CARA SEMAK BIL TNB AIR & INDAH WATER PENYEWA (Rumah Bangunan Kedai)

CARA SEMAK BIL TNB AIR & INDAH WATER PENYEWA (Rumah Bangunan Kedai)

SEMAK BIL PENYEWA

Sekiranya anda pemilik premis sama ada rumah, bangunan dan kedai yang memberi sewaan kepada  penyewa, semestinya anda ingin menyemak pembayaran bulanan bil utiliti seperti bil air dan bil elektrik penyewa. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MEMBUAT SEMAKAN BIL UTILITI PENYEWA

Antara sebab pemilik perlu membuat semakan adalah:

  1. Memastikan penyewa membuat pembayaran bulanan yang teratur
  2. Tiada bayaran bil utiliti yang tertunggak
  3. Tiada risiko bekalan utiliti dipotong serta merta
  4. Berkemungkinan pemilik berisiko didenda atau disaman

 

CARA SEMAK BIL TNB PENYEWA

Berikut adalah merupakan cara membuat semakan bil TNB penyewa:

  1. Muat turun dan install aplikasi myTNB (Google Playstore / App Store) atau layari pautan https://www.mytnb.com.my/mytnb-app
  2. Tekan butang Register.
  3. Lengkapkan maklumat Nama, Nombor IC, Nombor telefon bimbit yang aktif.
  4. Masukkan kod pengesahan yang anda terima di nombor telefon yang didaftarkan.
  5. Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah berdaftar, sistem akan memaparkan maklumat akaun anda secara automatik.
  6. Tekan View Bill untuk menyemak bil elektrik anda setiap bulan.

 

CARA SEMAK BIL AIR PENYEWA

Berikut adalah cara membuat semakan bil Air penyewa:

  1. Muat turun dan install aplikasi Air Selangor (Google Playstore / App Store) atau layari pautan https://crisportal.airselangor.com/
  2. Klik pada butang ‘I Agree’ yang terpapar
  3. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap seperti:
    • Nama
    • Alamat
    • Emel
    • Nombor telefon
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan/Polis/Tentera/Passport.
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah lengkap klik pada butang Sign Up
  7. Masukkan kod pengesahan yang anda terima melalui SMS dan klik Log in
  8. Pilih nama dan alamat rumah yang berdaftar (Anda boleh tambah lebih dari 1 alamat).
  9. Ringkasan bil bulanan (Bill Issued) akan terpapar dalam bentuk timeline untuk pantauan anda.
  10. Tekan pada mana-mana bil pilihan anda dan info bil akan dipamerkan secara terperinci.

 

CARA SEMAK BIL INDAH WATER PENYEWA

Berikut adalah cara membuat semakan bil Indah Water penyewa:

  1. Muat turun dan install aplikasi IWK e-bill (Google Playstore / App Store) atau layari pautan https://www.iwk.com.my/e-bill 
  2. Tekan Member & eBill Registration.
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti:
    • Sewerage Account Number.
    • Alamat Emel yang aktif.
    • Nama penuh
    • No Kad Pengenalan
    • Nombor telefon
  4. Setelah lengkap semuanya, klik Register

 

ARTIKEL LAIN

NO AKAUN BIL AIR SELANGOR (Check & Bayar Online)

 

1 thought on “CARA SEMAK BIL TNB AIR & INDAH WATER PENYEWA (Rumah Bangunan Kedai)”

Leave a Comment