CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

SEMAK BANDING HARGA BARANG

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat semakan dan bandingkan harga sesuatu barangan. Kini  KPDNHEP telah memperkenalkan satu aplikasi yang dikenali  Price Catcher bagi memudahkan untuk membuat semakan harga barangan runcit. Disini kami akan kongsikan cara untuk semak dan banding harga barang menggunakan Price Catcher, semoga membantu.

 

APA ITU PRICE CATCHER

Price Catcher merupakan satu aplikasi ini disediakan oleh KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), dan melakukan perbandingan harga untuk lebih 400 barangan. Ia turut hadir dengan sokongan geolokasi untuk memaparkan harga barangan mengikut kedai-kedai berdekatan dengan anda.

 

CIRI APLIKASI PRICE CATCHER

Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan
  • Fungsi untuk mengesan lokasi
  • Perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan
  • Fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map
  • Berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial
  • Hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

 

PREMIS YANG TERLIBAT

Berikut adlaah merupakan antara premis yang terlibat melalui Proce Catcher:

  • Hypermarket
  • Supermarket
  • Pasar basah

 

CARA SEMAK BANDING HARGA BARANG

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan harga barang runcit:

  1. Muat turun dan install aplikasi Price Catcher (Android / IOS)
  2. Sebagai pengguna kali pertama, anda dikehendaki untuk daftar terlebih dahulu
  3. Masukkan maklumat:
    • Nama barang
    • Negeri
    • Lokasi
  4. Kemudian klik butang cari. Senarai barang beserta harga akan terpapar.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PRICE CATCHER

Siapakah yang membuat pemantauan harga untuk aplikasi Price Catcher?

  • KPDNHEP telah melantik Pegawai Pemantau Harga (PPH) untuk melakukan kerja-kerja memantau, mengutip dan memasukkan data harga barangan di pasaran ke dalam sistem Price Catcher untuk Panduan para pengguna di Malaysia.

Bilakah masa kemaskini harga dalam Price Catcher?

  • Harga barangan yang dipaparkan di aplikasi Price Catcher adalah harga terkini selepas jam 2.00 petang. Harga barangan sebelum jam 2.00 petang adalah harga bagi tarikh sebelumnya iaitu pada hari semalam.

Bagaimanakah prosedur kutipan harga dilakukan?

  • Pegawai Pemantau Harga akan pergi ke premis-premis berkenaan untuk membuat pemantauan dan kutipan harga secara harian bagi barangan keperluan pengguna.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara semakan dan banding harga barangan harian, sela layari website rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BIL TNB AIR & INDAH WATER PENYEWA (Rumah Bangunan Kedai)