HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI (Cara Booking Online)

HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI (Cara Booking Online)

TIKET CABLE CAR LANGKAWI

Adakah ada merancang ingin bercuti di Pualau Langkawi? Salah satu tempat menarik yang anda pergi semestinya di Cable Car Langkawi. Disini kami akan kongsikan harga tiket cable car langkawi terkini dan cara membuat tempahaan tiket online, semoga membantu.

 

 JENIS GENDOLA DI CABLE CAR LANGKAWI

Terdapat 3 jenis gendola yang ada di cable car langkawi yang boleh dinaiki. Walaubagaimanapun harganya berbeza setiap gendola. Berikut adalah merupakan jenis gendola yang ada”

  1. Gondola Biasa
    • Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang dengan jumlah berat 480 kg.
    • Terdapat sebanyak 35 biji dan setiap satunya mengambil masa 15 minit untuk sampai di stesyen di puncak.
  2. Gondola Berkaca Kristal
    • Gondola berlantaikan kaca. Anda akan melihat pemandangan bukit dan hutan yang cantik hanya di bawah telapak kaki anda.
    • Kaca kristal di bawah memang kukuh dan sangat jernih seolah-olah anda tidak berpijak di atasnya.
  3. Gondola VIP
    • Mempunyai privisi dan sepanjang perjalanan anda akan dihidangkan dengan makanan dan air sambil diiringi dengan muzik romantis.

 

HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI

Harga tiket kabel car adalah berbeza mengikut pakej yang diambil. Berikut adalah merupakan kadar harga standart:

  1. Harga tiket cable car/SkyCab biasa
    • Harga Dewasa (12 tahun keatas) – RM 35 seorang
    • Harga Kanak-kanak ( 2-12 tahun) – RM 25 seorang
  2. Harga tiket cable car/SkyCab dengan laluan ekspress
    • Harga Dewasa (12 tahun keatas) – RM 85 seorang
    • Harga Kanak-kanak ( 2-12 tahun) – RM 75 seorang
  3. Pakej Harga Gondola Berkaca Kristal
    • Harga: RM 85.00 seorang
  4. Harga tiket cable car untuk Pakej Private Gondola
    • Pakej Harga Private Gondola: RM 400 untuk satu gondola
  5. Harga tiket cable car untuk Pakej VIP Gondola
    • Pakej Harga VIP Gondola: RM 500 untuk satu gondola

NOTA: Bagi pemegang MyKad, anda akan mendapat DISKAUN yang lebih menarik sehingga 50% daripada harga tiket asal.

 

PAKEJ HARGA TIKET KOMBO CABLE CAR LANGKAWI

Terdapat juga pakej combo dan lebih menjimatkan anda. Berikut adalah merupakan pakej kombo yang tersedia:

  1. Combo Fare ( SkyCab + SkyDOme + 6D Cinema)
    • Dewasa: RM 60.00 seorang
    • Kanak-kanak: RM 42.00 seorang
  2. Pakej Combo Fare ( SkyCab + SkyDome + Duck Tour)
    • Dewasa: RM 67.00 seorang
    • Kanak-kanak: RM 45.00 seorang
  3. Pakej Combo Fare ( SkyCab+ SkyDome + F1 Simulator)
    • Dewasa: RM 50.00 seorang
    • Kanak-kanak: RM 35.00
  4. Pakej Combor Fare ( SkyCab + SkyDome+ 3D Art)
    • Dewasa: RM 65.00 seorang
    • Kanak-kanak RM 45.00 seorang
  5. Pakej Combo Fare ( SkyCab + SkyDome+ SkyTrail)
    • Dewasa: RM 80.00 seorang
    • Kanak-kanak: RM 60.00 seorang
  6. Pakej Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinema + Duck Tour)
    • Dewasa: RM 92.00 seorang
    • Kanak-kanak: RM 60.00 seorang
  7. Pakej Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinema + Duck Tour + 3D Art)
    • Dewasa: RM 110.00 seorang
    • Kanak-kanak: RM 78.00 seorang

NOTA:  Anda boleh dapati semua harga di atas dengan menunjukkan MyKad ketika membeli tiket dan diskaun yang didapati sehingga 50% daripada harga tiket asal.

 

CARA TEMPAHAN TIKET CABLE CAR LANGKAWI ONLINE

Terkini anda boleh merancang untuk membuat tempahan tiket lebih awal dengan secara online, ia akan menjimatkan masa anda dari beratur untuk membeli tiket. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan http://booking.panoramalangkawi.com/
  2. Isikan tarikh yang anda ingin pergi melancong ke sanan kemudian tekan Find Packages
  3. Kemudian pilih pilihan pakej yang anda inginkan
  4. Kemdian lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama Penuh
    • Email
    • No telefon
    • Jenis Warganegara
    • Jenis Tiket
    • Tarikh
    • Bilangan
  5. Paparan harga akan tertera, klik pada Book Now untuk meneruskan tempahan anda
  6. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan pakej berkenaan Cable car Langkawi, sila layari website rasmi Panorama Langkawi di pautan https://panoramalangkawi.com/

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TIKET CABLE CAR GENTING HIGHLAND TERKINI (Cara Booking Online)

3 thoughts on “HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI (Cara Booking Online)”

Leave a Comment