CARA DAFTAR SIGNATURE MARKET (Dapatkan Makanan Kesihatan Dengan Tawaran Promosi Yang Hebat)

CARA DAFTAR SIGNATURE MARKET (Dapatkan Makanan Kesihatan Dengan Tawaran Promosi Yang Hebat)

SIGNATURE MARKET

Macam mana nak dapatkan makanan kesihatan secara online dan banyak pilihan? Anda pernah dengar mengenai Signature Market? Mereka menyediakan pelbagai jenis makanan kesihatan dengan tawaran hebat termasuk penghantaran percuma!

Bagaimana nak daftar dan dapatkan promosi? Disini kami kongsikan caranya. Semoga membantu.

 

APA ITU SIGNATURE MARKET

Signature Market mengutamakan produk makanan kesihatan. Jadi, kepada anda yang mengutamakan pemakanan untuk kesihatan adalah perlu untuk cuba melawat ke website mereka. Disamping menawarkan pelbagai promosi dan penjimatan harga yang berpatutan mereka memberikan servis penghantaran percuma kepada anda.

 

CARA DAFTAR SIGNATURE MARKET

Sebenarnya, jika anda mendaftar terdapat banyak keistimewaan yang ditawarkan. Jadi, berikut adalah langkah untuk anda membuat pendaftaran bagi mendapatkan ganjaran daripada setiap pembelian. Ikuti langkah ini :

  1. Layari laman web https://signaturemarket.com/
  2. Pada paparan utama, terdapat pop-up tawaran istimewa yang boleh anda dapatkan jika memasukkan emel. Jadi, masukkan emel dan klik pada butang Redeem now.
  3. Setelah itu, anda boleh mula membuat piihan barangan yang ingin dibeli atau boleh masukkan jenama yang anda ingin cara pada butang search.
  4. Jika selesai, klik pada logo Cart anda untuk melihat kembali barangan anda dan jika sudah selesai boleh tekan butang Check Out.
  5. Semasa anda hendak Check Out, anda boleh daftar sebagai ahli dengan memasukkan emel dan kata laluan.
  6. Masukkan emel dan kata laluan anda. Kemudian, masukkan nombor telefon anda. Sila pastikan nombor telefon anda adalah nombor semasa.
  7. Satu nombor TAC akan dihantar kepada anda untuk pengaktifan akaun.
  8. Masukkan nombor TAC dan tekan butang Confirm.
  9. Langkah seterusnya pada bahagian bayaran. Terdapat dua kaedah bayaran iaitu melalui stripe atau ipay88.
  10. Pendaftaran anda selesai. Anda akan dihubungi melalui emel dalam masa 24 jam.

 

KAEDAH BAYARAN MELALUI SIGNATURE MARKET

Jika sudah daftar, ini maklumat kepada anda untuk memudahkan proses pembayaran. Untuk pembayaran pula, Signature Market hanya menerima Ringgit Malaysia sahaja. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu :

  1. Stripe :
    • Melalui Kad Kredit : Visa & Mastercard
  2. iPay88 :
    • Menggunakan Online Banking : FPX & E-Wallet (Boost, Grabpay, Maybank QRPay, MCash, NETSPay, Shopee Pay & TnG)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SIGNATURE MARKET

 Adakah SignatureMarket halal?

  • Ya, mereka mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan mempunyai sijil HACCP & GMP yang sah.

Bolehkah saya membuat pembelian di kedai?

  • Tidak, kesemua barangan yang dijual hanya secara online sahaja.

Apa perlu saya buat jika parcel hilang semasa penghantaran?

Jangan risau, anda boleh hubungi pasukan khidmat pelangan melalui :

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

1 thought on “CARA DAFTAR SIGNATURE MARKET (Dapatkan Makanan Kesihatan Dengan Tawaran Promosi Yang Hebat)”

Leave a Comment