CARA DAFTAR PANDAMART (Beli Barang Runcit Online)

CARA DAFTAR PANDAMART (Beli Barang Runcit Online)

PANDAMART

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Dengan pelbagai perkhidmatan yang ada sekarang ini, hampir semua perkara boleh anda dapatkan hanya dengan duduk di rumah sahaja. Kini, anda boleh beli barang-barang runcit tanpa perlu keluar rumah dengan perkhidmatan daripada Foodpanda iaitu Pandamart.

Bagaimana cara daftar FoodPanda dan dara pembelian di Pandamart? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU PANDAMART

Pandamart ialah perkhidmatan penghantaran barang runcit yang terbaharu diperkenalkan oleh FoodPanda. Perkhidmatan ini menawarkan kemudahan penghantaran lebih daripada 3,500 produk penting dari gudang, ia merangkumi 100 jenama antarabangsa dan tempatan.

Ini termasuklah barang keperluan rumah, barangan segara, produk kecantikan dan juga ubat-ubatan. Semua produk-produk ini dibekalkan terus daripada pengilang, oleh itu harga barang yang disediakan sangat kompetitif dan kualiti produk adalah terjamin.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh install aplikasi FoodPanda. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

 

CARA DAFTAR AKAUN FOODPANDA

Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan keperluan menggunakan PandaMart, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar akaun FoodPanda:

  1. Buka aplikasi FoodPanda anda
  2. Pilih cara pendaftaran anda inginkan sama ada Facebook atau Email anda
  3. Masukkan nama pertama anda dan nama keluarga anda
  4. Ciptakan kata laluan anda
  5. Seterusnya tekan Buat Akaun
  6. Selesai

 

CARA MEMBELI DENGAN PANDAMART

Setelah anda selesai proses pendaftaran seperti di atas, anda kini sudah boleh pembelian menggunakan perkhidmatan PandaMart. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi FoodPanda anda
  2. Klik shops
  3. Pilih Pandamart, ia ada di dalam kategori penghantaran pantas (fastest delivery)
  4. Pilih barangan yang anda inginkan dan masukkan dalam troli
  5. Sekiranya telah selesai pilih tekan Daftar keluar
  6. Pilih cara bayaran anda inginkan dan lakukan pembayaran

NOTA: Pembelian minimum adalah berjumlah RM5 sahaja. Barang akan dihantar dalam tempoh 20 minit bergantung kepada jumlah item yang anda mahukan. Caj penghantaran item barangan dicaj RM1 hingga RM2 untuk setiap penghantaran.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PANDAMART

Barang apa yang boleh dibeli di PandaMart?

  • Dengan panda mart anda boleh beli barang dapur, barang kegunaan harian ataupun produk penjagaan diri macam syampu, dan sebagainya. Pilihan kedai yang ada juga bergantung kepada lokasi anda berada

Apakah pilihan kedai yang ada pada PandaMart

  • Antara contoh kedai yang boleh didapati dalam Panda Mart ialah farmasi, kedai bunga, 7-Eleven, FamilyMart, Marks & Spencer, Shell Select, dan Watsons. Walaubagaimanapun ia bergantung pada lokasi anda berada.

Apakah kelebihan menggunakan FoodPanda?

  • Tanpa nilai pesanan minimum
  • Pilih kedai kegemaran anda
  • Penghantaran barangan keperluan yang berpatutan
  • Masa purata penghantaran 25 minit

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

1 thought on “CARA DAFTAR PANDAMART (Beli Barang Runcit Online)”

Leave a Comment