NO AKAUN BIL AIR SELANGOR (Check & Bayar Online)
Kepada warga penduduk di Negeri Selangor, kini SYABAS ada menyediakan satu portal online bagi memudahkan untuk membuat bayaran bil air secara atas talian. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar untuk membuat semakan dan bayaran bil air menggunakan Portal Pelanggan Air Selangor dan aplikasi Air Selangor, semoga membantu.
APA ITU PELANGGAN AIR SELANGOR
Portal Pelanggan Air Selangor ialah Portal layan diri pelanggan. Ianya berfungsi sebagai alternatif kepada pelanggan untuk mengakses perkhidmatan Air Selangor secara dalam talian dan menyediakan perkhidmatan air lain melalui ‘layan diri’.
PERKHIDMATAN PELANGGAN AIR SELANGOR
Pelanggan mesti mendaftarkan profil pada Portal Pelanggan Air Selangor atau Aplikasi Mudah Alih Air Selangor melalui Modul Daftar (Daftar).
- Pelanggan berdaftar akan dapat mengakses perkhidmatan berikut:
- Pengurusan Akaun
- Pengebilan dan Pembayaran
- Mengesan Penggunaan Bulanan
- Aduan atau Pertanyaan
- Permintaan Penyambungan Semula
- Perkhidmatan Dalam Talian
- Maklumat/Garis Panduan Perkhidmatan
- Pengguna yang tidak berdaftar hanya boleh mengakses perkhidmatan berikut:
- Bayar Bil Dalam Talian
- Aduan atau Pertanyaan
- Permintaan Penyambungan Semula
- Perkhidmatan/Garis Panduan Dalam Talian
CARA DAFTAR PELANGGAN AIR SELANGOR
Berikut adalah merupakan cara dafatr akaun Pelanggan Air Selangor:
- Layari pautan https://crisportal.airselangor.com/ atau Muat turun dan Install aplikasi Air Selangor (Android / IOS)
- Pada halaman utama Tick I Agree.
- Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Nombor kad pengenalan
- Masukkan kata laluan anda.
- Setelah lengako semuanya, klik Sign Up.
- Anda akan menerima Kod pengesahan melalui SMS. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.
- Selesai
CARA LOGIN PELANGGAN AIR SELANGOR
Setelah proses pendafatran selesai, berikut adalah merupakan cara untuk log masuk:
- Layari pautan https://crisportal.airselangor.com/ atau aplikasi Air Selangor
- Pengguna hanya perlu Login ID Email dan katalaluan.
- Sila tekan butang Login.
- Anda telah berjaya log masuk akaun Air Selangor anda
CARA SEMAKAN BIL AIR SELANGOR
Berikut adalah merupakan cara semakan bil air anda:
- Layari pautan Pelanggan Air Selangor atau aplikasi Air Selangor
- Klik Manage Account > Enrol Bill Account
- Pilih samada anda adalah Owner atau Tenant, Klik I Agree
- Masukkan Account Number dan Account Display Name, klik Finish
- Kemudian pergi ke laman utama aplikasi Air Selangor
- Pada bahagian My Account pilih akaun anda, dan paparan akan menunjukkan
- Amount Due – bil yang tertunggak dan masih belum dibayar
- Pay Before – tarikh akhir anda dikehendaki membayar bil Air Selangor
- Due In – jumlah hari sebelum tarikh akhir anda dikehendaki membayar bil Air Selangor
CARA BAYARAN BIL AIR SELANGOR
Berikut adalah merupakan cara membuat bayaran bil air anda:
- Layari pautan Pelanggan Air Selangor atau aplikasi Air Selangor
- Tekan Bill Payment.
- Masukkan no akaun bil air anda.
- Pilih bank untuk membuat pembayaran.
- Masukkan email anda pada Send Receipt To.
- Tekan Confirm.
- Online banking anda akan terpapar.
- Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan proses pembayaran.
- Pembayaran selesai.Cetak slip pembayaran untuk rujukan anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bil air Selangor, sila layari website rasmi Pengurusan Air Selangor di pautan www.airselangor.com
ARTIKEL LAIN
AKAUN BIL SYARIKAT AIR TERENGGANU SATUWATER (Check & Bayar Online)
NO AKAUN BIL AIR LEMBAGA AIR PERAK (Check & Bayar Online)
1 thought on “NO AKAUN BIL AIR SELANGOR (Check & Bayar Online)”