kuning
  • Ikan Sardin
  • Ikan Siakap
  • Ikan Senangi
  • Ikan Talapia Merah
  • Ikan Talapia Hitam
  • Ikan Kembong
  • Ikan Tongkol
  • Ikan Tenggiri

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai harga ikan semasa, sila layari website rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di pautan https://lkim.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

1 thought on “SEMAK HARGA IKAN ONLINE HARI INI (Check  Berapa Sekilo Guna Aplikasi )”

Leave a Comment