LUPA BAWA KAD BANK (Boleh Keluarkan Duit Di ATM)

LUPA BAWA KAD BANK (Boleh Keluarkan Duit Di ATM)

LUPA BAWA KAD BANK

Pernah tak  terjadi kepada anda ketika ingin mengeluarkan duit tetapi ter lupa bawa kad bank/debit? Semestinya perkara ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil akan berlaku kepada anda. Disini kami akan kongsikan cara keluarkan duit di ATM tanpa guna kad bank khususnya kepada pelanggan Maybank menerusi perkhidmatan (cardless withdrawal), semoga membantu.

 

APA ITU CARDLESS WITHDRAWAL

Ccardless Withdrawal adalah perkhidmatan pengeluaran tanpa kad ini membolehkan pengguna Maybank2u dan Maybank MAE untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.

 

CARA KELUARKAN DUIT DI ATM GUNA MAYBANK2U

Lupa bawa kad bank, berikut adalah merupakan cara untuk keluarkan duit menerusi aplikasi Maybank2u:

  1. Buka aplikasi Maybank2u (Android / IOS)
  2. Klik pada bahagian Mobile
  3. Seterusnya klik pada Cardless ATM Withdraw
  4. Masukkan nombor telefon dan nama penerima
  5. Kemudian pilih amaun yang ingin dikeluarkan iaitu sama ada:
    • RM 100
    • RM 200
    • RM 500
  6. Klik setuju dengan terma & syarat, klik ‘continue
  7. Kemudian request tac kemudian ‘confirm’.
  8. Anda akan menerima SMS:
    • ID number
    • Kod pengesahan.
  9. Seterusnya pergi ke ATM dan pilih pengeluaran tanpa kad.
  10. Masukkan ID number yang diterima melalui SMS dan kod pengesahan.
  11. Anda telah berjaya mengeluarkan duit, selesai

 

CARA KELUARKAN DUIT DI ATM GUNA MAYBANK MAE

Lupa bawa kad bank, berikut adalah merupakan cara untuk keluarkan duit menerusi aplikasi Maybank MAE:

Cara Tetapan Maybank Mae (Withdraw Cash)

  1. Buka aplikasi Maybank MAE (Android / IOS)
  2. Pada menu utama klik pada Manage
  3. Buang salah satu Widget dengan klik pada ‘-‘ dan klik butang ‘+’ pada perkataan ATM Cash-Out serta klik Save Change.
  4. Kemudian, klik bahagian ATM Cash-Out, Tick pada I confirm that I have read the above and agree to the Terms & Conditions dan klik Confirm.
  5. Masukkan kod OTP yang diterima melalui telefon bimbit dan klik butang ✓
  6. Kemudian, klik butang Done untuk melengkapkan tetapan dan tunggu pengesahan sehingga 24 jam.

Cara Keluarkan Duit Di Atm

  1. Pergi ke ATM berhampiran dengan anda
  2. Buka aplikasi Maybank MAE dan klik butang scan di bahagian tengah aplikasi.
  3. Scan QR kod di mesin ATM
  4. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
  5. Klik butang Withdraw Now
  6. Duit akan dikeluarkan menerusi mesin ATM
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Keluarkan duit tanpa guna kad ATM, sila layari website rasmi Maybank di pautan https://www.maybank.com/

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

 

1 thought on “LUPA BAWA KAD BANK (Boleh Keluarkan Duit Di ATM)”

Leave a Comment