CARA BELI DI ORGANIC4U (Daftar & Dapatkan Sayuran, Buahan Organik Segar)

CARA BELI DI ORGANIC4U (Daftar & Dapatkan Sayuran, Buahan Organik Segar)

ORGANIC4U

Ingin dapatkan sayuran dan buahan organik yang segar? Anda boleh dapatkan melalui online sahaja di Organic4u. Mereka menyediakan sayuran dan buahan organik yang segar dan berkualiti tinggi.

Jika anda ingin banyak lagi pilihan boleh cuba di Sejadi dan TM Farms. Antara platform beli barang dapur online.

 

APA ITU ORGANIC4U

Organic4u adalah salah satu pembekal terbesar makanan organik seperti sayuran adan buah-buahan. Mereka antara menjadi pembekal di pasaraya dan hotel terkemuka. Menyediakan sayuran dan buahan segar, tentunya Organic4u menjadi pilihan ramai terutama kepada mereka yang berada di Lembah Klang.

 

CARA BELI MELALUI ORGANIC4U

Jika anda mengutamakan kesihatan dan makanan organik yang terbaik, boleh cuba untuk layari laman web Organic4u. berikut pula panduan kepada anda untuk buat pembelian dan daftar akaun bagi memudahkan proses pembelian. Jangan risau, barangan anda akan dihantar ke depan pintu rumah! Berikut adalah caranya:

  1. Layari laman pautan lawan web DI SINI
  2. Pilih pada pilihan menu PRODUCT dan pilih barangan apa yang anda kehendaki. Anda juga boleh menggunakan kotak Search Box pada menu atas paparan.
  3. Untuk membuat pembelian, anda cuma perlu klik pada gambar barangan yang inigin dibeli.
  4. Secara automatic paparan akan menunjukkan detail mengenai barangan tersebut. Jika anda berminat, boleh sahaja tekan kotak ADD TO CART.
  5. Apabila keluar pop-up ‘your cart’ klik sahaja pada butang Cart.
  6. Jika ingin menambah barangan lain, lakukan langkah sama seperti diatas.
  7. Jika selesai, klik pula pada butang Checkout untuk membuat pembayaran. Jika anda belum mendaftar sila daftar akaun terlebih dahulu.
  8. Klik pada menu Register Now, masukkan butiran yang dikehendaki seperti nama, alamat, email, no telefon dan tarikh lahir.
  9. Klik pada kotak I agree I have read the Terms & Conditions and Privacy Policy
  10. Kemudian, tekan butang Register.
  11. Pendaftaran anda selesai.
  12. Untuk langkah terakhir, masukkan kod kupon jika anda ada seterusnya tekan butang Place order.
  13. Ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan proses bayaran. Pembelian anda selesai.

 

MAKLUMAT PENGHANTARAN

Bagi penghantaran, pihak Organic4u akan menghantar ke hadapan pintu rumah anda. Berikut maklumat yang lebih jelas.

  1. Beg sayuran bulanan : percuma sahaja (tersedia untuk kawasan lembah Klang termasuk Klang, Selangor. Masa penghantaran pada 10 pagi hingga 6 petang Isnin, Rabu dan Jumaat)
  2. Untuk sayuran & buahan ala carte selain daripada beg sayuran bulanan :

Bayaran dikenakan sebanyak RM20/penghantaran untuk kawasan Lembah Klang.

  1. Untuk jejak pesanan anda, klik pada order tracking pada laman web mereka. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi 012-733 8853 atau emelkan ke [email protected].

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

Leave a Comment