NO AKAUN BIL AIR KELANTAN SDN. BHD. AKSB (Check & Bayar Online)
Kepada warga penduduk di Negeri Kelantan, kini AKSB ada menyediakan satu portal online bagi memudahkan untuk membuat bayaran bil air secara atas talian. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar untuk membuat semakan dan bayaran bil air menggunakan Portal AKSB dan aplikasi MyAKSB, semoga membantu.
APA ITU AKSB
Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus, menyelenggarakan dan membekalkan air terawat kepada pengguna di seluruh Kelantan di bawah lesen individu yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia operator-operator air di Malaysia termasuk Kelantan mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006.
CARA DAFTAR MyAKSB
Berikut adalah merupakan cara dafatr akaun MyAKSB:
- Muat turun dan Install aplikasi MyAKSB (Android / IOS)
- Isikan segala Maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Seterusnya tekan butang Daftar
- Pengguna akan terima emel pengesahan selepas pendaftaran berjaya.
CARA LOGIN MyAKSB
Setelah proses pendafatran selesai, berikut adalah merupakan cara untuk log masuk:
- Buka aplikasi MyAKSB
- Pengguna hanya perlu Login ID dan katalaluan.
- Sila tekan butang Login.
- Anda telah berjaya log masuk akaun MyAKSB anda
PERKHIDMATAN APLIKASI MyAKSB
Berikut adalah merupakan perkhidmatan yang ada dalam aplikasi ini:
- Maklumat bil akaun
- Semakan bil akaun
- Membuat pembayaran bil akaun
- Membuat aduan berkaitan
- Mendapatkan berita terkini SATU
CARA SEMAKAN BIL AIR KELANTAN
Berikut adalah merupakan cara semakan bil air anda:
- Layari pautan https://airkelantan.com.my/maklumat-pengguna/semakan-bil/?#/ atau aplikasi MyAKSB
- Masukkan No Akaun Bil Air anda dan tekan Search
- Maklumat akaun anda akan terpapar.
CARA BAYARAN BIL AIR KELANTAN
Berikut adalah merupakan cara membuat bayaran bil air anda:
- Layari pautan https://airkelantan.com.my/maklumat-pengguna/semakan-bil/?#/ atau aplikasi MyAKSB
- Masukkan No Akaun Bil Air anda dan tekan Search
- Jumlah bil akan dipaparkan
- Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan dalam talian (Kredit akd / Debit Kad / FPX)
- Ikuti arahan pembayaran sehingga selesai
- Cetak slip pembayaran untuk rujukan anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bil air Kelantan, sila layari website rasmi Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) di pautan https://airkelantan.com.my/#/
ARTIKEL LAIN
AKAUN BIL SYARIKAT AIR TERENGGANU SATUWATER (Check & Bayar Online)
NO AKAUN BIL AIR LEMBAGA AIR PERAK (Check & Bayar Online)