PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK ONLINE DI MALAYSIA 2022

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK ONLINE DI MALAYSIA 2022

RUMAH MAMPU MILIK

Bagi golongan berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah kediaman sendiri, kerajaan sentiasa memberi bantuan antaranya skim rumah mampu milik. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan maklumat mengenai skim skim projek perumahan mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri, semoga membantu.


APA ITU SKIM RUMAH MAMPU MILIK

Rumah mampu milik didefinisikan sebagai rumah yang memenuhi keperluan asas dari segi kualiti dan lokasi, mampu dibeli dan pembeli rumah berkenaan masih mempunyai keupayaan kewangan untuk membeli keperluan asas yang lain.

 

RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ)

Berikut adalah maklumat mengenai RMMJ:

Syarat Kelayakan Permohonan RMMJ

  1. Warganegara Malaysia, menetap di Johor sekurang-kurangnya lima tahun dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Berkahwin atau bujang layak memohon
  3. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama lima tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  4. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami isteri
  5. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri ketika memohon
  6. Pemohon atau pasangan yang telah memiliki PKJ A, PKJ B, RKR, atau RKSR boleh memohon rumah kedua RMMJ
  7. Pemohon yang memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak layak memohon

Kategori RMMJ

Rumah Komuniti Jenis ARumah Komuniti Jenis BRumah Mampu Milik Johor & Kedai Kos Sederhana Rendah
Harga RumahRM42,000RM80,000RM150,000 hingga RM220,000
Had Maksimum PendapatanRM3,000RM5,000RM8,000

Cara Mohon RMMJ

  1. Layari pautan https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmDaftarAkaun.htm
  2. Bagi pengguna kali pertama, lengkapkan proses pendaftaran terlebih dahulu
  3. Log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata laluan anda
  4. Klik pada bahagian perumahan
  5. Kemas kini maklumat anda dengan lengkap dan tepat
  6. Pilih mukim dan kategori rumah/projek, kemudian hantar permohonan
  7. Pemohon perlu menyerahkan dokumen sokongan di kaunter setelah menghantar permohonan sepanjang tempoh pengiklanan
  8. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk proses pengundian.

 

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN iRAHMAN (TERANGGANU)

Berikut adalah maklumat mengenai Skim iRahman:

Syarat Kelayakan

  1. Rakyat Terengganu berumur 21 tahun dan ke atas
  2. Permohonan anda turut akan dipertimbangkan sekiranya umur pemohon melebihi 50 tahun dengan syarat adik-beradik, isteri, ibu bapa atau anak sanggup menjadi penjamin
  3. Sudah berkahwin. Meskipun begitu, jika anda berumur 35 tahun dan ke atas dan masih bujang, anda juga layak untuk memohon
  4. Gaji bulanan antara RM2,000 hingga RM4,500 sebulan
  5. Belum memiliki atau beli rumah sendiri
  6. Tidak menerima mana-mana pinjaman perumahan daripada mana-mana bank di Malaysia
  7. Menetap atau tinggal di negeri Terengganu.

Cara Mohon Skim iRahman Terengganu

  1. Layari laman web ePerumahan Terengganu: https://eperumahan.terengganu.gov.my/
  2. Bagi pengguna kali pertama, lengkapkan proses pendaftaran terlebih dahulu
  3. Log masuk menggunakan Nama Pengguna dan Kata laluan anda
  4. Kemudian, pilih kategori sama ada Beli Rumah (anda perlu pilih daerah projek) dan Bina Rumah (anda perlu isi maklumat tanah)
  5. Kemas kini dan isi maklumat pemohon
  6. Bagi kategori Beli Rumah, permohonan hanya dibuka sekiranya ada iklan dikeluarkan
  7. Buat Permohonan sehingga selesai.

 

RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah maklumat mengenai rumah mampu milik Rumah SelangorKu:

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor;
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran;
  4. Pendapatan bulanan seisi rumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM15,000.

Katagori Rumah Selangorku

Jenis RumahKeluasan (kps)Harga JualanSyarat Kelayakan Pendapatan
Rumah Selangorku Jenis A700RM42,000Tidak melebihi RM3,000
Rumah Selangorku Jenis B750100,000 hingga 250,000

Harga tertakluk pada kelulusan MMKN

Tidak melebihi RM10,000
Rumah Selangorku Jenis C800
900
18’ x 60’
Rumah Selangorku Jenis D1,000
20’ x 60’

 

 eRUMAH PULAU PINANG

Berikut adalah maklumat mengenai eRumah Pualau Pinang:

Syarat Kelayakan

  1. Rakyat Malaysia yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin selama sekurang-kurangnya lima tahun;
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan ke atas;
  3. Gaji pemohon tidak melebihi RM750 sebulan, atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.

Katagori eRumah Pualau Pinang

  • Rumah Kos Rendah (KR)
  • Kos Sederhana Rendah (KSR)
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Rumah Mampu Milik Penang

Cara Permohonan eRumah Pualau Pinang

  1. Layari pautan https://www.lpnpp.gov.my/app/login_pemohon.php
  2. Bagi pengguna kali pertama, lengkapkan proses pendaftaran terlebih dahulu
  3. Log masuk akaun anda
  4. Lengkapkan proses permohonan dengan maklumat yang diperlukan sehingga selesai

 

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Berikut adalah maklumat mengenai skim ini:

Syarat Kelayakan

  1. merupakan warganegara Malaysia yang sah dan bermastautin di Sarawak
  2. Kad pengenalan tertera status K
  3. Tersenarai dalam senarai sistem Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih
  4. Gaji dan pendapatan isi rumah anda tidak melebihi RM2,131 sebulan.

Katagori Rumah Mampu Milik Sarawak

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Program Pinjaman Rumah Panjang
  • Sri Pertiwi
  • Spektra Permata (RSP)
  • Bantuan sewa.

Dokumen Sokongan

  • Dokumen sokongan yang membuktikan anda penerima eKasih
  • Salinan sijil kahwin atau sijil cerai
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan sijil lahir atau mykad anak yang berada di bawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon
  • Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah atau pasangan
  • Salinan kad OKU (bagi pemohon OKU)
  • Perjanjian sewa yang ditandatangani dan dimatikan setem hasil (jika berkaitan)
  • Persetujuan pemilik premis untuk membenarkan penyewa menyertai Skim Bantuan Sewa Rumah Sarawak (SRAS) (jika berkaitan)
  • Gambar premis yang disewa (jika berkaitan).

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

 

 

Leave a Comment