HARGA LASIK SURGERY (Berapa Kos & Senarai Klinik)

HARGA LASIK SURGERY (Berapa Kos & Senarai Klinik)

LASIK SURGERY

Sekiranya penglihatan anda kabur sama ada rabun jauh atau dekat atau mempunyai masalah mata yang sehingga memerlukan anda untuk memakai kata mata tetapi anda tidak inginkan, anda boleh mebuat Lasik Surgery. Disini kami kongsikan kadar harga dan senarai klinik, semoga membantu.

 

APA ITU LASIK SURGERY

LASIK adalah singkatan kepada Laser in Situ Keratomileusis, membawa makna penggunaan laser di bawah lapisan nipis kornea (flap) untuk membentuk semula kornea (keratomileusis). Prosedur ini memanfaatkan penggunaan laser yang sangat khusus (excimer laser), yang dicipta untuk merawat ralat refraktif.

 

KENAPA PERLU LASIK SURGERY

Antara sebab untuk membuat pembedahan ini adalah:

  • Rabun jauh
  • Rabun dekat
  • Astigmatisme (rabun silau)
  • Mengubah bentuk kornea

 

SENARAI KLINIK & KADAR HARGA LASIK SURGERY

Berikut adalah merupakan antara klinik yang terdapat di Malaysia:

NAMA KLINIKHARGA
Eye & Lasik Centre (Prof Muhaya), Kajang, Selangor·         RM 7,000 bagi yang berumur 34 tahun kebawah

·         RM 8,000 bagi yang berumur 35 tahun keatas

·         RM 12,600 bagi mereka yang berumur 20 tahun keatas

Advance Vision Eye Specialist Centre, Petaling Jaya, Selangor·         Pakej 1: RM 2,888 + RM 80, termasuk pemeriksaan, nasihat pakar, ubat, pembedahaan dan waranti seumur hidup

·         Pakej 2: RM 5,888 + RM 80, bagi mereka yang mengalami masalah-masalah lain

Laserfocus, Johor Bahru, Johor·         Harga lasik mata bermula daripada RM 2,988 hingga RM 5,288
Pakar Mata KPJ, Kuala Lumpur·         ReLex Smile: RM 12,000

·         Femto Lasik: RM 8,000 – RM 9,000

Pusat Pakar Mata Abdul Razak, Sungai Petani, Kedah·         Semua jenis lasik hanya berharga RM 5,500
Lasik Mata UIA (IIUM), Kuantan, Pahang·         Lasik mata: RM 3,500 bagi kedua-dua belah mata
Optimax TTDI, Kuala Lumpur & Penang·         ASA: RM4,200 bagi sebelah mata

·         Femto Lasik: RM 4,200 bagi sebelah mata

·         ReLex Smile: RM 5,200 bagi sebelah mata

Prince Court Medical Centre (PCMC), Kuala Lumpur·         Pakej 1: Premium lasik harga bermula dari RM 3,690 untuk sebelah mata

·         Pakej 2: Premium lasik harga bermula RM 6,990 untuk kedua-dua belah mata

·         Pakej 3: Blended lasik correction harga bermula RM 7,990 bagi kedua-dua belah mata

USJ Eye Specialist, Subang Jaya, Selangor·         Harga bermula daripada RM 1,490 untuk sebelah mata sahaja
Pakar Mata ExcelView, Mid Valley, Kuala Lumpur·         Harga bermula daripada RM 5,600 bagi kedua-dua belah mata

NOTA: Kos pembedahan LASIK mungkin akan turut berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti masalah penglihatan yang dialami serta usia.

 

PROSEDUR LASIK SURGERY

Berikut adalah merupakan prosudernya, tetapi ianya bergantung pada setiap klinik:

  • Set kan temujanji
  • Screening Test
  • Set tarikh Pembedahan
  • RT-PCR Swab Test (sekiranya berkaitan)
  • Final Check-Up
  • Hari Pembedahan

 

PENGALAMAN LASIK SURGERY

Berikut adalah merupakan antara pengalaman individu yang pernah membuat lasik Surgery:

First check-up

  • Jangan pakai contant lens masa nk dtg checkup. Nurses or medical assistant situ akan check mata guna few machines. Dia akan check power, ketebalan kornea, silau and your habits (suka gosok mata, frequent tukar spec or kerja use pc ke x). Pastu akan buat test mata tgk abjad mcm nak buat spec tu.
  • After this stage, nurses akan bagitau harga lasik berapa. So power bawah 500 and ketebalan kornea 480 micron and above akan dapat harga RMxxxx (depends on tebal kornea jugak) and above tu kena RMxxxx.
  • Nurses akan terangkan proses A-Z, prosedure masa operation, recovery process, and so on. So boleh tanya banyak soalan and dorg mmg akan jawab dgn details.
  • So if we setuju and decided nak proceed for detailed checkup, akan terus jumpa doctors. Before jumpa, nurses akan letak ubat titik bg mata luas sket. Charge dia RMxxx consultation fees. Kena bayar cash.
  • Stage ni doctor akan check lagi detail mata guna machine lain.
  • Dah habis, kena tunggu luar and decide nak continue buat lasik ke x. Since aku dah buat research mcm2, so aku terus decide nak book date. Deposit RMxxx cash only (prepare siap2 bawak cash, card bank not allowed, kalau x kena gi withdraw dulu). Kalau tak jadi buat kira burn deposit.
  • Doctors akan suggest amik Vitamin C and Fish Oil, so kalau korang mmg dh amal dr awal bagus. Kalau tak boleh beli situ. Takda paksaan pun.

Final Checkup

  • -Isnin or few days before tu akan ada final checkup and kena buat full payment. Full Payment boleh buat guna credit card or cash/debit. Few credit card ada zero interest sampai 12 bulan. Full payment tu akan tolak terus dgn deposit so bayar aroun RMxxxx. So kalau decide nak installment 12 bulan around RMxxx sebulan. But since mmg ada bajet so aku terus buat full payment guna debit card.
  • Rabu sebelum tu kena buat PCR test. (RTK not allowed) tapi kalau positive boleh postpone date lain.

Operation Date

  • So operation date pukul 10am.
  • Hari operation, tak boleh pakai perfume, deodorant, gel rambut or benda2 wangi sbb boleh affect machine.
  • Before operation, nurse akan buat final briefing and akan bagi few ubat utk pakai after operation. Ada ubat titik, ubat tahan sakit and ubat tidur. Nurse akan tanya lagi pakai perfume etc ke x on that day.
  • After kena panggil dgn doctor, nurse akan assist sampai bilik bedah tu. pastu titik ubat kebas mata before operation. So masa operation dah kena bius and xrasa apa pun.
  • Then dia akan bg kita tgk procedure patient sebelum kau. But since mata kau kabur, kau nampak and xnampak je la.
  • Patient sebelum kau akan share experiences dia masa operation tu which is sekejap jer.
  • So my turn, neves jugak tp more to excited sebenarnya sbb dah tak sabar nak hidup tanpa spec. Kau just baring atas katil tu and ikut je arahan doctor. Doctor akan letak clip bagi mata kau terbukak supaya x berkelip. Dia akan start dgn mata kanan dulu baru letak clip kat mata sebelah. And dia akan letak ubat lagi and letak air sejuk.
  • Doctor akan suruh kau tgk laser hijau dari kiri sampai kanan. Pastu laser start and ada la rasa bau hangit sket, Tapi seriously tak rasa sakit apa pun. Sikit pun xrasa maybe sbb dah kena ubat bius tu kot.
  • Pastu doctor akan letak contact lens bagi kornea mata kau cepat baik. Akan dicabut after 5 days.
  • After 5 MINUTES, DONE. Doctor terus suruh kau bangun and tengok ayat depan dia. Mmg cerah secerah cerahnya.. hahaha. Muka doctor and staff situ pun jelas.
  • And lepas tu kau pun akan buat benda sama share experience dkat next patient. Then dah boleh pakai sunglasses hitam and boleh balik dah lepas tu.

Recovery

  • First day mmg sakit ya ampun. Dengan puasanya tak makan pill sakit. Rasa mcm nak gosok je. Tapi lepas operation tu kau akan rasa nak tidur jer sbb mata banyak letak ubat bius kot.
  • Mata xboleh masuk air selama 3 minggu. Nampak leceh tapi sebenarnya okey jer. Wuduk pun boleh amik sbb sapukan kat muka. Pejam mata tak rasa sakit pun and air xkan masuk mata.
  • Tak boleh tengok phone or screen. Mmg pantang la 2 hari xtgk.
  • After surgery mata akan sedikit kabur, dia drop 70%, tapi recovery process tu 3 weeks utk dapat 100% balik.. So kalau rasa kabur tu normal mmg akan takes time. Biasala kau dh biasa hidup jabur berpuluh tahun.
  • Tak boleh drive 2 hari sbb still kabur lagi
  • Tidur dia akan bagi penutup mata tak bagi kau gosok mata masa tidur takut tercabut lens.
  • Makan semua xda pantang larang kecuali kau mmg dh ada alergik seafood or apa xyah la pegi makan.
  • Continue pakai sunglasses kalau kat luar. At least first 3 weeks sampai 6 bulan. Ingat kornea kau masih nipis after surgery tu.
  • No activities swimming, berpeluh that can lead to masuk air dalam mata. (Risau for infection jer)

First Day Follow Up

  • Checkup pkul 8 pagi. and kau akan nampak ramai pakai sunglasses hitam
  • Nurse akan check dulu suruh baca abjad. Masa ni vision drop 50%, tapi normal.
  • Dr akan check mata kau ada infection or apa post surgery effect
  • Admin akan bagi MC selama seminggu and hari operation tu. Friday – Friday!

5th Day Follow Up

  • Nurse akan check mata and cabut contact lens
  • Mata masa ni dah recovery back 80% and dh boleh baca huruf2 tu.
  • Pastu Dr akan check lagi sekali mata okay ke tak post surgery.
  • Continue la pakai sunglasses.

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

 

2 thoughts on “HARGA LASIK SURGERY (Berapa Kos & Senarai Klinik)”

  1. Masya Allah..
    Terima kasih tuan atas perkongsian pengalaman..
    Sejujurnya saya perlu buat.. tapi tersangatlah takut..walaupun selepas baca perkongsian tuan..😢😢😢

    Balas

Leave a Comment