CARA BELI DI SEA FRESH (Beli Makanan Laut Segar, Ikan, Ketam & Sotong Online)

CARA BELI DI SEA FRESH (Beli Makanan Laut Segar, Ikan, Ketam & Sotong Online)

SEA FRESH

Sekarang ni, mudah je nak dapatkan makanan laut segar. Tak perlu dah ke pasar nak beli ikan segar, beli online je. Pernah beli guna Sea Fresh? Makanan laut segar terus ke hadapan rumah anda. Cuma perlu masak je.

Bagaimana beli guna Sea Fresh? Disini kami kongsikan caranya. Semoga bermanfaat.

 

APA ITU SEA FRESH

Sea Fresh memberikan perkhidmatan menyediakan makanan laut mentah yang segar. Selain itu, ada juga daging dan ayam segar untuk keperluan dapur anda. Mereka sangat mengutamakan kesegaran kepada pelangggan dan servis penghantaran yang terbaik.

 

CARA BELI DI SEA FRESH

Norma baharu sekarang memang semua benda dah berubah. Jika kita dah biasa beli barang dapur online, pernah cuba beli makanan laut online? Untuk membeli makanan laut, anda cume perlu ikut langkah ini :

  1. Layari laman web https://seafreshdaily.com/
  2. Bayangkan anda berada di pasar dan ingin memilih pelbagai jenis pilihan makanan laut.
  3. Melalui Sea Fresh, anda anda mempunyai pelbagai pilihan pada menu Product Category seperti :
    1. All Product
    2. Whole Fish
    3. Fish Fillet & Steak
    4. Prawn & other seafoods
    5. Meat & Poultry
    6. Sauce & Paste
    7. Deli Food
    8. Juice
  4. Jadi, pilih sahaja mana-mana keperluan makanan yang anda perlukan. Klik pada butang Add To Cart. Jika anda ingin membeli belah lagi, boleh teruskan langkah yang sama.
  5. Sebelum membuat pembayaran, anda pastikan ke semua barangan dalam cart anda mencukupi. Jika sudah pasti, boleh teruskan dengan membuat pembayaran.
  6. Masukkan maklumat seperti yang diminta iaitu nombor telefon dan alamat anda. Ini penting ye untuk membuat penghantaran.
  7. Membeli belah di Sea Fresh sudah selesai. Anda perlu menunggu dirumah sahaja untuk barang dihantar.

 

KAWASAN & MASA PENGHANTARAN

Untuk penghantaran, Seafreshdaily.com hanya akan menghantar ke alamat ppenghantaran anda sahaja. Jika penghantaran tidak berjaya, mereka akan menghantar pada hari penghantaran seterusnya minggu tersebut. Jika tidak berjaya juga kos pembelian tidak akan dipulangkan.

Bagi masa penghantaran, setelah menerima tempahan mereka akan membuat penghantaran kepada anda dalam masa 3 hingga 5 hari sahaja. Staf pelanggan akan menghubungi anda melalui whatapps atau menelefon untuk menetapkan tarikh penhantaran dan sahkan tempahan anda. Kebiasaannya, Sea Fresh akan membuat penghantaran ke kawasan Lembah Klang dan Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Penang. Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SEA FRESH

 Saya terima barangan yang rosak, bolehkah dipulangkan semula?

Seperti mana yang dijanjikan, produk yang dijual adalah segar sehingga ke pintu rumah anda. Jika tidak, anda boleh buat pemulangkan semula. Berikut cara-caranya:

  1. Ambil gambar barangan sebagai bukti.
  2. Sediakan maklumat pembelian anda
  3. Hubungi talian 012-8996095 dalam masa 24 untuk melengkapkan proses pemulangan semula.
  4. Anda akan dihubungi semula selepas pengesahan barangan pemulangan semula dibuat. Jika diterima, wang anda akan dikembalikan ke dalam akaun bank anda semula secepat yang mungkin.

Berapakah cas penghantaran?

  • Jika anda membeli melebihi RM120, tiada cas penghantaran dikenakan untuk Kuala Lumpur & Selangor.

Bagaimanakah cara pembayaran setiap pembelian?

  • Jangan risau, kebanyakkan pembayaran ewallet seperti Boost, ShoppePay, AliPay, 7Eleven, FPX dan lebih 17 bank pembayaran diterima.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

Leave a Comment