NO AKAUN BIL SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SAINS (Check & Bayar Online)
Kepada warga penduduk di Negeri Sembilan, kini SAINS Water ada menyediakan satu portal online bagi memudahkan untuk membuat bayaran bil air secara atas talian. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar untuk membuat semakan dan bayaran bil air menggunakan portal SAINS dan aplikasi iSAINS, semoga membantu.
APA ITU SAINS
Syarikat Air Negeri Sembilan Berhad (SAINS) telah diperbadankan sebagai syarikat awam di bawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 pada 15 Mac 2007. Pada 19 September 2008, SAINS telah bertukar menjadi sebuah syarikat persendirian dengan nama Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd .
SAINS telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih peranan dan fungsi pengurusan sistem bekalan air di Negeri Sembilan daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) mulai 1 Januari 2009. Disamping memastikan bekalan air yang berkualiti untuk seluruh warga Negeri Sembilan. SAINS juga akan terus menambahbaik mutu perkhidmatannya kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan.
TANGGUNGJAWAB SAINS
Tanggungjawab SAINS meliputi:
- Pengeluaran dan pengagihan air terawat kepada pengguna dalam kawasan agihan
- Menyelenggara setiap infrastruktur baru dan penambahbaikan operasi
- Membangunkan sumber air mentah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
PERKHIDMATAN APLIKASI iSAINS
Antara aplikasi yang digunakan termasuk:
- Mengemaskini maklumat pelanggan
- Penyemakkan bil terkini dan bil-bil terdahulu
- Membuat bayaran bil melalui kad kredit
CARA DAFTAR SAINS
Berikut adalah merupakan cara dafatr akaun SAINS:
- Layari pautan SAINS https://www.sainswater.com/index.php/ms-MY/pengguna atau membuka aplikasi iSAINS ( Android / IOS)
- Pengguna perlu klik Belum Daftar
- Isikan segala Maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Seterusnya tekan butang Daftar.
- Pengguna akan terima emel pengesahan selepas pendaftaran berjaya.
CARA LOGIN SAINS
Setelah proses pendafatran selesai, berikut adalah merupakan cara untuk log masuk:
- Layari pautan SAINS atau aplikasi iSAINS
- Pengguna hanya perlu masukkan ID Pengguna dan katalaluan.
- Sila tekan butang Login.
- Anda telah berjaya log amsuk akaun SAINS anda
CARA SEMAKAN BIL AIR NEGERI SEMBILAN
Berikut adalah merupakan cara semakan bil air anda:
- Log masuk akaun SAINS anda
- Pelanggan dapat melihat rekod bil air dan bayaran untuk 12 bulan terakhir
- Pelanggan boleh memilih untuk melihat akdar bil terkini
CARA BAYARAN BIL AIR NEGERI SEMBILAN
Berikut adalah merupakan cara membuat bayaran bil air anda:
- Log masuk akaun SAINS anda
- pelanggan perlu memilih bulan terkini dan pilih Semakan.
- Jumlah bil akan dipaparkan
- Pengguna boleh membuat bayaran bagi akaun yang dibuat semakan.
- Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan dalam talian (Kredit akd / Debit Kad / FPX)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bil air Negeri Sembilan, sila layari website rasmi Syarikat Air Negeri Sembilan Berhad (SAINS) di pautan https://www.sainswater.com/index.php/ms-MY/
ARTIKEL LAIN
AKAUN BIL SYARIKAT AIR TERENGGANU SATUWATER (Check & Bayar Online)
NO AKAUN BIL AIR LEMBAGA AIR PERAK (Check & Bayar Online)
Aplikasi dh old version Tak boleh download di appstore…tolong update supaya mempermudahkan kami membayar secara online terima kasih!
Mohon kemaskini aps di aps store agar pengguna lebih mudah berurusan…
Tlg update the latest app sains online…senang utk pembyran segera…take note
Macam mana nak carikan account number sains untuk area port dickson?belum dapat bill lagi…
Apps tidak dikemas kini, tidak boleh digunakan untuk hp versi terkini.