NO AKAUN BIL AIR LEMBAGA AIR PERAK (Check & Bayar Online)
Kepada warga penduduk di Perak, kini Lembaga Air Perak (LAP) ada menyediakan satu portal online bagi memudahkan untuk membuat bayaran bil air secara atas talian. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar untuk membuat semakan dan bayaran bil air menggunakan portal dan aplikasi MyLAPApps, semoga membantu.
APA ITU MyLAPAPPS
Aplikasi MyLAPApps (web) dibangunkan untuk memudahkan pengguna LAP untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan LAP seperti semakan bil, pembayaran bil, membuat aduan dan direktori LAP. Dengan adanya MyLAPApps ini, semua urusan yang berkaitan pengguna umum LAP dapat diselesaikan dalam satu aplikasi
CARA DAFTAR MyLAPAPPS
Berikut adalah merupakan cara dafatr akaun MyLAPApps:
- Layari pautan MyLAPApps https://mylapapps.lap.com.my/ atau membuka aplikasi MyLAPApps ( Android / IOS)
- Pengguna perlu klik butang Daftar
- Hanya masukkan emel,pengesahan emel, kata laluan, pengesahan katalaluan.
- Tekan butang Daftar.
- Pengguna akan terima emel pengesahan selepas pendaftaran berjaya.
CARA LOGIN MyLAPAPPS
Setelah proses pendafatran selesai, berikut adalah merupakan cara untuk log masuk:
- Layari pautan atau aplikasi MyLAPApps
- Pengguna hanya perlu masukkan maklumat emel dan katalaluan. Boleh tandakan juga pada papar katalaluan untuk menyemak katalaluan yang dimasukkan.
- Sila tekan butang Login.
- Anda telah berjaya log amsuk akaun MyLAPApps anda
CARA SEMAKAN BIL AIR PERAK
Berikut adalah merupakan cara semakan bil air anda:
- Log masuk akaun MyLAPApps anda
- Pengguna perlu klik Akaun dan memilih senarai.
- Pengguna boleh membuat bayaran juga di ruangan ini.
- Pengguna juga mengemaskini maklumat seterusnya menekan butang di tandakan no 3.
- Pengguna boleh klik pada ikon bil untuk melihat bil air.
- 5) Senarai rekod bil bagi bulan semasa dan bulan sebelum.
CARA BAYARAN BIL AIR PERAK
Berikut adalah merupakan cara membuat bayaran bil air anda:
- Log masuk akaun MyLAPApps anda
- Pengguna perlu klik butang Akaun dan pilih Semakan.
- Pengguna hanya perlu masukkan nombor akaun untuk menyemak bil
- Setelah nombor akaun dimasukkan, jumlah bil akan dipaparkan
- Pengguna boleh membuat bayaran bagi akaun yang dibuat semakan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bil air Perak, sila layari website rasmi Lembaga Air Perak di pautan https://www.lap.com.my/
ARTIKEL LAIN
AKAUN BIL SYARIKAT AIR TERENGGANU SATUWATER (Check & Bayar Online)
WHY NOW CANNOT LOGIN TO CHECK MY BILLS?
Tiada bil bulan Mac, macammana nak bayar air bil tempat Hala Pegoh 38, Medan Pengkalan Makmur,31650 Ipoh.
Sangt sukar untk membayar bii lap melalui online berbanding dgn tnb, maxis & astro, agak menyusahkan
Orang di luar negeri, macam mana tau no bill tu? Klu nak balik ambik tengok,baik balik bayar terus. Buat apa nk apps ni?
Tidak tahu kenapa segara Tidak boleh masuk semak account air bills , bagaimana bayar bill ?
Dah daftar..TAPI menunjukkan akaun Belum lagi diakifkan..dah lebih Dari seminggu…kenapa service mcm ini