CARA DAFTAR GRAB MART (CARA BELI BARANG KEPERLUAN)

CARA DAFTAR GRAB MART (CARA BELI BARANG KEPERLUAN)

GRAB MART

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar Grab Mart? Terkini di Grab ada menyediakan perkhidmatan Grab Mart yang membeli dan menghantar barangan keperluan yang anda inginkan.

Bagaimana cara daftar dengan Grab dan cara pembelian di Grab mart? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU GRAB MART

GrabMart ialah perkhidmatan penghantaran barangan harian atas permintaan (on-demand). Penghantaran GrabMart melibatkan barangan runcit, hadiah dan barangan lain. Pesanan ini bukannya makanan daripada rakan-niaga restoran. Anda perlu lengkapkan penghantaran GrabMart seperti bagaimana anda melengkapkan penghantaran GrabFood.

GrabMart akan ditawarkan di kawasan-kawasan operasi perkhidmatan GrabFood diĀ  Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Negeri Sembilan, Penang, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Miri, Sungai Petani, Sandakan, dan Alor Setar.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Grap Superapp. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

 

CARA DAFTAR AKAUN GRAB MART

Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan keperluan menggunan Grab Mart, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar akaun Grab:

  1. Buka aplikasi Grab anda
  2. Pilih kaedah pembuatan akaun (Google, Facebook, atau Nombor Telefon)
  3. Lengkapkan semua data yang diminta dengan akaun e-mel / Facebook aktif dan nombor telefon bimbit
  4. Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod OTP 4 digit, masukkan kod tersebut
  5. Selesai, Anda sudah boleh menggunakan semua perkhidmatan dalam aplikasi Grab

 

CARA AKTIFKAN AKAUN GRAB MART

Setelah selesai proses pendaftaran seperti di atas, berikut adalah cara pengaktifan bagi pengguna kali pertama:

  1. Ketika anda akan membuat tempahan untuk pertama kalinya, Grab akan meminta anda menyelesaikan proses pengesahan dengan salah satu daripada 3 cara:
    • Sahkan dengan Selfie
    • Tambahkan Kad Kredit / Debit
    • Sahkan dengan Facebook
  2. Pastikan anda lengkapkan salah satu daripada 3 kaedah pengesahan untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun pada masa akan datang.

 

CARA BELI BARANG GUNA GRAB MART

Setelah anda selesai proses pendaftaran seperti di atas, anda kini sudah boleh pembelian menggunakan perkhidmatan Grab Mart. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplika Grab anda
  2. Kemudian pilih “Mart” untuk mula memesan perkhidmatan GrabMart.
  3. Anda akan menemui barisan kedai atau pasar raya di sekitar lokasi anda yang sudah didaftarkan sebagai pedagang Grab. Namun, untuk memastikan lokasi anda betul, kami mengesyorkan agar anda menetapkan semula lokasi anda di sudut kiri atas.
  4. Anda juga dapat memilih lokasi lain dengan mengisikan butir-butir alamat lokasi pengiriman atau memilih sendiri secara manual
  5. Setelah menentukan lokasi, sistem akan mengesyorkan kedai atau pasar raya terdekat ke lokasi anda.
  6. Pilih pelbagai produk di kedai yang anda mahukan. Anda boleh membeli lebih daripada satu jenis produk.
  7. Sekiranya anda selesai memilih produk, anda dapat memeriksa pembelian dengan memilih “Lihat Troli”.
  8. Anda juga boleh mengurangkan atau menambahkan produk yang ingin anda beli terus di halaman pembayaran ini.
  9. Anda dapat melihat jumlah bil pembelian di bahagian bawah, yang akan menjadi jumlah harga yang akan anda bayar kepada pemandu semasa anda menerima pesanan produk. Jumlah bil merangkumi harga pembelian, kos penghantaran dan promosi diskaun.
  10. Pilih cara pembayaran anda ingikan, dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
  11. Dalam masa 30 minit barangan akan sampai ke rumah anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) GRAB MART

Barang apa yang boleh dibeli di GrabMart?

Bergantung pada kedai yang anda pesan, anda boleh membeli barang seperti:

  • Makanan Bungkus (roti, biskut, coklat)
  • Minuman (jus, susu, kopi)
  • Produk Penjagaan Kesihatan (ubat, makanan tambahan, pembersih tangan)
  • Penjagaan Diri (syampu, sabun)
  • Produk Rumah Tangga (pencuci pakaian, cecair pencuci pinggan)
  • Hadiah dan lain-lain (buku, bunga)

Adakah terdapat bayaran penghantaran? Berapakah kos penghantaran?

  • Ya, bayaran penghantaran berbeza mengikut lokasi kedai. Anda boleh melihat bayaran penghantaran dengan mengklik di kedai untuk maklumat lebih lanjut.

Bagaimana anda membayar untuk GrabMart?

  • Mulai sekarang, hanya GrabPay dan Cash on Delivery yang diterima. Anda boleh menggunakan sebarang kad debit / kredit untuk memasukkan dompet GrabPay anda.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BIGBOX ASIA (Beli Barang Keperluan Harian Online)

CARA DAFTAR JAYA GROCER (Beli & Dapat Barang Mentah,Sayur & Barang Keperluan Online)

1 thought on “CARA DAFTAR GRAB MART (CARA BELI BARANG KEPERLUAN)”

Leave a Comment