CARA DAFTAR SEJADI (Beli Barang Dapur Kering & Basah Online, Produk Berkualiti)

CARA DAFTAR SEJADI (Beli Barang Dapur Kering & Basah Online, Produk Berkualiti)

SEJADI

Nak dapatkan barangan dapur yang bermutu tinggi dan berkualiti? Anda kena tahu mengenai SEJADI, bukan sahaja menyediakan barang dapur segar, mereka juga menyediakan bahan sejuk beku yang berkualiti.

Ingin mengetahui cara pembelian melalui Sejadi? Mari kami kongsikan caranya, semoga bermanfaat.

 

APA ITU SEJADI

Sejadi diambil daripada perkataan semulajadi. Mereka sangat menekankan kesegaran dan kelestarian alam. Jadi, kita tahu akan kualiti yang diberikan oleh mereka. Melalui motor iaitu dari ladang ke hujung jari, terdapat banyak jenama pengeluar bahan mentah dan segar ternama yang menjadi pembekal. Pastinya anda mempunyai banyak pilihan

 

CARA BELI MELALUI SEJADI

Sekiranya anda berminat untuk membeli bahan keperluan dapur kering dan basah yang segar menggunakan Sejadi, anda cuma perlu membuat pesanan secaran online sahaja. Tambahan pula, banyak diskaun promosi yang ditawarkan. Berikut adalah caranya :

  1. Layari laman web sejadi.com atau tekan sahaja DI SINI
  2. Untuk pendaftaran pula adalah pilihan, jika ingin memudahkan pembelian pada masa akan datang anda disyorkan untuk mendaftar.
  3. Untuk mendaftar senang sahaja, tekan butang login pada paparan atas sebelah kanan.
  4. Masukkan email dan password anda dan tekan butang CREATE. Pendaftaran anda selesai.
  5. Bagi melakukan pembelian, anda boleh melihat pakej tawaran promosi atau menu pilihan kepada anda.
  6. Halaman akan memaparkan pakej belian yang bersesuaian dengan keperluan anda. Antara menu yang ditawarkan adalah :
    • Frozen & Fresh
    • Groceries
    • Brands
    • Premium Gourmet
  7. Sebenarnya, pengalaman melayari laman sesawang Sejadi terasa seperti berada di pasaraya.
  8. Selepas anda selesai membuat pilihan tekan add to cart dan jika ada barangan lain boleh tambah ke cart pembelian anda.
  9. Selesai memilih barangan keperluan, tekan butang CHECK OUT untuk pembayaran.
  10. Masukkan maklumat pada kotak Contact information samada emel atau nombor telefon anda.
  11. Pilih Delivery method anda untuk dihantar atau anda boleh selfpick-up
  12. Free delivery hanya untuk pesanan melebihi RM200 sahaja.
  13. Kemudian, lengkapkan maklumat alamat anda untuk memudahkan proses penghantaran.
  14. Sebelum menekan butang Continue to shipping, anda boleh masukkan kod pormo jika ada.\
  15. Ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan pembayaran,pembelian anda selesai.

 

PENGHANTARAN ATAU SELF PICKUP

Jangan risau, jika anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil barangan, pihak Sejadi boleh membuat penghantaran.

Penghantaran Barangan Kering

  1. Penghantaran barangan kering meliputi seluruh semenanjung Malaysia.
  2. Tempoh penghantaran adalah bergantung pada lokasi, cara penghantaran dan lain-lain.
  3. Penghantaran akan megambil masa 3 hingga 7 hari bekerja.
  4. Cas penghantaran adalah bergantung pada berat barangan dan kos akan dipaparkan semasa checkout.

Penghantaran Barang Sejuk Beku

  1. Untuk sejuk beku, penghantaran hanya melibatkan kawasan lembah Klang sahaja.
  2. Bahan sejuk beku akan dihantar dalam masa 48 hingga 72 jam selepas pembayaran.
  3. Cas penghantaran adalah sebanya RM15 untuk Lembah Klang ( bagi pembelian RM199 dan ke bawah) manakala jika anda membeli melebihi RM200 tiada cas penghantaran dikenakan.
  4. Masa penghantaran daripada isnin hingga sabtu sahaja.
  5. Jika anda ada beberapa permintaan atau ingin membuat perubahan penghantaran boleh emailkan ke [email protected].

Perkhidmatan self pickup

  1. Anda boleh mengambil sendiri pesanan anda dari isnin hingga jumaat dari jam 12 tengahri hingga 5 petang.
  2. Sila hubungi nombor 1-700-81-8248 atau emel kan ke [email protected] untuk mengambil pesanan anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SEJADI

Adakah barangan sejuk beku Sejadi halal?

  • Kesemua daging import yang disediakan adalah halal dan mendapat sijil halal daripada JAKIM Malaysia.

Adakah harga yang ditawarkan adalah tetap?

  • Tidak, harga yang ditawarkan boleh berubah mengikut kadar yang diberikan oleh pembekal semasa.

Adakah saya perlu mendaftar untuk membuat pembelian daripada Sejadi?

  • Pendaftaran akaun adalah pilihan. Anda boleh membuat pembelian tanpa perlu mendaftar. Untuk lebih maklumat anda boleh ikuti media sosial melalui Instagram Mysejadi dan Facebook Mysejadi

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

1 thought on “CARA DAFTAR SEJADI (Beli Barang Dapur Kering & Basah Online, Produk Berkualiti)”

Leave a Comment