CARA DAFTAR TM FARMS (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

CARA DAFTAR TM FARMS (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

TM FARMS

Sekarang ni, sangat mudah nak dapatkan sayuran segar. Pernah dengar TMFarms? TMFarms adalah ladang yang menyediakan perkhidmatan membeli barabgan dapur atau sayuran segar yang anda inginkan.

Bagamana cara pembelian di TMFarms? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU TM FARMS

TM Farms adalah sebuah ladang besar sayuran segar yang terletak di Bukit Tinggi, Pahang sejak 2009 lagi. Ladang ini mengeluarkan sayuran segar untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

 

CARA MEMBELI MELALUI TM FARMS

Sekiranya anda berminat untuk membeli sayur-sayuran menggunakan TMFarms, anda cuma perlu membuat pesanan secaran online sahaja. Berikut adalah caranya :

  1. Layari laman web tmorganicfarms.com
  2. Pilih pada menu Organic Box Delivery
  3. Halaman tersebut akan memaparkan pakej langganan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Antara pakej yang ditawarkan adalah :
    • Organic Box Asian
    • Organic Western Box
    • Free-range Kampung Chicken
    • Add-On : Organic Kampung Eggs
    • Organic Fruit Box
    • Carrots Box
  4. Selepas anda selesai membuat pilihan langganan dan membuat bayaran tekan pada kotak Schedule Delivery untuk penetapan jadual penghantaran.
  5. Pilih zon penghantaran anda dan pembelian anda selesai.

 

ZON PENGHANTARAN TM FARMS

Untuk penghantaran, TMFarms hanya melakukan penghantaran ke kawasan Lembah Klang sahaja. Penghantaran pula terbahagi kepada tiga zon :

  • Zon 1 (10.30 pagi – 5 petang)
    • Kuala Lumpur, Ampang, IOI, Putrajaya, Cheras, Kajang, Bukit Jalil, Seri Kembangan, Sungai Besi
  • Zon 2 (10.30 pagi – 5 petang)
    • Damansara, Petaling Jaya, Desa Park City, Kepong, Segambut, Mont Kiara, Klang, Saujana Putra, Shah Alam, Sg Buloh, Puchong, Subang Jaya, Bandar Putra Permai.
  • Zon 3 (Tengahari sahaja)
    • Rawang, Batu Caves, Sentul

Jadi, sila pastikan zon anda betul dan pilihan tarikh penghantaran yang bersesuaian dengan anda.

 

HARGA & PENGHANTARAN TM FARMS

TMFarms menawarkan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk setiap langganan, anda perlu membelanjakan minima RM400.

Tunggu dulu, RM400 tersebut adalah untuk sebulan, jadi anda akan mendapat 4 kali penghantaran sayuran segar selama sebulan. Kebiasaannya TMFarms akan menghantar sayuran pada hujung minggu.

Harga setiap kotak sayuran TM Farms :

  • Organic Box Asian (RM100 – RM195)
  • Organic Western Box (RM120)
  • Free-range Kampung Chicken (RM45 – RM58)
  • Add-On : Organic Kampung Eggs (RM8)
  • Organic Fruit Box (RM110)
  • Carrots Box (RM95-RM185)

Jadi, anda boleh memilih kotak langganan yang bersesuaian dengan keperluan anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TM FARMS

Berapakah pesanan minimum TM Farms?

  • Pesanan minimun adalah sebanyak RM400. Setiap pesanan akan dihantar seminggu sekali. RM400 = 4 kali penghantaran (sebulan). Jika anda membuat pesanan bawah RM400, kos penghantaran RM 50 akan dikenakan setiap kali penghantaran.

Bolehkah saya campurkan kotak pesanan yang berbeza?

  • Boleh, selain anda memesan Organic Asian Box, anda boleh membuat pesanan 3-4 kotak pesanan yang berbeza.

Hari apakah penghantaran dibuat oleh TMFarms?

  • Kesemua penghantaran akan dibuat pada Isnin hingga Selasa. Jika anda ingin penghantaran dilakukan pada hari lain, sila email ke [email protected] untuk membuat pesanan khas.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

Leave a Comment