NO AKAUN BIL PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD (Check & Bayar Online)
Kepada warga penduduk di Negeri Pahang, kini PAIP ada menyediakan satu portal online bagi memudahkan untuk membuat bayaran bil air secara atas talian. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar untuk membuat semakan dan bayaran bil air menggunakan Portal Online Payment dan aplikasi PahangGo, semoga membantu.
APA ITU PAIP
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah menyediakan perkhidmatan Portal Online Payment yang merupakan pusat sehenti bagi menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil air secara elektronik. Pengguna kini boleh menyemak bil semasa dan boleh terus membuat bayaran secara on-line melalui kemudahan FPX yang membolehkan pengguna membuat bayaran melalui bank-bank tempatan.
TERMA DAN SYARAT PAIP ONLINE PAYMENT
Dengan mendaftar sebagai pengguna PAIP Online Payment, anda telah memenuhi dan mematuhi segala syarat-syarat dibawah.
- Segala maklumat yang diberikan adalah benar.
- Mempunyai Akaun Semasa/Simpanan daripada bank-bank yang menyokong perkhidmatan FPX.
- Telah mendaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik dengan bank berkaitan.
- Anda telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Online Payment untuk tujuan pembayaran online sahaja.
- Anda membenarkan kami merekod segala aktiviti anda didalam laman web ini.
- Anda memahami bahawa Pengurusan Air Pahang Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
- Caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap pembayaran melalui PAIP Online Payment.
CARA DAFTAR PAIP
Berikut adalah merupakan cara dafatr akaun PAIP:
- Layari pautan PAIP https://onlinepay.paip.com.my/daftar.php atau membuka aplikasi PahangGo (Android / IOS)
- Isikan segala Maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada ruangan Maklumat Asas.
- Tick pada terma dan Syarat, seterusnya tekan butang Hantar.
- Pengguna akan terima emel pengesahan selepas pendaftaran berjaya.
CARA LOGIN PAIP
Setelah proses pendafatran selesai, berikut adalah merupakan cara untuk log masuk:
- Layari pautan https://onlinepay.paip.com.my/ atau aplikasi Pahang Go
- Pengguna hanya perlu masukkan Email dan katalaluan.
- Sila tekan butang Login.
- Anda telah berjaya log masuk akaun PAIP anda
CARA SEMAKAN BIL AIR PAHANG
Berikut adalah merupakan cara semakan bil air anda:
- Layari pautan https://onlinepay.paip.com.my/ atau aplikasi Pahang Go
- Masukkan No Akaun Bil Air dan tekan Semak dan bayar
- Maklumat akaun anda akan terpapar.
CARA BAYARAN BIL AIR PAHANG
Berikut adalah merupakan cara membuat bayaran bil air anda:
- Layari pautan https://onlinepay.paip.com.my/ atau aplikasi Pahang Go
- Masukkan No Akaun Bil Air dan tekan Semak dan bayar
- Jumlah bil akan dipaparkan
- Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan dalam talian (Kredit akd / Debit Kad / FPX)
- Ikuti arahan pembayaran sehingga selesai
- Cetak slip pembayaran untuk rujukan anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bil air Pahang, sila layari website rasmi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di pautan https://www.paip.com.my/
ARTIKEL LAIN
AKAUN BIL SYARIKAT AIR TERENGGANU SATUWATER (Check & Bayar Online)
NO AKAUN BIL AIR LEMBAGA AIR PERAK (Check & Bayar Online)
Nak buat aduan. Meter air rosak. Bocor. Air menitik keluar pada meter.