CARA NAK ISI ANGIN TAYAR KERETA (Pengalaman Kali Pertama)

CARA NAK ISI ANGIN TAYAR KERETA (Pengalaman Kali Pertama)

CARA ISI ANGIN TAYAR

Semasa ingin membuat perjalanan jauh, semestinya anda akan cek kereta terlebih dahulu. Antaranya  ialah tekanan angin tayar kereta anda. Sebagai pengguna kali pertama semestinya anda ingin mengetahui cara isi angin tayar kereta anda dengan betul. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU ISI ANGIN TAYAR DENGAN BETUL

Tekanan angin tayar kereta yang sebetulnya akan dapat membantu anda dari segi:

  • Meningkatkan jangka hayat dan ketahanan tayar kereta dengan lebih lama
  • Melancarkan dan memberi keselesaan sepanjang perjalanan
  • Menjimatkan bahan api dan menjamin lebih kilometer untuk kereta anda
  • Menguatkan cengkaman tayar di atas jalan
  • Mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

 

KESAN SEKIRANYA TEKANAN ANGIN TAYAR TIDAK BETUL

Sekiranya tekanan angin tidak bersesuaian, ianya akan menyebabkan:

  • Melihat keadaan bunga tayar yang tidak sekata di bahagian luar tayar.
  • Merasakan satu perbezaan dalam kawalan kenderaan sewaktu anda memandu.
  • Selepas anda menukar komponen stereng ataupun suspensi.
  • Kereta anda sentiasa bergerak ke tepi walaupun sewaktu pemanduan lurus.
  • Stereng kereta anda tidak kembali ke posisi asal selepas membelok.
  • Kedudukan roda stereng senget ketika memandu di jalan lurus.

 

CARA ISI ANGIN TAYAR KERETA

Sebagai pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara ungin mengisi angin yang bersesuaian pada kereta anda:

  1. Kenal pasti tekanan angin tayar atau PSI tayar kereta yang sesuai untuk kereta anda.
  2. Anda boleh merujuk tekanan angin tayar (PSI) pada Maklumat Tekanan Tayar atau di bahagian tepi sebelah tempat duduk pemandu atau manual pemilik.
  3. Pastikan ikut bacaan yang tertera pada “Tire-Loading Information” untuk tayar hadapan dan belakang.
  4. Semasa di pam angin, tetapkan tekanan angin tayar yang diperlukan dengan menekan butang + atau – pada meter pam angin.
  5. Sambungkan hos pada tayar dan pam angin tayar kereta anda sehingga bunyi bip kedengaran.
  6. Selesai

 

TEKANAN ANGIN TAYAR KERETA

Berikut adalah merupakan tekanan bagi beberapa kenderaan untuk rujukan anda:

KenderaanModelTekanan Angin Tayar Kereta (PSI Tayar Kereta)
KomersialToyota Hiace30 – 35
BandarHonda Jazz, Toyota Yaris, Perodua Axia, Perodua Myvi29 – 32
SedanHonda Civic, Toyota Corolla, Toyota Vios28 – 31
SUVToyota Fortuner, Mitsubishi Pajero35 – 40
MPVToyota Avanza, Proton Ertiga, Perodua Alza30 – 33

 

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

 

2 thoughts on “CARA NAK ISI ANGIN TAYAR KERETA (Pengalaman Kali Pertama)”

Leave a Comment